National Cooperative Summit 14th
Bertunjangkan kepada 28 ribu koperasi berdaftar dengan keanggotaan lebih 14 juta orang, jelas membuktikan sektor koperasi di Filipina memiliki kuasa untuk mencorak perkembangan ekonomi negara sekaligus menjadi pemangkin kepada semangat berkoperasi dalam kalangan koperator. Penganjuran sidang kemuncak yang dianggap terbaik dalam tempoh itu bukan sahaja telah menarik minat koperator seluruh Filipina berkumpul bagi menyatakan kesatuan dan kesepaduan dalam berkoperasi, malah turut berjaya mengubah landskap; menangani isu dan cabaran serta memperbaiki tahap perkhidmatan yang disediakan koperasi kepada anggota.
» Sebahagian 25 delegasi Malaysia yang terdiri daripada Pengetua Sekolah Menengah seluruh negara turut menyertai sidang kemuncak ini.
» Dato’ Abdul Fattah ketika mengunjungi gerai milik koperator Filipina.
» Dato’ Abdul Fattah ketika sesi sidang media.
Setiap cabaran yang dihadapi ternyata membuka peluang kepada sektor koperasi untuk terus mengorak langkah lebih jauh dalam usaha untuk mempergiat semangat dan motivasi anggota ke arah mengukuhkan kekuatan yang dimiliki koperasi. Sidang kemuncak dwi tahunan yang berlangsung selama tiga hari pada 3 hingga 5 Oktober 2018 itu menjadi platform terbaik untuk membincangkan pelbagai isu dan cabaran, perkembangan prospek gerakan sektor koperasi sama ada di peringkat negara mahu pun global.
Penampilan panel-panel yang terdiri daripada pemimpin koperasi dari pelbagai latar belakang aktiviti koperasi berjaya memberi pendedahan secara langsung terhadap kejayaan yang dikecapi sebagai inspirasi koperasi lain untuk cemerlang di persada gerakan sektor koperasi sama ada di peringkat nasional mahu pun antarabangsa. Majlis berprestij berkenaan telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Davao City yang juga anak perempuan Presiden Filipina, Rodrigo Roa Duterte iaitu Sara Duterte Carpio.
14th National Cooperative Summit kali ini memilih bandar Davao sebagai lokasi penganjuran. Bandar Davao yang terletak di Kepulauan Mindanao, Filipina merupakan bandaraya ketiga selepas Manila dan Cebu. Berkeluasan 2,444 kilometer persegi, bandar tersebut diiktiraf sebagai yang terbesar di Filipina dari segi keluasan tanah. Di samping itu juga, bandar tersebut turut menjadi hab perniagaan, perdagangan dan industri. Kedudukan geografi Bandar Davao terletak kira-kira 946 km tenggara Manila, dan 971 kilometer paras laut. Bandar ini terletak di Selatan Mindanao.
48 PELANCAR November 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease