Wadah PELANCAR Edisi November 2018

National Cooperative Summit 14th

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Platform Digital Koperasi

» Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah menyampaikan ucapan Solidarity Message di hadapan kira-kira 4,000 koperator Filipina pada sambutan 14th National Cooperative Summit.

Presiden ASEAN Co-operative Organisation (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah diberi penghormatan untuk menyampaikan “Solidarity Message” di hadapan kira-kira 4,000 koperator Filipina pada sambutan 14th National Cooperative Summit bertempat di SMX Convention Center, SM Premier Lanang, Davao City, Flipina pada 3 Oktober 2018 lalu.

Kehadiran beliau yang juga Presiden ANGKASA bagi memenuhi undangan Philippine Cooperative Center (PCC) telah memberi suntikan semangat buat gerakan koperasi negara ASEAN khususnya Filipina yang merupakan anggota ACO khususnya dalam mewujudkan jaringan perdagangan di peringkat antarabangsa. Ujarnya, negara-negara ASEAN perlu meningkatkan kerjasama strategik antara gerakan koperasi. Hal tersebut boleh dilakukan seperti mengadakan kerjasama dengan pelbagai pemegang berkepentingan (stakeholders)

terutamanya terhadap agensi-agensi kerajaan, berkongsi sumber dan kepakaran, mengembangkan pangkalan data serta menyesuaikan diri dengan teknologi dan inovasi baharu dalam menjalankan perniagaan. “ACO telah menghasilkan platform komuniti digital mudah alihnya berkonsepkan interaktif yang berfungsi membantu ahli koperasi untuk berhubung secara sosial, mendapatkan berita koperasi selain platform gerbang pembayaran serantau untuk koperasi ke penempatan pengguna.

52 PELANCAR November 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease