Wadah PELANCAR Edisi November 2018

Menurut beliau lagi, ANGKASA mengharapkan impak positif dapat dihasilkan daripada penganjuran program sebegini seperti menarik kehadiran pelancong, pulangan kepada ekonomi tempatan terutamanya dalam industri makanan, cenderamata, perkhidmatan pengangkutan, penginapan, makanan dan perusahaan minuman termasuk industri kraftangan tempatan serta menjadi pemangkin kepada transformasi pembangunan infrastruktur, pendapatan dan ekonomi masyarakat. “Melalui program ini juga, kita berhasrat membantu merealisasikan impian Koperasi Homestay Walai Tokou untuk membina sebuah bangunan Kampung Budaya di sini”, ujarnya. Kampung budaya tersebut akan berfungsi sebagai pusat sehenti atau one stop centre kepada semua ejen pelancongan yang membawa pelancong ke Kundasang untuk mendapatkan perkhidmatan pilihan sajian makanan,

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (enam dari kiri) bergambar bersama pemuzik- pemuzik dari Kinabalu Merdu Sound sewaktu Majlis Makan Malam Program CoopStay Challenge anjuran bersama SPPDK ANGKASA dan Koperasi Homestay Walai Tokou Kundasang Sabah Berhad. Turut sama ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Operasi ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh (empat dari kanan) dan Timbalan Presiden Homestay dan Kampungstay Malaysia merangkap Pengerusi KOPSTAY, Encik Kohadi Watiman (tiga dari kanan).

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah memainkan seruling sebagai gimik perasmian Majlis Makan Malam Program CoopStay Challenge anjuran bersama SPPDK ANGKASA dan Koperasi Homestay Walai Tokou Kundasang Sabah Berhad.

Spa, M.I.C.E (Meeting, Incentive, Conference, Exhibition) dengan

kerjasama Persatuan Homestay Sabah dan semua agensi pelancongan seliaan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KEPKAS),” jelasnya. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap merasmikan ‘Program CoopStayGolf Challenge’ di Kundasang baru-baru ini. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Operasi ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPAN) Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh, Timbalan Presiden Homestay dan Kampungstay Malaysia merangkap Pengerusi KOPSTAY, Encik Kohadi Watiman dan Presiden Homestay Sabah, Encik Djuanis Mogirong.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (empat dari kanan) menyerahkan hadiah wang tunai untuk pemenang tempat pertama Kategori Nett Winner Lelaki, Encik Ansum Mohirin (empat dari kiri sambil disaksikan oleh Pengerusi JPAN Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh (tiga dari kiri).

November 2018 PELANCAR

37

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease