“ CoopStay Golf Challenge ” Promosi Pelancongan Sukan untuk Koperasi
Oleh : RAHMAT MOHD DID
Penganjuran “ CoopStay Golf Challenge ” hasil inisiatif Koperasi Homestay Walai Tokou Kundasang Sabah Berhad dan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK) ANGKASA boleh menjadi antara pendekatan terbaik dalam usaha untuk membawa sektor pelancongan koperasi ke persada antarabangsa.
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, penganjuran aktiviti sukan tersebut adalah satu usaha secara bersama dan penggalakan dari pihak ANGKASA melalui SPPDK untuk membantu koperasi pelancongan lebih-lebih lagi di Sabah dalam mempromosikan aktiviti pelancongan sukan berorientasikan pendekatan secara berkoperasi.
“Seperti diketahui umum, sukan golf adalah salah satu platform yang selalu disertai oleh pelbagai sektor korporat. Menerusi penganjuran seperti ini, peluang dan jalan kepada wakil-wakil koperasi untuk beriadah di samping membincangkan peluang kerjasama dapat dijalankan secara serentak sekaligus mampu memberi impak kepada idea dan juga peluang perniagaan baharu kepada koperasi,” katanya.
36 PELANCAR November 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease