ANGKASA berpandangan koperasi sekolah berpotensi menjana pendapatan tanpa mengganggu pembelajaran dalam kelas di samping mengasah bakat-bakat keusahawanan dan kemahiran mentadbir, mengurus, berniaga serta memupuk nilai-nilai murni selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Beliau juga turut yakin bahawa pengalaman yang diperoleh akan dapat membuka minda pelajar untuk menjalankan perniagaan sendiri atau menubuhkan koperasi kelak. Manfaat yang diperolehi juga turut dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan baharu malah dapat mengurangkan kebergantungan generasi muda terhadap bekerja makan gaji. Ujarnya, statistik pertumbuhan koperasi sekolah meningkat dengan ketara sejak ia diasaskan pada 1969, selaras dengan usaha-usaha yang dilaksanakan ANGKASA yang mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sehingga 2017, koperasi sekolah berjumlah 2,395 dengan keahlian RM1.8 juta; syer berjumlah RM25.30 juta; aset berjumlah RM344.88 juta dan menyumbang perolehan sebanyak RM382.94 juta. “ANGKASA berhasrat melahirkan lebih banyak koperasi sekolah yang menyumbang perolehan melebihi RM1 juta dan ia amat membanggakan apabila Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad; MRSM Kubang Pasu Berhad; Koperasi Vokasional Tanah Merah Berhad; Koperasi MRSM Taiping Berhad; Koperasi Batu Pahat Berhad dan Koperasi MRSM Tun Abdul Razak Pekan Berhad yang telah berjaya menjana perolehan tahunan melebihi RM1 juta. “Lima buah sekolah lagi bakal mengikut jejak yang sama iaitu SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan; MRSM Tawau, Sabah, MRSM Kuching, Sarawak, SMK Bintulu, Sarawak dan MRSM Parit, Perak yang kini perolehannya hampir mencecah RM1 juta,” katanya di hadapan 100 guru koperasi sekolah yang hadir dalam program tersebut. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah.
» Sebahagian daripada peserta yang hadir
November 2018 PELANCAR
7
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease