Wadah PELANCAR Edisi Februari 2019

Dari Meja Presiden

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Salam Sejahtera

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim

Setiap anggota dalam sesebuah koperasi adalah berperanan memberi sumbangan dari sudut kehendak pasaran semasa dan pada masa yang sama memikul tanggungjawab memastikan produk atau perkhidmatan yang dijalankan oleh koperasi boleh terjual dan diterima di pasaran. Individu yang menyertai koperasi sebenarnya merupakan kuasa ekonomi yang berupaya mencipta gelombang ekonomi menerusi sokongan promosi dan pembelian. Kesungguhan ANGKASA untuk membantu menjana perniagaan sektor-sektor koperasi akan lebih bermakna sekiranya turut disokong oleh semua anggota yang terlibat menerusi sumbangan tenaga dan kewangan. Anggota seharusnya faham dan menyedari bahawa menerusi peranan yang dilakukan, ekonomi koperasi berupaya untuk lebih menyerlah dan mampu berkembang dengan lebih pesat dan maju. Kelebihan tersebut juga diharap dapat membantu koperasi untuk membuat penilaian dari segenap sudut, sama ada perniagaan tersebut berpotensi ataupun tidak untuk dilaksanakan, sekaligus dapat mengurangkan faktor kerugian mahupun ketirisan modal. Sebagai kuasa ekonomi utama koperasi, marilah kita bersama-sama menanam azam pada tahun 2019 ini dengan memainkan peranan sebenar seorang anggota yang lebih bertanggungjawab dan menyokong koperasi demi kelestarian sosioekonomi bersama.

Pengurus Mohd Zakuan Azmi

Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3 Off Persiaran Selangor, Seksyen 15 40200 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Februari 2019 PELANCAR

1

FEBRUARI 2019

36 ANGKASA Beri Infaq

FEBRUARI 2019

RM15,840 Kepada Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia 40 ANGKASA Laksana Pelbagai Usaha Majukan Sektor Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani 42 Kerjasama Bekal Tenaga Buruh Dalam Aktiviti Ladang 44 Jana Perolehan Daripada Sektor Binaan 64 Sukarelawan Koperasi Berperanan Bantu Fungsi OKU MED Iktiraf Gerakan Koperasi Dalam Agenda Pembangunan Negara 48 Pematuhan Standard Produk Dan Perkhidmatan Sektor Koperasi PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 28 Pertingkat Konsep Ta’áwun Dalam Gerakan Koperasi 32 Pertingkat Konsep Ta’awun Dalam Kalangan Koperasi 34 ANGKASA Bantu Masyarakat Islam Kemboja 50 ANGKASA-Ministry of Planning & Investment Hanoi Jalin Kerjasama RENCANA 8

Pelbagaikan Bidang Untuk Pulangan Tinggi Koperasi

13

9 770126 873000

JILID 46 BIL. 2 KDN PP2010/01/2013(031495) SEM. MALAYSIA RM1.70 SABAH/SARAWAK RM2.00

52 Bersama Pertingkat Ekonomi Sektor Koperasi 53 Bincang Peluang Kerjasama Sektor Pertanian Koperasi JPAN 38 Negeri Sembilan : Tingkatkan Keupayaan Koperasi Keluarga 39 Kedah : ANGKASA Serah Zakat Perniagaan RM103,449.46 KOPERASI 46 Pakej ‘Emas’ untuk Warga KPFB

Aplikasi cALLme Sumbangan Koperasi Dalam Industri Pengangkutan Teksi Negara

KELESTARIAN KOPERASI DI PERSADA NEGARA

  

Sukarelawan Koperasi Bantu Pemulihan Fungsi OKU

KETERANGAN GAMBAR KULIT Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pada Majlis Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan di Hotel Tenera, Bangi. Foto Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI

ANGKASA 4

Tingkatkan Perolehan Sektor Koperasi 10 MED Komited Bantu Gerakan Koperasi 12 TYT Pulau Pinang Sokong Usaha Majukan Tanah Koperasi 14 PelbagaikanBidang Untuk Pulangan Tinggi Koperasi 16 Pacu Ekonomi Dalam Gerakan Koperasi 18 Kelestarian Koperasi Dalam Negara 19 Reaksi Peserta 20 Tingkatkan Daya Saing Koperasi 22 Kerjasama Bangunkan Gerakan Koperasi 24 Aplikasi cALLme Dalam Industri Pengangkutan Teksi Negara

22

10

2 PELANCAR Februari 2019

26

33

59 Tingkat Pasaran Produk Halal Di Peringkat Global

COOPMALAYSIA UPDATE 55 Make co-ops a sturdier option for youth to tackle unemployment WAWANCARA 60 Kemajuan Koperasi Sekolah Bermula Daripada Pimpinan Pengetua - Shariffah IKON KOPERATOR MUDA 62 Semarakkan Kecemerlangan Menerusi Koperasi SAJAK 65 Jiwa ANGKASA

46

Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.

Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop

@ANGKASACoop

37

Februari 2019 PELANCAR

3

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Tingkatkan Perolehan Sektor Koperasi

Gerakan koperasi di Malaysia disaran supaya terus meningkatkan perolehan sehingga mencapai angka RM55 bilion menjelang 2020 dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan koperasi sekaligus menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Peningkatan RM5 bilion itu adalah angka penambahan kepada sasaran awal kerajaan iaitu RM50 bilion ke arah meningkatkan perolehan koperasi seterusnya melonjakkan pencapaian sektor koperasi negara.

4 PELANCAR Februari 2019

4 PELANCAR Februari 2019

“Cabaran ini boleh dicapai dengan kekuatan yang dimiliki sektor koperasi iaitu dengan jumlah koperasi lebih 14,000 buah, aset bernilai RM140 bilion, perolehan bernilai RM22.5 bilion atau 52.4 peratus serta keanggotaan 6.5 juta orang . “Kementerian Pembangunan Usahawan dan agensi-agensinya bersedia memberi bantuan dan bimbingan berterusan kepada koperasi yang memerlukan bagi merealisasi sasaran yang ditetapkan ini,” katanya di hadapan lebih 700 wakil koperator yang berkumpul bagi mendengar amanat yang disampaikan olehnya. Amanat yang disampaikan Datuk Seri Mohd. Redzuan turut membakar semangat koperator yang hadir supaya menonjolkan keberanian, berdaya saing, bersifat kreatif dan inovatif dalam membawa perubahan ke arah memajukan koperasi masing-masing. Beliau mahu sektor koperasi terus melonjakkan kecemerlangan pada masa akan datang dan kini tiba masanya untuk bersama-sama memulakan kebangkitan dalam membentuk budaya yang boleh meningkatkan produktiviti dengan sebaik mungkin.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof ketika melontarkan gesaan itu dalam Majlis Amanah Menteri Pembangunan Usahawan bertempat di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 25 Januari 2019 lalu mahu ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara menerajui sektor koperasi dalam merealisasikan sasaran ini khususnya dalam penerokaan bidang perniagaan baru dalam usaha meningkatkan pendapatan koperasi. Beliau berkata, ANGKASA sewajarnya berperanan untuk menggalak dan mendedahkan koperasi untuk terlibat dalam bidang perniagaan seperti logistik, perladangan dan pertanian kerana bidang-bidang ini merupakan antara industri strategik yang memiliki impak tinggi kepada gerakan koperasi. “Pergerakan koperasi di Malaysia perlu mengambil peluang dan ruang ini dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan mereka untuk mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan bagi menjamin pulangan pelaburan yang tinggi kepada ekonomi negara.

Mengambil contoh budaya Jepun yang memiliki nilai-nilai murni wajar dijadikan panduan terbaik untuk terus mencipta kejayaan bukan sahaja dalam lapangan yang diceburi tetapi dalam segenap kehidupan. Katanya, anggota koperasi perlu memiliki perasaan untuk mahu belajar dan memperbaiki kelemahan serta memberikan yang terbaik di samping meletakkan sasaran tertentu untuk mencapai apa yang diingini untuk kemajuan sektor koperasi. Budaya berada dalam zon selesa katanya wajar dikikis dalam gerakan koperasi kerana ia boleh merosakkan sektor koperasi dan boleh membantutkan perkembangan membantu Kerajaan dalam meningkatkan KDNK.

5 Februari 2019 PELANCAR 5 PELANCAR

6 PELANCAR Februari 2019

» Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof menyampaikan amanatnya di hadapan lebih 700 koperator pada Majlia Amanat Menteri Pembangunan Usahawan bertempat di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 25 Januari 2019 lalu.

7 Februari 2019 PELANCAR 7 PELANCAR

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ MED Iktiraf Gerakan Koperasi Dalam Agenda Pembangunan Negara

Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED)

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang diterajui menterinya, YB Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof dan Timbalan Menteri, YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli dibentuk semula pada 2 Julai 2018 lalu antara lain berfungsi menggubal dasar pembangunan usahawan dan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang inklusif serta berdaya saing termasuk memacu pembangunan golongan B40, M40 dan usahawan sosial.

8 PELANCAR Februari 2019

Dengan visinya adalah untuk melahirkan usahawan berintegriti dan kompetitif di pasaran global dan misi untuk melebarkan keusahawanan terutama dari golongan berpendapatan rendah dari setiap lapisan geopolitik. MED juga turut mengambil peranan dalam pembangunan koperasi negara. Antara strategi utama MED dalam pembangunan gerakan koperasi di Malaysia adalah menetapkan pembangunan koperasi bersasar (inklusif golongan terpinggir) melibatkan belia, wanita dan B40; pengiktirafan kepada gerakan koperasi dalam agenda pembangunan negara iaitu koperasi sebagai Industri Kecil Dan Sederhana (SME) dan meningkatkan penglibatan masyarakat dalam sumbangan sosial dan alam sekitar melalui koperasi - keusahawanan sosial melalui koperasi. Selain itu, MED juga turut mengambil peranan proaktifnya dalam meningkatkan keusahawanan melalui koperasi iaitu mewujudkan rangka perundangan yang kondusif dan tidak mengekang gerakan koperasi dan menjadi penanda aras (benchmark) gerakan koperasi antarabangsa. Transformasi koperasi masa kini bukan sahaja memperlihatkan peranannya yang begitu signifikan kepada pembangunan ekonomi negara, tetapi sektor koperasi di Malaysia membuktikan ia sebagai nadi kepada komuniti sejagat menerusi tahap pencapaiannya yang boleh dibanggakan. Data Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menunjukkan dengan jumlah 14,094 koperasi berakhir sehingga 2018 iaitu peningkatan sebanyak 3.3 peratus berbanding tahun 2017 (Jun 2017: RM13,648); jumlah aset RM140.4 bilion (peningkatan sebanyak 3.4 peratus berbanding tahun 2017) (Jun 2017: RM135.8 bilion); perolehan RM22.5 bilion atau 52.4 peratus, koperasi dilihat sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara melalui enam sektor ekonomi utama iaitu Perkhidmatan Kewangan; Pemborongan Dan Peruncitan; Pertanian Dan Industri Asas Tani; Perladangan; Pembangunan Hartanah Dan Industri Binaan; Pelancongan, Penjagaan Diri Dan Kesihatan. Dalam usaha memantap dan memperkasakan sektor koperasi negara, MED merancang hala tujunya bagi memastikan ekosistem sektor ini lengkap dan ditambah baik dari masa ke semasa ke arah mendepani cabaran akan datang. Antaranya ialah membabitkan Liberalisasi Undang-Undang Koperasi iaitu mengkaji semula cadangan pindaan Akta Koperasi 1993 dan Akta Suruhanjaya Koperasi 2007, tidak mengekang dan self-regulated mechanism; menjenamakan

semula Maktab Koperasi Malaysia (MKM) kepada Institut Kecemerlangan Koperasi Malaysia (IKM) serta meningkatkan keyakinan orang awam terhadap gerakan koperasi melalui pengurusan risiko yang lebih efektif. Dasar Keusahawanan Nasional atau National Entreprenuership Framework (NEF) memberi penekanan jelas terhadap sektor koperasi. Ia adalah antara usaha Kementerian dalam menzahirkan komitmen Kerajaan untuk memperkasakan agenda keusahawanan Negara bagi melonjak dan merancakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan. NEF merupakan sebuah dokumen strategik keusahawanan negara yang mengandungi 21 objektif strategik dan dirangkumkan dalam empat (4) teras strategi utama meliputi pelbagai sektor keusahawanan. Empat (4) teras strategi utama NEF adalah i) Teras Pertama : Mempercepatkan Pertumbuhan Ekonomi Melalui Keusahawanan Berteraskan Inovasi; ii) Teras Kedua : Pembangunan Keusahawanan Secara Komprehensif Dan Bersepadu; iii) Teras Ketiga : Meningkatkan Keusahawan Dalam Masyarakat B40; dan iv) Teras Keempat : Scaling–Up Usahawan (Pemerkasaan Usahawan). Menerusi Teras Ketiga iaitu Meningkatkan Keusahawan Dalam Masyarakat B40 , sektor koperasi diberi penekanan menerusi pengiktirafannya dalam pembangunan negara. Ini terkandung di dalam Objektif Strategi Ke-12 iaitu Koperasi Sebagai Instrumen Utama Untuk Melonjakkan Keusahawanan Dalam Kalangan B40; Objektif Strategi Ke-13 iaitu Koperasi Berpotensi sebagai ‘Economic Driver’ dan Objektif Strategi ke-14 iaitu Koperasi Sebagai ‘’Driver’’ Kepada Keusahawanan Sosial atau ‘Social Entreprenuership’.

Kementerian Pembangunan Usahawan Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62668 Putrajaya, Malaysia. Tel. : 03-8000 8000 Faks : 03-8889 3712 E-mel : webmaster[at]med[dot]gov[dot]my SMS : Taip hantar ke 15888 Koordinat GPS : 2.942843,101.708816

Februari 2019 PELANCAR

9

MED Komited Bantu Gerakan Koperasi

Oleh : RAHMAT MOHD DID

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) komited untuk membantu gerakan koperasi di Malaysia dalam sektor perniagaan baharu agar tidak terlalu bergantung kepada sektor pembiayaan kredit seterusnya memberi sumbangan lebih besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Puan Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, perkara tersebut seiring dengan visi Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahukan Malaysia menjadi negara pengeluar dan bukan pengguna. “Saya melihat koperasi mempunyai banyak potensi yang masih belum diterokai dan pada pendapat saya, koperasi perlu berhenti mengulangi kitaran yang sama jika ternyata tidak mendatangkan impak seperti yang diharapkan.

10 PELANCAR Februari 2019

10 PELANCAR Februari 2019

Apa yang perlu kita fokus ialah bagaimana untuk menghasilkan impak lebih besar dengan sumber yang lebih sedikit kerana secara relatifnya, sektor koperasi masih bersaiz kecil dan sumbangan kepada KDNK hanya sekadar satu hingga tiga peratus sahaja,” jelasnya. Beliau berkata demikian sewaktu menerima kunjungan hormat dari Kepimpinan Tertinggi ANGKASA yang diketuai Presidennya, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah pada 11 Januari lalu. Tambahnya lagi, pemilikan

– 2020) agar bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa. Saya amat berharap kerjasama erat antara kerajaan, SKM, ANGKASA dan koperasi akan memberi kesan positif menjelang tahun 2020 sesuai dengan matlamat ANGKASA sendiri yang mensasarkan sumbangan RM50 bilion kepada KDNK,” katanya. Sementara itu, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah juga turut menyatakan kesediaan ANGKASA untuk bekerjasama dengan kerajaan secara lebih erat dan menjadi wadah kemajuan koperasi di Malaysia agar

dapat membantu kerajaan dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat. Turut hadir dalam kunjung hormat tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Encik Razman Abu Samah; Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Koperasi dan Francais Usahawan MED, Encik Imran Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

modal yang kecil, kurang pendedahan dan insentif untuk menembusi aktiviti perniagaan strategik antara cabaran yang dihadapi oleh koperasi untuk lebih maju ke hadapan. “Kerajaan juga sedia melihat kembali akta-akta yang dirasakan menyekat kemajuan koperasi untuk bersaing dengan sektor swasta dan mengkaji semula Dasar Koperasi Negara (2011

11 Februari 2019 PELANCAR 11 PELANCAR

Pulau Pinang

TYT Pulau Pinang Sokong Usaha Majukan Tanah Koperasi

Oleh : RAHMAT MOHD DID

» Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas bergambar bersama-sama kepimpinan tertinggi ANGKASA dan koperasi.

Semangat dan usaha yang ditunjukkan oleh koperasi untuk memajukan tanah milik koperasi amat dihargai dan perlu disokong serta dibantu bagi memastikan hasilnya dapat dimanfaatkan anggota koperasi dan masyarakat.

Justeru, koperasi

perlu menunjukkan komitmen padu dengan memajukan tanah-tanah yang dimiliki dan berharap ANGKASA dapat membantu merealisasikannya. Demikian menurut Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas. Beliau berkata demikian sewaktu menerima kunjungan hormat delegasi ANGKASA yang diketuai Presidennya, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ke Seri Mutiara, Pulau Pinang.

12 PELANCAR Februari 2019 12 PELANCAR Februari 2019

» Haji Jaafar Mastan, Pengerusi Koperasi Selangkah Maju Pulau Pinang Berhad

“Saya juga faham tentang masalah pemilikan aset di kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya angggota koperasi di sini yang semakin meningkat harganya sehingga tidak lagi mampu dimiliki. Jadi langkah ANGKASA untuk membantu koperasi-koperasi di sini melalui MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. adalah langkah yang sangat baik,” katanya. Menurutnya, beliau akan memberikan sokongan penuh terhadap usaha tersebut dan akan membantu seberapa daya selain mengingatkan supaya pelaksanaannya diambil serius oleh pihak-pihak yang terlibat. Beliau juga turut memberi pandangan kepada koperasi yang ingin memajukan tanah- tanah wakaf agar mengikut prosedur dan undang-undang untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Turut hadir ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dato’ Che Mohd Shukri Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman, Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Barat Daya Pulau Pinang Berhad, Haji Osman Nasir dan Pengerusi Koperasi Selangkah Maju Pulau Pinang Berhad, Haji Jaafar Mastan. Dato’ Abdul Fattah berkata, ANGKASA komited untuk bertindak sebagai pemudah cara bagi koperasi-koperasi yang terlibat dan menegaskan bahawa usaha tersebut adalah bagi menggalakkan anggota-anggota koperasi di sini agar lebih aktif, memberi sumbangan kepada kemajuan negeri, membantu ekonomi anggota selain memberi sumbangan lebih besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

» Haji Osman Nasir, Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Barat Daya Pulau Pinang Berhad

13 Februari 2019 PELANCAR 13 PELANCAR

Pelbagaikan Bidang Untuk Pulangan Tinggi Koperasi

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

ANGKASA diseru supaya dapat mempelbagaikan bidang dalam sektor koperasi khususnya dalam penerokaan aktiviti logistik, perladangan dan asas tani yang

dilihat mampu menjamin pulangan pelaburan yang tinggi kepada ekonomi negara.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, usaha mempelbagaikan penglibatan sektor koperasi dalam aktiviti ekonomi ini adalah seiring dengan sasaran kerajaan meningkatkan perolehan negara dari sektor ini kepada lebih RM50 bilion tahun depan. “Kekuatan tersebut seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan nilai ekonomi negara menerusi tiga bidang yang disebutkan tadi kerana bidang-bidang ini merupakan antara industri-industri strategik yang memiliki impak tinggi kepada

» DATUK SERI MOHD REDZUAN MD. YUSOF Menteri Pembangunan Usahawan

Katanya, industri logistik mempunyai nilai perolehan sebanyak RM170 bilion. Penglibatan koperasi yang dipandu oleh ANGKASA diyakini berupaya melonjakkan perolehan sektor koperasi kepada lebih RM50 bilion pada tahun depan daripada RM42.95 bilion pada tahun 2018.

gerakan koperasi,” demikian antara saranan beliau ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan, di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 12 Januari 2019.

14 PELANCAR Februari 2019

14 PELANCAR Februari 2019

Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan

» Gimik Perasmian Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama dan Keusahawanan

“ANGKASA yang menaungi 14,000 koperasi dengan keanggotaan seramai 6.5 juta orang perlu menggunakan kekuatan tersebut untuk menceburi sektor ekonomi berimpak tinggi. Koperasi merupakan instrumen yang hebat kerana kekuatan ekonomi dipandu oleh keusahawanan dan terbukti berkesan secara praktikal di negara- negara maju,” ujarnya. “Koperasi merupakan satu instrumen yang boleh menjadi sebuah pertubuhan masyarakat yang memacu pembangunan usahawan serta memberi sumbangan yang siginfikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Justeru, ANGKASA perlu menumpukan

pencapaian koperasi yang kini berada pada satu tahap di mana ekosistem pembangunan koperasi yang terancang. Bagaimanapun katanya, ekosistem koperasi boleh diperbaiki dan ditambah baik ke arah melihat sumbangan koperasi yang lebih berkesan sekaligus mewujudkan ekosistem koperasi untuk jaringan luar negara. MED katanya akan bertindak sebagai pemudahcara kepada koperasi dalam membangunkan ruang ekosistem sektor koperasi yang harmoni. “Dasar Keusahawanan Nasional (National Entreprenuership Framework (NEF), sektor koperasi diberi penekanan sebagai instrumen utama untuk melonjakkan keusahawanan dalam kalangan B40; koperasi berpotensi sebagai “Economic Driver” dan koperasi sebagai pemandu kepada keusahawanan sosial atau ‘Social Entrepreneurship’,” ujarnya. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah isteri kepada Menteri Pembangunan Koperasi iaitu Datin Seri Hamidah Osman; Ketua Setiausaha MED, Puan Wan Suraya Wan Mohd. Radzi; Timbalan Ketua Setiausaha

kepada sektor ekonomi yang terjamin dan jelas nilai perolehannya, sekaligus memperlihatkan kerelevenan mereka dengan agenda kerajaan iaitu untuk membangun, membesar dan mengembangkan KDNK dari sudut sumbangan koperasi”, katanya.

Datuk Seri Mohd. Redzuan turut menyatakan rasa gembira dengan

(Pembangunan) MED, Encik Mohd Razman Abu Samah dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh.

» Datuk Seri Mohd Redzuan bermesra dengan peserta OKU iaitu Pengerusi Koperasi Gerak Wawasan Terengganu Berhad, Encik Fakhruddin Zakaria (berkerusi roda) dan Pengerusi Koperasi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Terengganu Berhad, Encik Fauzi Mansor.

Februari 2019 PELANCAR

15

Pacu Ekonomi Dalam Gerakan

Koperasi Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Haji Mohamad Azmi Omaruddin Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen.

Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Belandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan yang berlangsung di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi pada 12 dan 13 Januari 2019 lalu memperlihatkan penyertaan lebih 650 pemimpin koperator dari seluruh negara.

Perhimpunan ini sekaligus membuktikan simbol kesepaduan, kesatuan dalam berkoperasi serta kerjasama di antara koperasi seluruh negara dalam penguasaan sektor koperasi ke arah memacu perkembangan sosioekonomi dan pembangunan kelestarian koperasi. Penganjuran konvensyen ini juga jelas menterjemahkan pengiktirafan ulung terhadap perkembangan gerakan koperasi negara yang dilihat selari dengan perkembangan sosioekonomi masa kini untuk terus berdiri kukuh. Platform ini juga telah berjaya mengetengahkan pelbagai isu serta cabaran yang mendepani gerakan koperasi dan usaha bagi menanganinya dikenal pasti. Hal tersebut sekaligus mampu meletakkan koperasi untuk terus berkembang dan berdaya saing seiring dengan perubahan arus pendana. Menariknya pada konvensyen ini, konsep dan objektifnya dirangka dan diteliti secara terperinci bersama kumpulan Pemikir Usahawan Harapan (PEMIKIR) yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Sudin Haron. Kekuatan seperti itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara untuk memperkasa gerakan koperasi dalam memberikan sumbangan yang lebih signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Program yang berlangsung selama dua hari itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Mohd Redzuan Md. Yusof. Program tersebut mengetengahkan objektif yang jelas iaitu semua pemimpin koperasi yang hadir sebulat suara bersetuju untuk

» Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Koperasi, Puan Wan Suraya Wan Mohd. Radzi menyampaikan kertas kerjanya “Institusi Koperasi Sebagai Penyumbang Ketiga Ekonomi Negara”.

» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya menyampaikan kertas kerja bertajuk “Kemurnian Koperasi : Antara Persepsi Dan Realiti”.

16 PELANCAR Februari 2019

Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan

» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan mengemukakan pandangan ketika sesi pembentangan kertas kerja.

» Peserta menyampaikan idea dan cadangan ketika Breakout Session berlangsung.

menetapkan hala tuju melalui resolusi konvensyen. Ia bagi dicadangkan kepada pihak kerajaan dalam merangka pengisian Dasar Koperasi Negara selaras dengan hala tuju Kerajaan Malaysia Baru dan Revolusi Industri 4.0. Setiap cabaran yang dihadapi ternyata membuka peluang kepada sektor koperasi untuk terus mengorak langkah lebih jauh dalam mempergiat semangat dan motivasi anggota. Penampilan sekumpulan panel dari pelbagai bidang koperasi, industri, kumpulan dasar dan para akademik melalui pembentangan kertas kerja berjaya memberi pendedahan secara langsung terhadap kejayaan yang dikecapi. Kesannya diharap mampu bertindak sebagai sumber inspirasi koperasi yang lain untuk lebih cemerlang di persada koperasi sama ada di peringkat nasional mahu pun antarabangsa di samping melontarkan idea-idea

Menerusi isu dan cadangan yang dibentangkan, satu resolusi telah dirangka bagi dijadikan sebagai asas dalam memajukan gerakan koperasi negara untuk diserahkan kepada pihak kerajaan. Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut tema yang disediakan iaitu berdasarkan topik “Membudayakan Keusahawanan Berlandaskan Amalan Konsep Nilai Dan Prinsip Koperasi; “Mewujudkan Persekitaran Undang-Undang Koperasi Yang Kondusif Untuk Kelancaran Proses Pembangunan Dan Tadbir Urus Baik Koperasi”; “Pembangunan Gerakan Koperasi Melalui Jaringan Kerjasama Strategik”; “Kelestarian Alam Sekitar – Peranan Gerakan Koperasi” dan “Transformasi Digital – Peluang Baru Koperasi Dalam Era Revolusi Industri 4.0”. Forum “Kelestarian Gerakan Koperasi Malaysia : Satu Analatika” yang

“Institusi Koperasi Sebagai Penyumbang Ketiga Ekonomi Negara” oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Koperasi, Puan Wan Suraya Wan Mohd. Radzi; ”Kelestarian Koperasi Melalui Jaringan Strategik” oleh Felo Penyelidik Institut Kajian Dasar Pertanian & Makanan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Datin Paduka Prof. Dr. Fatimah Mohamed Arshad dan “Kesesuaian Dasar Dan Undang-Undang Koperasi” oleh Haji Aznul Affendi Hassan Basri dari Partner Messrs Aznul & Co. Pengisian ‘Breakout Session’ menyaksikan perbincangan dilakukan mengikut isu dan cadangan yang dibangkitkan oleh pemimpin koperasi dan dikendalikan sekumpulan juruperunding Azman Hashim International Business School, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

dikendalikan moderator, Ketua PEMIKIR, Dato’ Prof. Dr. Sudin Haron menampilkan tokoh- tokoh dalam sektor koperasi iaitu Ketua Pegawai Operasi (Operasi Perbankan) Bank Rakyat Malaysia; Dato’ Asmuni Sudin; Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Pengarah Eksekutif Kanan Kumpulan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia, Puan Sakinah Salleh; dan Penasihat Strategik ACO, Datuk Dr. Mohd Ghazali Md. Noor.

yang bersesuaian dengan tatacara ekonomi baharu. Lima kertas kerja

yang dibincangkan adalah “Pencapaian

Gerakan Koperasi Masa Kini : Satu Analisis” oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Hajah Meriam Mat Noor; “Kemurnian Koperasi : Antara Persepsi Dan Realiti” oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya;

» Sesi Forum bertajuk “Kelestarian Gerakan Koperasi Malaysia : Satu Analatika” yang dikendalikan moderator, Ketua PEMIKIR, Dato’ Prof. Dr. Sudin Haron (tiga dari kanan) menampilkan tokoh-tokoh dalam sektor koperasi iaitu Ketua Pegawai Operasi (Operasi Perbankan) Bank Rakyat Malaysia; Dato’ Asmuni Sudin (dua dari kanan); Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri); Pengarah Eksekutif Kanan Kumpulan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia, Puan Sakinah Salleh (kiri sekali) dan Penasihat Strategik ACO, Datuk Dr. Mohd Ghazali Md. Noor (kanan sekali).

Februari 2019 PELANCAR

17

Kelestarian Koperasi Dalam Negara

ANGKASA akan terus berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan sektor koperasi selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan sektor koperasi terus berperanan sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, penglibatan anggota daripada pelbagai latar belakang dalam sektor koperasi memiliki keistimewaan tersendiri kerana kepakaran dan pengkhususan yang mereka miliki sebenarnya tinggi dan berupaya meneroka bidang-bidang baharu yang lebih berdaya saing dan mencabar, sekaligus dapat memberi impak besar kepada peningkatan ekonomi koperasi. “Sebagai badan induk koperasi, ANGKASA komited dalam menyokong koperasi yang mempunyai semangat untuk meningkatkan kedudukan mereka

berkaitan untuk memastikan agenda pembangunan koperasi tercapai. “Konvensyen yang mengumpulkan suara gerakan koperasi negara ini diharap dapat mengubah landskap sektor koperasi ke arah pembangunan yang lestari dan kukuh dalam ekonomi negara. “Sokongan berterusan terhadap usaha koperasi dalam meningkatkan kemajuan khususnya usaha merancakkan ekonomi negara dilihat mampu membawa sektor koperasi ke peringkat yang lebih dominan. Ia juga turut berupaya meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada sektor koperasi,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Aluan pada Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi pada 12 Januari 2019 lalu. Dato’ Abdul Fattah mengharapkan agar lebih banyak koperasi terlibat dalam program pembangunan ekonomi. Sinergi ini katanya perlu diperkukuh dan dimantapkan supaya koperasi dapat menjadi antara pemain utama dalam pembangunan ekonomi negara sekaligus memberi manfaat kepada anggota dan komuniti secara keseluruhan.

daripada mikro kepada kecil, daripada kecil kepada sederhana dan daripada sederhana kepada kategori koperasi yang lebih besar,” ujarnya. Menurutnya, ANGKASA akan menyokong dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Suruhanjaya Koperasi Malaysia

(SKM) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) serta agensi

» Dato’ Abdul Fattah mahu lebih banyak koperasi terlibat dalam program pembangunan ekonomi.

18 PELANCAR Februari 2019 » Sebahagian koperator tekun ketika sesi konvensyen berlangsung.

Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan

Reaksi

Konvensyen ini adalah platform terbaik kepada semua koperator untuk berkumpul dan memberikan idea serta pandangan ke arah pemerkasaan gerakan koperasi negara. Isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh sektor koperasi masa kini dapat diketengahkan dan bincangkan dalam kalangan pakar-pakar bertauliah yang terdiri daripada bidang koperasi, industri dan pembuat dasar serta para akademik yang bersesuaian dengan ekosistem ekonomi negara.

Sha’azim Ibhaidullah Dadameah (Timbalan Pengerusi Koperasi Minda Usahawan Berhad Selangor)

Hala tuju dan masa depan sektor koperasi yang dipersetujui dalam resolusi konvensyen boleh dijadikan asas penting buat gerakan koperasi negara untuk kemajuan anggota dan komuniti sejagat untuk diserahkan kepada pihak kerajaan. Menerusi resolusi yang dicadangkan, diharap mendapat perhatian serius pihak kerajaan dalam usaha untuk melihat sektor ketiga ini mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

Ahmad Shukri Johari (Bendahari Koperasi Serbausaha Makmur Berhad)

Nilai keusahawanan yang diwujudkan melalui konsep berkoperasi ini berupaya merangsang keusahawanan sosial dalam kalangan anggota koperasi untuk lebih berdaya maju dan berdaya saing sebagai alternatif kepada dunia perniagaan sedia ada. Ia berupaya meningkatkan jumlah perolehan koperasi di samping menjamin kesejahteraan hidup anggota koperasi menerusi pulangan yang diterima.

Suhaimi Haji Ahmad (Setiausaha Koperasi Bumiputera Jasin Melaka Berhad)

Persaingan daripada sektor swasta menjadi faktor kepada sektor koperasi untuk terus maju dan lestari dalam bidang perniagaan. Dalam hal ini, koperasi disaran untuk memfokuskan aktiviti koperasi kepada penguasaan dan pengukuhan dalam setiap rantaian perniagaan. Sebagai contoh koperasi boleh terlibat dalam jaringan perniagaan di sesuatu kawasan yang berpotensi seperi perkhidmatan di universiti, masjid dan sebagainya.

Sarah Samsuri (ALK Koperasi Keluarga Ramlah Johor Bahru Berhad)

Masih ada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan yang dijalankan iaitu tidak berfikiran “business minded” sehingga memberi kesan kepada koperasi yang kurang berdaya saing. Galakan konsep keusahawanan koperasi yang diterapkan di peringkat sekolah menjadi titik tolak kepada kesinambungan berkoperasi daripada koperasi sekolah ke koperasi dewasa. Ilmu yang perolehi mereka boleh memberi suntikan semangat untuk terus maju dan menjadikan bidang keusahawanan pilihan mereka dalam memajukan koperasi masing-masing kelak.

Roslina Mohd Nasir (ALK Koperasi SMK (P) Taman Petaling Selangor Berhad)

Nilai-nilai dan prinsip koperasi yang terkandung dalam jati diri koperasi perlu dihayati oleh setiap anggota kerana ia menjadi tunjang kekuatan dan kemajuan sesebuah koperasi. Pengisian yang terkandung dalam program ini sangat bermanfaat dan informatif. Penampilan ahli panel dari pelbagai latar belakang dan industri berbeza banyak membuka minda koperator untuk terus berjuang dan memperkasakan koperasi masing-masing dengan ilmu yang disebarkan untuk manfaat gerakan koperasi negara.

Nor Faizah Daud (ALK Koperasi SMK (P) Taman Petaling Selangor Berhad)

Februari 2019 PELANCAR

19

Tingkatkan Daya Saing Koperasi

Draf resolusi berkenaan katanya akan dijadikan pelan tindakan kementerian untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing sektor koperasi selain mewujudkan peluang pekerjaan yang baru kepada anggotanya. Ia akan dibincangkan mengikut sektor yang penting kepada ekonomi negara supaya koperasi dilihat lebih berperanan dalam aktiviti berimpak tinggi lebih-lebih lagi ke arah transformasi koperasi dan mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli bersedia untuk melihat cadangan draf resolusi Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama dan Keusahawanan yang dikemukakan ANGKASA kepada kementeriannya.

“Kementerian menyambut baik draf resolusi ini dan diharap ia lebih bersifat praktikal dalam membantu mempercepatkan rangka polisi dan dasar Kerajaan Baharu,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Penutupan Konvensyen

Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor, pada 13 Januari 2019 lalu. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta berharap dengan adanya draf resolusi ini, sektor koperasi dapat

diperkukuh dan dimantapkan terutamanya galakan kepada koperasi untuk meneroka pasaran global.

» DATUK WIRA DR. MOHD HATTA MD. RAMLI Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan

20 PELANCAR Februari 2019 20 PELANCAR Februari 2019

Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan

» Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr. Mohd Hatta ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Penutupan Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan

» Suasana pameran pelbagai perkhidmatan dan produk koperasi di luar dewan.

Menurutnya, usaha ANGKASA dalam pembangunan gerakan koperasi dipuji kerana kekuatan badan induk koperasi di Malaysia ini dilihat mempunyai masa depan yang gemilang dan membanggakan. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Usahawan, Encik. Mohd Razman Abu Samah dan Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron. Sementara itu, dalam ucapan aluan yang disampainya, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, menyahut cabaran Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof yang mahu sektor koperasi

merancakkan sektor logistik, pertanian dan perladangan bagi meningkatkan perolehan kepada lebih RM50 bilion pada tahun hadapan. Katanya, ANGKASA akan memainkan peranan dan mengambil bahagian dalam sektor perniagaan yang disebutkan YB Menteri berkenaan untuk melihat sektor koperasi mempelbagaikan aktiviti perniagaan mereka seiring dengan sasaran Kerajaan. Beliau berikrar bahawa ANGKASA akan terus memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berkaitan dan sewajarnya kepada anggota koperasi untuk melihat sektor koperasi negara setanding dengan koperasi luar negara khususnya dalam memberi sumbangan kepada anggota dan negara. Ujarnya, ANGKASA mengalu-alukan dasar keterbukaan untuk memberi peluang kepada gerakan koperasi di negara ini bagi kemajuan dan manfaat sejumlah 6.5 juta anggota koperasi.

Februari 2019 PELANCAR

21

Kerjasama Bangunkan Gerakan Koperasi Kunjungan Pengerusi Eksekutif SKM ke ANGKASA

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh yang dilantik secara rasmi pada 1 Disember 2018, telah mengadakan satu kunjungan mesra ke ANGKASA bagi meninjau perkembangan badan puncak tersebut selain berbincang tentang hala tuju yang

Kehadiran beliau disambut oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, Naib- Naib Presiden, Haji Mohamad Azmi Omaruddin, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Penasihat-Penasihat Korporat ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Shamsudin dan Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam dapat dimainkan oleh ANGKASA dalam usaha membawa perubahan yang lebih signifikan terhadap lanskap gerakan koperasi negara.

» Datuk Nordin Salleh menandatangani buku pelawat di Muzium Koperasi Malaysia.

22 PELANCAR Februari 2019 22 PELANCAR Februari 2019

» Dari kiri Haji Nasir Khan Yahaya, Datuk Haji Md. Yusof Haji Shamsudin, Haji Mohamad Azmi Omaruddin, Datuk Nordin Salleh, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, Dato’ Haji Mohd Shukree Che Isa, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa.

Wafa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Setiausaha Eksekutif, Encik Mohammad Zamri Haji Yaacob. Dalam proses mengenali ANGKASA dengan lebih dekat, beliau diberi taklimat berkaitan fungsi dan peranan selain struktur-struktur pentadbiran dalam ANGKASA di samping program dan aktiviti yang dijalankan. Menurut Dato’ Abdul Fattah, SKM dan ANGKASA sentiasa bekerjasama dalam apa sahaja program anjuran SKM bagi membantu membangunkan sosioekonomi koperasi. Lebih banyak program baharu juga perlu bagi memantapkan lagi aktiviti perniagaan koperasi, terutama di zaman serba mencabar dengan dunia informasi teknologi yang begitu pesat. Dana yang lebih besar juga diperlukan bagi menjayakan pelbagai program pembangunan koperasi. Datuk Nordin Salleh juga bersetuju untuk meneliti semula banyak isu yang berbangkit, antaranya adalah permintaan terhadap tempat kediaman oleh anggota dan komuniti yang kurang berkemampuan, termasuklah akta yang sedia ada, selain keperluan dana yang banyak menurut peredaran masa.

Februari 2019 PELANCAR

23

» Anthony Loke Siew Fook menunjukkan Aplikasi On-Demand e-Hailing Teksi “cALLme” menerusi peranti tablet.

Aplikasi cALLme Sumbangan Koperasi Dalam Industri Pengangkutan Teksi Negara

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Aplikasi e-Hailing teksi jenama cALLme yang dibangunkan ANGKASA dengan kerjasama Koperasi Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) dan Airport Limo (M) Berhad memberi wajah baru kepada industri pengangkutan teksi negara.

24 PELANCAR Februari 2019

24 PELANCAR Februari 2019

Menteri Pengangkutan Malaysia, YB. Anthony Loke Siew Fook menyatakan, pelaksanaan aplikasi berasaskan penggunaan telefon bimbit yang pada masa kini digunakan secara meluas dan berjaya memberi perubahan besar dalam industri pengangkutan sekaligus membolehkan pengguna membuat pilihan perjalanan secara lebih selesa dan cekap. “Perubahan ini tepat sekali kerana proses urbanisasi yang pesat memerlukan sistem pengangkutan bandar dirancang dan diurus dengan lebih berkesan untuk meningkatkan kualiti kehidupan,” ujarnya. Menurutnya, e-Hailing cALLme merupakan pilihan pengguna pada masa kini kerana kemudahan yang disediakan melalui platform tersebut memberi kelebihan tersendiri. Ia memudahkan pengguna untuk membuat tempahan kenderaan di mana sahaja. “Terdapat lebih 70,000 pemandu teksi di Malaysia dan lebih 60 peratus dimiliki oleh syarikat. Projek ini dibangunkan bertujuan untuk membantu koperasi dan pengusaha teksi seluruh negara yang bakal menikmati manfaat besar. Fasa pertama perkhidmatan cALLme ini akan bermula di KLIA dan KLIA2 di Sepang seterusnya diperluaskan ke teksi luar bandar seluruh negara. “Menerusi kaedah aplikasi cALLme ini juga, pengguna boleh menempah teksi secara online mengikut bajet dan keperluan mereka dan lebih menarik, cALLme Cab Family turut disediakan melibatkan kumpulan ramai atau keluarga termasuk mereka yang berminat dengan tempahan kereta mewah,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Aplikasi On-Demand Economy e-Hailing Teksi cALLme di Aras 3, Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 15 Disember lalu. Turut hadir ialah Setiausaha Bahagian Logistik & Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali; Pengurus Besar Malaysia Airport Sdn. Bhd., Haji Mohamad Arif Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airport Limo (M) Berhad, Datuk Mohamad Asyharim Dato’ Abdul Latif; Naib Presiden ANGKASA,

» Anthony Loke Siew Fook menampal pelekat cALLme pada kenderaan Limosin.

25 Februari 2019 PELANCAR 25 PELANCAR

» Anthony Loke Siew Fook melihat risalah mengenai aplikasi e-Hailing Teksi cALLme.

pengangkutan yang berdaya saing dan berupaya memacu industri ini ke tahap yang lebih baik, bertujuan memberi kesaksamaan dalam medan persaingan kalangan pemandu teksi agar mereka dapat kekal bersaing secara sihat dan adil. Terdahulu, pada Ogos 2018 yang lalu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh ANGKASA dan PETEKMA dalam membangunkan aplikasi e-Hailing cALLme yang bakal diguna dan dimanfaatkan oleh pemandu teksi sekaligus dapat meningkatkan tahap perkhidmatan industri teksi. Sementara itu, Presiden ANGKASA menyatakan, sektor koperasi telah membuktikan kemampuan tersendiri seiring dengan arus perkembangan teknologi ekonomi digital. Sebanyak 30 buah koperasi teksi terlibat

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengerusi Koperasi PETEKMA, Haji Mohd Syahrir Abd. Aziz. Anthony Loke berkata,

Kementerian sentiasa berusaha mewujudkan landskap industri

dalam pengangkutan awam dan perkhidmatan teksi. Projek ini dibangunkan bagi membantu koperasi dan pengusaha teksi seluruh negara yang menghadapi saingan daripada syarikat antarabangsa yang bermodal besar. “Pengusaha dan koperasi teksi kecil dan sederhana perlu bergabung untuk mengguna pakai aplikasi teknologi moden ini bagi menaik taraf perkhidmatan teksi mereka selaras dengan perkembangan semasa. Ini sebagai langkah mengelak daripada berhadapan dengan isu punca pendapatan mereka terjejas akibat persaingan yang dihadapi pada masa kini. “Koperasi perlu menyesuaikan dengan keperluan ini dan berani untuk mengubah cara bekerja daripada kaedah tradisi kepada penggunaan teknologi moden. ANGKASA akan berusaha menyediakan latihan kepada pemandu dan pengusaha teksi supaya mereka mendapat manfaat daripada teknologi baru ini,” katanya.

» Anthony Loke Siew Fook dan Dato’ Abdul Fattah menunjukkan tanda bagus ketika menaiki kenderaan Limosin di Balai Ketibaan KLIA, Sepang.

» Anthony Loke Siew Fook menunjukkan tanda bagus di Balai Ketibaan KLIA, Sepang.

26 PELANCAR Februari 2019

Februari 2019 PELANCAR

27

Oleh : RAHMAT MOHD DID

Pertingkat Konsep Ta’awun Dalam Gerakan Koperasi

28 PELANCAR Februari 2019

28 PELANCAR Februari 2019

» Wakil-wakil koperasi dan institusi negara-negara OIC sedunia bergambar kenangan.

ANGKASA komited untuk memberi kesedaran kepada negara-negara Islam untuk membangunkan ekonomi ummah melalui gerakan koperasi, sesuai dengan konsep Ta’awun atau kerjasama yang mampu memberi manfaat besar bukan sahaja kepada anggota secara khusus tetapi masyarakat secara amnya.

Februari 2019 PELANCAR

29

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, terdapat 1.8 bilion umat Islam di dunia dengan jumlah perbelanjaan harian sebanyak US2.1 bilion pada tahun 2017 tetapi daripada 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), hanya 20 negara sahaja mempunyai koperasi puncak yang aktif. “ANGKASA melihat ruang ini dan perlu membuat perancangan menggerakkan agenda untuk memartabatkan ekonomi di negara-negara OIC agar dapat bersaing dengan negara-negara ekonomi besar dunia. Dianggarkan terdapat seramai 160 juta anggota koperasi yang berdaftar di bawah negara-negara anggota OIC dengan aset sebanyak USD2.4 trilion. Perbelanjaan terbesar masyarakat Islam adalah melalui makanan dan minuman dengan jumlah USD1.3 trilion, diikuti pakaian sebanyak USD270 bilion, media dan hiburan sebanyak USD209 bilion, pelancongan dengan jumlah USD270 bilion, perubatan sebanyak USD 87 billion dan kosmetik sebanyak USD61 bilion. Koperasi-koperasi di negara OIC perlu bersatu untuk merebut peluang ekonomi yang terbentang itu dan tidak hanya memberi penumpuan terhadap komuniti setempat semata-mata. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Makan Malam ANGKASA-OIC Cooperative Inaugural Rountable Series 2018 dengan tema Cooperative in Trade Facilitation and Promotions with OIC Countries and the Rest of the World dan Objective Putting Wealth Back onto its Proper Place in the Service of Right Livelihood for the Common Good yang berlangsung di Sunway Resort Hotel and Spa, Selangor.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; International Cooperative Alliance - Asia Pacific Regional Director, Encik Balu Iyer; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi I-Waqaf, Dato’ Dr. Mohd Ghazali Md Noor; Director of Islamic Development Bank Regional Office Kuala Lumpur, Bapak Kunrat Wirasubata, Malaysia - New Zealand Chamber of Commerce Chairman, Encik Bruce Hope; Sokoto State Zakat & Waqaf Comission of Nigeria Executive Chairman, Encik Muhammad Lawal Maidoki; National Comission for Zakat and Endowment Sierra Leone County Representative, Encik Issa Ghalie Sesay; Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Dato’ Abdul Fattah berharap agar pertemuan dan perbincangan meja bulat yang diadakan dapat membuka jalan kepada jihad ekonomi kepada umat Islam sedunia melalui gerakan koperasi. Usaha tersebut juga adalah titik tolak kepada pembangunan ekonomi bagi generasi akan datang. Sementara itu, Pengerusi I-Waqaf, Dato’ Dr Mohd Ghazali Md Noor menerusi ucaptamanya semasa perbincangan meja bulat berkata, untuk merealisasikan usaha murni kerjasama antara koperasi-koperasi OIC ini, pengiktirafan daripada Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) diperlukan selain kerjasama harmoni dengan Islamic Development Bank (IDB) untuk membantu dari segi kewangan. “Selain memajukan ekonomi umat Islam di seluruh dunia, usaha ini juga akan menjulang nama koperasi di peringkat dunia dan mampu memberi kesedaran kepada lebih banyak pihak tentang kepentingan koperasi terhadap masyarakat.

30 PELANCAR Februari 2019

Kita juga mampu untuk mengeluarkan negara-negara dunia ketiga daripada zon kemiskinan dengan gerakan koperasi. Apa yang penting adalah mencari medan baru yang sesuai dengan komuniti umat Islam dan merebut peluang tersebut dan seterusnya diterjemahkan melalui kekuatan ekonomi,” jelasnya. ANGKASA - OIC Cooperative Inaugural Roundtable Series 2018 dihadiri oleh 52 orang perserta dari lapan buah negara.

» Delegasi bertukar-tukar pandangan sewaktu Perbincangan Meja Bulat ANGKASA-OIC Cooperative Inaugural Roundtable Series 2018.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah beramah-mesra dengan delegasi dari negara Afrika.

Februari 2019 PELANCAR

31

Dato’ Abdul Fattah Dipilih Sebagai Presiden ACO Kali Kedua

Oleh : RAHMAT MOHD DID

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia

Berhad (ANGKASA), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) untuk penggal kedua bagi tempoh 2018 hingga 2022.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah mengekalkan jawatan Presiden ACO untuk penggal kedua bagi tahun 2018 hingga 2022.

32 PELANCAR Februari 2019

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease