Wadah PELANCAR Edisi November 2018

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA yang lain. Dalam sesi tersebut, Dato’ Abdul Fattah memaklumkan bahawa motif lawatan kerja merupakan sebahagian daripada matlamat korporat ANGKASA selaku badan puncak gerakan koperasi di Malaysia untuk meninjau perkembangan koperasi ahli secara langsung sambil meneliti segenap aspek tadbir urus yang dijalankan serta berkongsi pandangan. Beliau juga turut menyampaikan hasrat dan komitmen padu ANGKASA untuk terus memberi komitmen yang sewajarnya kepada Kopkastam dalam aspek pembangunan perniagaan yang dijalankan. Selain menyediakan khidmat nasihat korporat menerusi lapan sektor perniagaan yang dikhususkan, ANGKASA juga sentiasa menganjurkan pelbagai program ilmu yang berkaitan kepada koperasi di seluruh negara. Kopkastam turut dijemput untuk mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan oleh ANGKASA di serata negeri demi manfaat dan kejayaan agenda koperasi. Sesi pertemuan antara kedua belah pihak juga turut membicarakan tentang prinsip dan hala tuju koperasi di Malaysia secara umum selain bertukar-tukar pandangan serta cadangan bagi membantu mempertingkat peranan yang boleh dimainkan serta meninjau potensi dan peluang-peluang baharu yang boleh dijalankan secara bersama. RUKUN KEJAYAAN KOPKASTAM K omitmen berterusan momentum keyakinan O ptimis dengan hala tuju memenuhi harapan P roaktif misi dan visi demi kecemerlangan K erjaya bersama-sama kunci kejayaan A dil beramanah iltizam pentadbiran S istematik menangani masalah T ulus dalam pengurusan berpasukan A nggota serumpun berwawasan M aju bersama warga Kastam direalisasikan

» Dato’ Abdul Fattah menerima cenderamata daripada Dato Haji Abdul Karim.

» Butik tempahan pakaian KOPKASTAM TAILOR yang beroperasi di dalam Hotel Sun Inns.

Koperasi Kastam Malaysia Berhad Telefon: 03-78802057 E-mel: ptd@kopkastam.org.my

» Sesi perbincangan dua hala ANGKASA dan Anggota Lembaga Koperasi Kastam Malaysia Berhad turut menyentuh beberapa aspek teknikal dan kerjasama strategik yang boleh dikongsi bersama.

November 2018 PELANCAR

43

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease