Pacu Ekonomi Dalam Gerakan
Koperasi Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Haji Mohamad Azmi Omaruddin Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen.
Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Belandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan yang berlangsung di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi pada 12 dan 13 Januari 2019 lalu memperlihatkan penyertaan lebih 650 pemimpin koperator dari seluruh negara.
Perhimpunan ini sekaligus membuktikan simbol kesepaduan, kesatuan dalam berkoperasi serta kerjasama di antara koperasi seluruh negara dalam penguasaan sektor koperasi ke arah memacu perkembangan sosioekonomi dan pembangunan kelestarian koperasi. Penganjuran konvensyen ini juga jelas menterjemahkan pengiktirafan ulung terhadap perkembangan gerakan koperasi negara yang dilihat selari dengan perkembangan sosioekonomi masa kini untuk terus berdiri kukuh. Platform ini juga telah berjaya mengetengahkan pelbagai isu serta cabaran yang mendepani gerakan koperasi dan usaha bagi menanganinya dikenal pasti. Hal tersebut sekaligus mampu meletakkan koperasi untuk terus berkembang dan berdaya saing seiring dengan perubahan arus pendana. Menariknya pada konvensyen ini, konsep dan objektifnya dirangka dan diteliti secara terperinci bersama kumpulan Pemikir Usahawan Harapan (PEMIKIR) yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Sudin Haron. Kekuatan seperti itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara untuk memperkasa gerakan koperasi dalam memberikan sumbangan yang lebih signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Program yang berlangsung selama dua hari itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Mohd Redzuan Md. Yusof. Program tersebut mengetengahkan objektif yang jelas iaitu semua pemimpin koperasi yang hadir sebulat suara bersetuju untuk
» Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Koperasi, Puan Wan Suraya Wan Mohd. Radzi menyampaikan kertas kerjanya “Institusi Koperasi Sebagai Penyumbang Ketiga Ekonomi Negara”.
» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya menyampaikan kertas kerja bertajuk “Kemurnian Koperasi : Antara Persepsi Dan Realiti”.
16 PELANCAR Februari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease