Wadah PELANCAR Edisi November 2018

dan peruncitan dan pembangunan hartanah dengan matlamat akhir untuk menurunkan kos sara hidup rakyat Malaysia, khasnya yang berada dalam golongan B40. Selain itu ANGKASA juga memohon beberapa pelepasan dan pelarasan isu percukaian yang memberi kesan kepada pembangunan perniagaan koperasi seperti pengurangan kadar cukai pendapatan yang tinggi. Selain itu, lanjutan tempoh pengecualian cukai pendapatan, pengurangan beban cukai permulaan, pelepasan cukai untuk perbelanjaan mesyuarat agung tahunan koperasi sebagai belanja, elaun modal untuk bangunan milik koperasi dan pengecualian cukai dengan pemberian pemotongan di bawah Seksyen 65A. Lantaran itu, ANGKASA turut mengharapkan agar kerajaan dapat mengiktiraf pertubuhan koperasi yang layak sebagai atau setaraf dengan IKS untuk membolehkan koperasi berkenaan mendapat manfaat kemudahan perniagaan, geran dan lain-lain perkara yang disediakan oleh agensi- agensi kerajaan khusus untuk IKS. Menurut Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, pertemuan tersebut berakhir dengan positif dan Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah komited mahu membantu gerakan koperasi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi selama ini selain membawa nama koperasi ke tahap baru yang cemerlang dan bersama-sama dengan kerajaan dalam membantu masyarakat mengurangkan kos sara hidup.

Bajet Pembangunan Perniagaan Gerakan Koperasi yang dipohon ANGKASA daripada Kementerian Kewangan bertujuan untuk mengembangkan perniagaan koperasi khasnya dalam bidang pertanian dan asas tani, perkhidmatan kewangan, pelancongan dan kesihatan, perladangan, pemborongan

» Barisan Kepimpinan Tertinggi ANGKASA menerangkan tentang perkembangan terkini dan hala tuju gerakan koperasi di Malaysia kepada Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah.

November 2018 PELANCAR

5

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease