Wadah PELANCAR Edisi Februari 2019

Dengan visinya adalah untuk melahirkan usahawan berintegriti dan kompetitif di pasaran global dan misi untuk melebarkan keusahawanan terutama dari golongan berpendapatan rendah dari setiap lapisan geopolitik. MED juga turut mengambil peranan dalam pembangunan koperasi negara. Antara strategi utama MED dalam pembangunan gerakan koperasi di Malaysia adalah menetapkan pembangunan koperasi bersasar (inklusif golongan terpinggir) melibatkan belia, wanita dan B40; pengiktirafan kepada gerakan koperasi dalam agenda pembangunan negara iaitu koperasi sebagai Industri Kecil Dan Sederhana (SME) dan meningkatkan penglibatan masyarakat dalam sumbangan sosial dan alam sekitar melalui koperasi - keusahawanan sosial melalui koperasi. Selain itu, MED juga turut mengambil peranan proaktifnya dalam meningkatkan keusahawanan melalui koperasi iaitu mewujudkan rangka perundangan yang kondusif dan tidak mengekang gerakan koperasi dan menjadi penanda aras (benchmark) gerakan koperasi antarabangsa. Transformasi koperasi masa kini bukan sahaja memperlihatkan peranannya yang begitu signifikan kepada pembangunan ekonomi negara, tetapi sektor koperasi di Malaysia membuktikan ia sebagai nadi kepada komuniti sejagat menerusi tahap pencapaiannya yang boleh dibanggakan. Data Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menunjukkan dengan jumlah 14,094 koperasi berakhir sehingga 2018 iaitu peningkatan sebanyak 3.3 peratus berbanding tahun 2017 (Jun 2017: RM13,648); jumlah aset RM140.4 bilion (peningkatan sebanyak 3.4 peratus berbanding tahun 2017) (Jun 2017: RM135.8 bilion); perolehan RM22.5 bilion atau 52.4 peratus, koperasi dilihat sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara melalui enam sektor ekonomi utama iaitu Perkhidmatan Kewangan; Pemborongan Dan Peruncitan; Pertanian Dan Industri Asas Tani; Perladangan; Pembangunan Hartanah Dan Industri Binaan; Pelancongan, Penjagaan Diri Dan Kesihatan. Dalam usaha memantap dan memperkasakan sektor koperasi negara, MED merancang hala tujunya bagi memastikan ekosistem sektor ini lengkap dan ditambah baik dari masa ke semasa ke arah mendepani cabaran akan datang. Antaranya ialah membabitkan Liberalisasi Undang-Undang Koperasi iaitu mengkaji semula cadangan pindaan Akta Koperasi 1993 dan Akta Suruhanjaya Koperasi 2007, tidak mengekang dan self-regulated mechanism; menjenamakan

semula Maktab Koperasi Malaysia (MKM) kepada Institut Kecemerlangan Koperasi Malaysia (IKM) serta meningkatkan keyakinan orang awam terhadap gerakan koperasi melalui pengurusan risiko yang lebih efektif. Dasar Keusahawanan Nasional atau National Entreprenuership Framework (NEF) memberi penekanan jelas terhadap sektor koperasi. Ia adalah antara usaha Kementerian dalam menzahirkan komitmen Kerajaan untuk memperkasakan agenda keusahawanan Negara bagi melonjak dan merancakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan. NEF merupakan sebuah dokumen strategik keusahawanan negara yang mengandungi 21 objektif strategik dan dirangkumkan dalam empat (4) teras strategi utama meliputi pelbagai sektor keusahawanan. Empat (4) teras strategi utama NEF adalah i) Teras Pertama : Mempercepatkan Pertumbuhan Ekonomi Melalui Keusahawanan Berteraskan Inovasi; ii) Teras Kedua : Pembangunan Keusahawanan Secara Komprehensif Dan Bersepadu; iii) Teras Ketiga : Meningkatkan Keusahawan Dalam Masyarakat B40; dan iv) Teras Keempat : Scaling–Up Usahawan (Pemerkasaan Usahawan). Menerusi Teras Ketiga iaitu Meningkatkan Keusahawan Dalam Masyarakat B40 , sektor koperasi diberi penekanan menerusi pengiktirafannya dalam pembangunan negara. Ini terkandung di dalam Objektif Strategi Ke-12 iaitu Koperasi Sebagai Instrumen Utama Untuk Melonjakkan Keusahawanan Dalam Kalangan B40; Objektif Strategi Ke-13 iaitu Koperasi Berpotensi sebagai ‘Economic Driver’ dan Objektif Strategi ke-14 iaitu Koperasi Sebagai ‘’Driver’’ Kepada Keusahawanan Sosial atau ‘Social Entreprenuership’.

Kementerian Pembangunan Usahawan Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62668 Putrajaya, Malaysia. Tel. : 03-8000 8000 Faks : 03-8889 3712 E-mel : webmaster[at]med[dot]gov[dot]my SMS : Taip hantar ke 15888 Koordinat GPS : 2.942843,101.708816

Februari 2019 PELANCAR

9

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease