Wadah PELANCAR Edisi November 2018

Melaka

Bantu Koperator Wanita Jana Pendapatan BENGKEL ROTI DAN KEK

Semua peserta turut dibekalkan roti dan kek yang telah dibuat untuk dibawa pulang serta diberikan sijil penyertaan bengkel.

OBJEKTIF ~ Memberi peluang dan

keupayaan kepada koperator wanita untuk menjana pendapatan melalui perniagaan. ~ Memberi teknik dan kemahiran asas membuat roti dan kek kepada koperator wanita yang berminat. ~ Memberi peluang dan idea kepada koperator-koperator wanita dalam kepelbagaian peluang-peluang perniagaan. ~ Memenuhi keperluan dan permintaan semasa untuk mengadakan kursus membuat roti dan kek.

Oleh : NORASIMAH YAHYA Pegawai ANGKASA Negeri Melaka

Seramai 29 koperator wanita daripada koperasi dewasa dan sekolah di sekitar negeri Melaka telah mengikuti bengkel membuat roti dan kek anjuran Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Belia Usahawan, 23 September lalu. Bengkel yang berlangsung selama sehari bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Ayer Keroh Melaka itu memberi tumpuan kepada panduan secara khusus tentang pembuatan kek dan roti sebagai salah satu daripada pelan pembangunan modal insan bagi koperator wanita melalui Unit Wanita dan Keluarga, Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA. Program itu juga adalah sebahagian daripada matlamat jangka panjang ANGKASA untuk merangsang koperator wanita supaya terus bergiat aktif dan lebih produktif bagi membantu menjana pendapatan koperasi dan keluarga. Tenaga Pengajar yang terlibat ialah Penyelaras Program dan Pensyarah Kolej Komuniti Bukit Beruang, Puan Rahaliza Binti Abd Rahim dengan dibantu oleh pelajar kolej berkenaan. Bengkel tersebut dilaksanakan secara dua sesi

34 PELANCAR November 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease