Wadah PELANCAR Edisi November 2018

Sehingga Julai 2017, penyedia perkhidmatan e-Dompet di Malaysia yang tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ialah Alipay, Visa Checkout, Masterpass, CIMB Pay dan Samsung Pay. Pengoperasian e-Dompet bergantung kepada jenis dompet, teknologi dan peranti pengguna, spesifikasi dan aturan penyedia perkhidmatan serta bank ejen. Dana e-Dompet terdiri daripada pelbagai sumber seperti kad kredit atau debit, kad prabayar, akaun bank, mata wang maya dan sebagainya. Contohnya, Samsung Pay dan CIMB Pay menghubungkan kad kredit dan debit untuk membiayai transaksi pembayaran manakala pemegang akaun Paypal dan Alipay Malaysia boleh memindahkan dana daripada akaun bank untuk membuat pembayaran.

yang lebih tinggi melalui e-pembayaran. Matlamat tersebut dijalankan dengan pendekatan promosi selain mewujudkan persekitaran yang menyokong bagi meransang e-pembayaran melalui meluaskan pusat akses; menambah baik kualiti dan ciri keselamatan; serta memupuk kesedaran dan keyakinan lebih tinggi dalam penggunaan e-pembayaran. Pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital pada 2017 dan penyertaan penyedia perkhidmatan global juga bakal menyaksikan perkembangan signifikan pasaran e-Dompet di Malaysia yang akan mendorong lebih banyak persaingan dan menggalakkan lebih banyak syarikat mengambil bahagian dalam segmen e-Dompet.

Nota Kaki

Trend Pembayaran Elektronik Di Malaysia

1. Laporan Pasaran Dompet Mudah Alih Global 2016 – 2022 (2016), Zon Market Research.

Kemunculan e-Dompet merancakkan e-dagang dan menambah baik sistem pembayaran runcit yang cepat, mudah dan selamat. Ini menggalakkan pembayaran secara elektronik dan menyokong langkah global ke arah masyarakat tanpa tunai. Penyediaan infrastruktur membolehkan e-Dompet diakses di kawasan terpencil dengan lebih aktif dan ini meluaskan keterangkuman kewangan melalui penggunaan wang secara digital. e-Dompet juga menyediakan transaksi lebih selamat dan dipercayai serta menambah baik sistem pembayaran, menjimatkan kos dan meningkatkan kecekapan ekonomi keseluruhannya. Di bawah Pelan Sektor Kewangan 2011-2020, Bank Negara Malaysia berhasrat untuk mencapai kecekapan ekonomi

2. Mata wang maya adalah representasi digital bagi nilai yang tidak dikeluarkan oleh bank pusat atau pihak

berkuasa awam dan tidak semestinya bersandar kepada mata wang flat, tetapi diterima sebagai cara pembayaran dan boleh dipindahkan, disimpan atau didagangkan secara elektronik. Sumber: Pendapat mengenai mata wang maya (2014), Lembaga Perbankan Eropah.

3. Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran (2016), Bank Negara Malaysia.

Pengguna menggunakan dompet untuk urus niaga di perniagaan terpilih, bergantung pada jenis dompet

Pengguna membuat bayaran

Mengisi e-Dompet dengan dana

Pengguna mendaftar akaun e-Dompet atau memuat turun aplikasi e-Dompet

Maklumat pembayaran dihantar kepada pembekal perkhidmatan

Pembekal perkhidmatan memindahkan bayaran kepada akaun peniaga

Pembayaran selesai dan jumlah pembayaran ditolak daripada e-Dompet

Sumber: Laporan Pasaran Dompet Mudah Alih Global 2016 – 2022 (2016). Zion Market Research .

November 2018 PELANCAR

41

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease