Wadah PELANCAR Edisi November 2018

Optimis Bantu Ekonomi Anggota Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Koperasi Kastam Malaysia Berhad

» Delegasi ANGKASA bergambar bersama-sama barisan ALK Kopkastam.

Koperasi Kastam Malaysia Berhad (Kopkastam) yang semakin menghampiri usia 40 tahun penubuhannya menjelang 2019, optimis mampu mencapai matlamat ekonomi lebih meyakinkan sekaligus berupaya memberi pulangan lebih tinggi kepada 5,500 anggotanya.

Kopkastam berdiri teguh di sebalik misi dan visi untuk membantu anggota dan keluarga dalam menangani cabaran sosio ekonomi dan bertekad untuk terus bersama- sama mendukung prinsip koperasi dalam menaikkan taraf ekonomi dan sosial anggota. Warganya terdiri daripada kalangan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang berkhidmat di seluruh negara termasuk yang telah bersara. Selain menjalankan perkhidmatan pinjaman kewangan, Kopkastam yang menerima ‘Sijil Penarafan Koperasi’ berstatus Empat Bintang oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun 2013 turut melakar kejayaan menerusi penerokaan bidang perniagaan yang lain seperti aktiviti pembekalan, khidmat tempahan pakaian dan perhotelan. Pada 8 Oktober 2018, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Kopkastam yang diketuai Pengerusinya, Dato’ Haji Abdul Karim Mohd Hanapiah telah menerima kunjungan delegasi

ANGKASA dalam sesi lawatan kerja yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah di Sun Inns Hotel Kopkastam, Kelana Jaya, Selangor.

» Dato’ Haji Abdul Karim bin Mohd Hanapiah Pengerusi Koperasi Kastam Malaysia Berhad

42 PELANCAR November 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease