Wadah PELANCAR Edisi November 2018

Sesuai dengan Prinsip Koperasi, “Prihatin Terhadap Masyarakat”. Seni dan sastera diharap mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Beliau juga berharap agar program tersebut dapat menjadi wadah yang menggabungkan kekuatan intelektual dan emosi dalam memajukan negara seiring dengan kemajuan akal, budi dan material.

» Persembahan puisi daripada Dato’ Aripin Said.

Sosial, ekonomi dan budaya dalam koperasi saling berhubungkait dan memerlukan. Perkara tersebut disifatkan sedemikian kerana koperasi bukan sahaja menjalankan perniagaan bagi memperkasa sumber ekonomi, malah koperasi juga turut menekankan isu sosial iaitu menyatupadukan pelbagai kaum dan mendokong nilai-nilai seni dan kebudayaan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat dan anggotanya. Bait-bait ayat yang diterjemahkan melalui karya seni merupakan komponen penting dalam menterjemahkan tuntutan mental, nilai insaniah dan pembentukan sahsiah, selain dapat mengembangkan nilai adab dan budaya selain memartabatkan khazanah bahasa dan budaya. “Masyarakat penggiat seni banyak menyumbang kepada pembangunan seni budaya negara dengan mengajak rakyat berkongsi hasil seni, selain memberi inspirasi dalam memupuk nilai murni dalam kehidupan menerusi karya-karya seni tersebut”, ujarnya. Secara tidak langsung, penggiat seni mampu mengembang dan menggarap ilmu serta memperkasa nilai kemanusiaan menerusi seni sastera tersebut. Menurut beliau lagi, gerakan koperasi di negara seperti Jepun juga turut memberi perhatian tinggi kepada “Haiku” yang merupakan puisi dalam masyarakat Jepun. Haiku turut diterbit dalam majalah dan diedar kepada masyarakat setempat terutama kepada anggota koperasi.

» SN Datuk Dr Zurinah Hassan menyampaikan puisi.

Sepanjang majlis berlangsung, hadirin disaji dengan deklamasi puisi, puisi artistik dan persembahan nyanyian lagu-lagu puisi seperti “Lemak Manis”, Bahtera Merdeka dan banyak lagi yang disampaikan oleh SN Dato’ Dr Haji Ahmad Kamal Abdullah, SN Datuk Dr Zurinah Hassan, Dato’ Aripin Said, Roslan Madun, Haji Borhan Mat Aris, Kopratasa, Fauziah Gambus, Abot selain ahli-ahli Persatuan Penyair Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penaung Persatuan Penyair Malaysia, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman; Timbalan Presiden Dato’ Kamarudin Ismail dan Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dato’ Che Shukree Che Isa, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Haji Mohamad Azmi Omaruddin.

November 2018 PELANCAR

45

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease