Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan
» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan mengemukakan pandangan ketika sesi pembentangan kertas kerja.
» Peserta menyampaikan idea dan cadangan ketika Breakout Session berlangsung.
menetapkan hala tuju melalui resolusi konvensyen. Ia bagi dicadangkan kepada pihak kerajaan dalam merangka pengisian Dasar Koperasi Negara selaras dengan hala tuju Kerajaan Malaysia Baru dan Revolusi Industri 4.0. Setiap cabaran yang dihadapi ternyata membuka peluang kepada sektor koperasi untuk terus mengorak langkah lebih jauh dalam mempergiat semangat dan motivasi anggota. Penampilan sekumpulan panel dari pelbagai bidang koperasi, industri, kumpulan dasar dan para akademik melalui pembentangan kertas kerja berjaya memberi pendedahan secara langsung terhadap kejayaan yang dikecapi. Kesannya diharap mampu bertindak sebagai sumber inspirasi koperasi yang lain untuk lebih cemerlang di persada koperasi sama ada di peringkat nasional mahu pun antarabangsa di samping melontarkan idea-idea
Menerusi isu dan cadangan yang dibentangkan, satu resolusi telah dirangka bagi dijadikan sebagai asas dalam memajukan gerakan koperasi negara untuk diserahkan kepada pihak kerajaan. Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut tema yang disediakan iaitu berdasarkan topik “Membudayakan Keusahawanan Berlandaskan Amalan Konsep Nilai Dan Prinsip Koperasi; “Mewujudkan Persekitaran Undang-Undang Koperasi Yang Kondusif Untuk Kelancaran Proses Pembangunan Dan Tadbir Urus Baik Koperasi”; “Pembangunan Gerakan Koperasi Melalui Jaringan Kerjasama Strategik”; “Kelestarian Alam Sekitar – Peranan Gerakan Koperasi” dan “Transformasi Digital – Peluang Baru Koperasi Dalam Era Revolusi Industri 4.0”. Forum “Kelestarian Gerakan Koperasi Malaysia : Satu Analatika” yang
“Institusi Koperasi Sebagai Penyumbang Ketiga Ekonomi Negara” oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Koperasi, Puan Wan Suraya Wan Mohd. Radzi; ”Kelestarian Koperasi Melalui Jaringan Strategik” oleh Felo Penyelidik Institut Kajian Dasar Pertanian & Makanan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Datin Paduka Prof. Dr. Fatimah Mohamed Arshad dan “Kesesuaian Dasar Dan Undang-Undang Koperasi” oleh Haji Aznul Affendi Hassan Basri dari Partner Messrs Aznul & Co. Pengisian ‘Breakout Session’ menyaksikan perbincangan dilakukan mengikut isu dan cadangan yang dibangkitkan oleh pemimpin koperasi dan dikendalikan sekumpulan juruperunding Azman Hashim International Business School, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
dikendalikan moderator, Ketua PEMIKIR, Dato’ Prof. Dr. Sudin Haron menampilkan tokoh- tokoh dalam sektor koperasi iaitu Ketua Pegawai Operasi (Operasi Perbankan) Bank Rakyat Malaysia; Dato’ Asmuni Sudin; Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Pengarah Eksekutif Kanan Kumpulan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia, Puan Sakinah Salleh; dan Penasihat Strategik ACO, Datuk Dr. Mohd Ghazali Md. Noor.
yang bersesuaian dengan tatacara ekonomi baharu. Lima kertas kerja
yang dibincangkan adalah “Pencapaian
Gerakan Koperasi Masa Kini : Satu Analisis” oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Hajah Meriam Mat Noor; “Kemurnian Koperasi : Antara Persepsi Dan Realiti” oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya;
» Sesi Forum bertajuk “Kelestarian Gerakan Koperasi Malaysia : Satu Analatika” yang dikendalikan moderator, Ketua PEMIKIR, Dato’ Prof. Dr. Sudin Haron (tiga dari kanan) menampilkan tokoh-tokoh dalam sektor koperasi iaitu Ketua Pegawai Operasi (Operasi Perbankan) Bank Rakyat Malaysia; Dato’ Asmuni Sudin (dua dari kanan); Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri); Pengarah Eksekutif Kanan Kumpulan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia, Puan Sakinah Salleh (kiri sekali) dan Penasihat Strategik ACO, Datuk Dr. Mohd Ghazali Md. Noor (kanan sekali).
Februari 2019 PELANCAR
17
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease