Skala Ekonomi Koperasi
» Perunding Pembangunan
Hartanah Dan Koperasi, Encik Mohamed Nazree Shah menyampaikan kertas kerja.
» Peserta berpeluang menawarkan produk dan perkhidmatan koperasi kepada peserta
kerjanya yang bertajuk “Peluang Membangunkan Ekonomi Koperasi Melalui Aktiviti Pembangunan Hartanah” dan “Cabaran Koperasi Dalam Pembangunan Hartanah”. Menariknya pengisian program ini turut mengenengahkan Slot Jaringan iaitu “Penawaran Produk dan Perkhidmatan Koperasi” yang menyaksikan peserta tampil mengemukakan peluang kepada peserta koperasi lain mengenai projek dan peluang yang boleh dimanfaatkan koperasi dalam memajukan tanah koperasi masing-masing. Slot ini ternyata mendapat sambutan dan berjaya menarik minat peserta untuk menjalankan perniagaan dalam aktiviti dan transaksi berkaitan hartanah di samping perkongsian pengalaman yang berjaya menerusi jaringan strategik. Menurut Encik Mohamed Nazree Shah, koperasi-koperasi mempunyai kepakaran tetapi kebanyakannya tidak menyeluruh. Dalam isu ini, koperasi harus lebih fokus dalam bidang yang diceburi, perlu menyediakan lebih informasi untuk produk yang diketengahkan serta memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dan perkembangan teknologi terkini dalam menghadapi cabaran semasa dalam industri hartanah dan pembinaan.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA (JPAN) Negeri Sarawak, Haji Usuf Haji Samah @ Abu Samah; Ketua Penolong Kawal Selia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sarawak, Encik Rusli Haji Mohamed dan Pengarah Sektor Hartanah Dan Industri Binaan, Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Encik Mohd Razalie Raffae. Program dua hari berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Perunding Pembangunan Hartanah Dan Koperasi, Encik Mohamed Nazree Shah Anwar Shah menerusi pembentangan kertas
November 2018 PELANCAR
31
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease