supaya tenaga pengajar dapat memberi fokus kepada peserta dan latihan yang diberikan.
i.
Sesi pertama : 8.30 pagi – 1.00 tengah hari (Bengkel membuat kek)
ii. Sesi kedua : 2.00 petang – 5.00 petang (Bengkel membuat roti) Program dijalankan secara ‘hands on’ dan dijalankan secara berkumpulan. Peserta diberi pengetahuan yang tunjuk ajar yang lengkap bermula dengan asas pembuatan kek dan roti sehinggalah kepada penghasilan perisa dan bentuk mengikut kreativiti masing- masing. Terdapat juga peserta yang berminat untuk menjalankan perniagaan menghasilkan ‘kek bajet viral’ yang sering mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana harga yang ditawarkan lebih murah selain rasanya yang sedap. Selain itu, permintaan roti sarang lebah juga turut dipelajari kerana popularitinya dan sangat sukar untuk ditemui di pasaran kerana ia biasanya hanya boleh diperoleh menerusi tempahan. Tenaga pengajar juga turut menyampaikan maklumat-maklumat penting terhadap bahan-bahan yang digunakan, harga bahan mentah, di mana bahan-bahan tersebut boleh dibeli anggaran kuantiti yang boleh dihasilkan berdasarkan kepada bahan mentah yang disediakan. Secara keseluruhannya, bengkel tersebut telah mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan selain memberi idea dan ilmu kepada peserta dalam
menghasilkan produk mengikut sukatan yang betul khusus untuk perniagaan dan jualan. Perkara tersebut juga telah mendorong kepada semangat dan keyakinan tinggi bagi yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan roti dan kek.
» Peserta bergambar beramai-ramai selepas tamat sesi bengkel.
November 2018 PELANCAR
35
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease