Peluang Kerjasama Koperasi Sri Lanka dan Malaysia Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ
Seramai 10 orang delegasi yang terdiri daripada koperator Sri Lanka, diketuai oleh Setiausaha National Cooperative Council Of Sri Lanka, Dr Asanka Supun Thilakarathna mengunjungi ANGKASA, September lalu bagi membincangkan tentang peluang-peluang kolaborasi antara gerakan koperasi di Malaysia dan Sri Lanka.
Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, rakyat dari Indonesia berpeluang mendapat pekerjaan di Malaysia melalui badan apeks Indonesia, DEKOPIN. Justeru, peluang yang sama juga boleh dinikmati oleh koperator dari Sri Lanka untuk bekerja di Malaysia melalui badan apeks negara mereka. Aktiviti pelancongan juga berpotensi untuk digiatkan secara bersama melalui jalinan kerjasama antara badan apeks koperasi
masing-masing. Urus niaga antara kedua-dua belah pihak dalam memenuhi keperluan pekerja dan aktiviti pelancongan boleh dijalankan pada bila-bila masa. Taklimat mengenai kegiatan dan peranan ANGKASA dalam gerakan koperasi dewasa dan sekolah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Turut hadir ialah Pengurus Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Hajah Roszurina Haji Omar.
56 PELANCAR November 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease