Wadah PELANCAR Edisi November 2018

National Cooperative Summit 14th

Rancang Tembusi Pasaran Global Produk koperasi negara-negara ASEAN berpotensi menembusi pasaran global khususnya di China, Korea dan Jepun. Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menjelaskan, usaha ke arah itu bakal digerakkan oleh ANGKASA, badan puncak gerakan koperasi negara menerusi kerjasama Malaysia Business Office (MBO) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Katanya, sebanyak 10 jenis produk koperasi negara ASEAN yang terdiri daripada produk berbentuk kepenggunaan, makanan dan minuman, produk berasaskan buah-buahan, produk pelancongan dan sebagainya dirancang untuk dibawa ke dalam pasaran di negara-negara tersebut dalam masa terdekat. “Koperasi-koperasi perlu merebut peluang keemasan ini dengan meluaskan produk koperasi negara masing-masing ke arah menambahkan perolehan dan pendapatan koperasi, menggalakkan peningkatan taraf ekonomi dan sosial setempat sekaligus meningkatkan hubungan perdagangan antara negara- negara ASEAN. “Dalam hal ini, koperasi boleh memainkan peranan besar dalam menyumbang produk koperasi negara mereka. Contohnya dalam pengeluaran produk pertanian atau perikanan mengikut faktor geografi negara tertentu,” katanya ketika bercakap dalam sesi sidang media sempena 14th National Cooperative Summit bertempat di SMX Convention Center, SM Premier Lanang, Davao City, Filipina, 3 Oktober lalu. Turut sama

» Antara produk makanan ringan yang mendapat sambutan di Filipina.

Reaksi Mereka

Sambutan kali ini berjaya mengumpulkan koperator dari seluruh Filipina bagi menyatakan sokongan kepada pembangunan gerakan koperasi di negara ini. Suara anggota dalam koperasi didengari di peringkat akar umbi sekaligus menjadi perantara kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara.

Emily O. Tactica (Integrated Workers Multipurpose Co-operative)

Tema sambutan iaitu “Overcoming Challenges, Succeeding Together Under One Apex” jelas mencerminkan penyatuan koperasi di bawah satu bumbung. Tema tersebut juga mencerminkan kepentingan solidariti sektor koperasi dalam menangani pelbagai isu dan cabaran di samping bersama-sama merangka strategi menjadikan sektor ini lebih efisien dan lebih responsif kepada lokaliti.

Loreto L. Ramiro (Northern Luzon Federation And Development Center)

54 PELANCAR November 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease