Wadah PELANCAR Edisi November 2018

Komuniti Untuk

Sementara itu, Chairman Of Philippine Cooperative Center, Dr. Garibaldi O. Leonardo menyatakan bahawa PCC bukan sahaja berfungsi menyatupadu, membangun dan mempromosikan sektor koperasi di Filipina malah turut berperanan sebagai pemacu transformasi kepada gerakan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa. Menurutnya, sektor koperasi saling memerlukan antara satu sama lain untuk terus berdiri kukuh dalam arena ini bagi memacu perkembangan kekuata n koperasi sesuai dengan Prinsip Koperasi Keenam iaitu Bekerjasama Antara Koperasi. Sebagai badan puncak koperasi di Filipina, PCC akan terus memainkan peranannya terutama dalam menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pemegang berkepentingan (stakeholders) dalam usaha memperteguhkan kekuatan gerakan koperasi serta memberi keyakinan kepada seluruh anggota bahawa sektor koperasi boleh menyumbang kepada manfaat kelestarian secara keseluruhan.

“Usaha untuk membina rangkaian hubungan perniagaan sentiasa menjadi sebahagian daripada cabang utama yang mahu dikembangkan oleh ACO bagi menjayakan aktiviti perniagaan. Platform e-dagang dan komuniti digital adalah salah satu cara untuk memperkenalkan produk koperasi dan semakin menjadi pilihan dari tahun ke tahun,” katanya.

» Sesi pertemuan Dato’ Abdul Fattah bersama Ahli Lembaga PCC yang diketuai Chairman of Philippine Cooperative Center, Dr. Garibaldi O. Leonardo (empat dari kanan). Turut sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman (kiri sekali).

November 2018 PELANCAR

53

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease