» Haji Jaafar Mastan, Pengerusi Koperasi Selangkah Maju Pulau Pinang Berhad
“Saya juga faham tentang masalah pemilikan aset di kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya angggota koperasi di sini yang semakin meningkat harganya sehingga tidak lagi mampu dimiliki. Jadi langkah ANGKASA untuk membantu koperasi-koperasi di sini melalui MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. adalah langkah yang sangat baik,” katanya. Menurutnya, beliau akan memberikan sokongan penuh terhadap usaha tersebut dan akan membantu seberapa daya selain mengingatkan supaya pelaksanaannya diambil serius oleh pihak-pihak yang terlibat. Beliau juga turut memberi pandangan kepada koperasi yang ingin memajukan tanah- tanah wakaf agar mengikut prosedur dan undang-undang untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Turut hadir ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dato’ Che Mohd Shukri Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman, Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Barat Daya Pulau Pinang Berhad, Haji Osman Nasir dan Pengerusi Koperasi Selangkah Maju Pulau Pinang Berhad, Haji Jaafar Mastan. Dato’ Abdul Fattah berkata, ANGKASA komited untuk bertindak sebagai pemudah cara bagi koperasi-koperasi yang terlibat dan menegaskan bahawa usaha tersebut adalah bagi menggalakkan anggota-anggota koperasi di sini agar lebih aktif, memberi sumbangan kepada kemajuan negeri, membantu ekonomi anggota selain memberi sumbangan lebih besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
» Haji Osman Nasir, Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Barat Daya Pulau Pinang Berhad
13 Februari 2019 PELANCAR 13 PELANCAR
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease