dalam sidang media tersebut ialah Regional Director ICA-AP, Balasubramanian (Balu) Iyer. Dato’ Abdul Fattah berkata, sektor koperasi negara-negara ASEAN perlu menonjolkan kekuatan tersendiri dan lebih bersifat dominan dalam memasar dan mengenegahkan produk negara masing-masing di peringkat global. Terdahulu ACO telah membincangkan beberapa pendekatan perniagaan dengan koperasi Thailand dan menerusinya juga, beberapa produk koperasi yang sesuai telah dikenal pasti untuk dipasarkan melalui saluran koperasi. Sesi perbincangan kedua pihak berkenaan telah berlangsung ketika delegasi Malaysia yang diketuai beliau di Asia Pacific Regional Seminar On “ASEAN Co-operative Commodities Forward To The Globe” pada 11-13 Julai 2018 di Bangkok Thailand. Susulan itu, bagi merealisasikan hasrat berkenaan, Filipina yang juga ahli ACO diminta untuk mengenal pasti produk koperasi negaranya yang dilihat berpotensi besar untuk dipasarkan ke negara asing menerusi platform saluran koperasi. Beliau menaruh keyakinan tinggi bahawa MBO dapat memainkan peranan dalam membantu melancarkan jalinan perniagaan, pertukaran pengalaman serta merancang aktiviti atau bengkel berkaitan dengan koperasi di peringkat global. Pada masa ini, seramai tiga orang pegawai telah ditempatkan di MBO yang mewakili All China Federation of Supply and Marketing Co-operatives (China), The Japanese Consumer’s Cooperative Union (Japan) dan National Agricultural Cooperative Federation (Korea). Mereka diberi tanggungjawab untuk membantu meningkatkan interaksi perniagaan serta menggalakkan kerjasama strategik dalam perdagangan koperasi menerusi perkongsian keuntungan yang saksama dalam platform perdagangan.
» Pengunjung di gerai milik koperasi.
» Suasana jualan produk koperasi di perkarangan dewan.
Ruang pertukaran idea dan informasi menjadi lebih meluas dan terbuka buat semua koperator dalam membincang dan menangani pelbagai isu koperasi ke arah mewujudkan suasana berkoperasi yang cemerlang dalam komuniti.
Patrick John Rico (ACDI Multipurpose Co-operative)
Menyatupadu (United), Membangun (Develop), Mengubah (Transform) dan Promosi (Promote) menjadi kunci transformasi dan integrasi sektor koperasi dalam memfokuskan strategi serta memberi refleksi kepada tema sambutan pada kali ini. Kesedaran terhadap berkoperasi boleh menjadi model yang dominan dalam membentuk ekosistem koperasi yang lebih tersusun serta membentuk identiti tersendiri ke arah pembangunan kelestarian hidup anggota koperasi dan rakyat secara keseluruhannya.
Dhang Pinton (Federation Workers Co-operative Organization)
November 2018 PELANCAR
55
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease