Kelestarian Koperasi Dalam Negara
ANGKASA akan terus berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan sektor koperasi selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan sektor koperasi terus berperanan sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara.
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, penglibatan anggota daripada pelbagai latar belakang dalam sektor koperasi memiliki keistimewaan tersendiri kerana kepakaran dan pengkhususan yang mereka miliki sebenarnya tinggi dan berupaya meneroka bidang-bidang baharu yang lebih berdaya saing dan mencabar, sekaligus dapat memberi impak besar kepada peningkatan ekonomi koperasi. “Sebagai badan induk koperasi, ANGKASA komited dalam menyokong koperasi yang mempunyai semangat untuk meningkatkan kedudukan mereka
berkaitan untuk memastikan agenda pembangunan koperasi tercapai. “Konvensyen yang mengumpulkan suara gerakan koperasi negara ini diharap dapat mengubah landskap sektor koperasi ke arah pembangunan yang lestari dan kukuh dalam ekonomi negara. “Sokongan berterusan terhadap usaha koperasi dalam meningkatkan kemajuan khususnya usaha merancakkan ekonomi negara dilihat mampu membawa sektor koperasi ke peringkat yang lebih dominan. Ia juga turut berupaya meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada sektor koperasi,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Aluan pada Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi pada 12 Januari 2019 lalu. Dato’ Abdul Fattah mengharapkan agar lebih banyak koperasi terlibat dalam program pembangunan ekonomi. Sinergi ini katanya perlu diperkukuh dan dimantapkan supaya koperasi dapat menjadi antara pemain utama dalam pembangunan ekonomi negara sekaligus memberi manfaat kepada anggota dan komuniti secara keseluruhan.
daripada mikro kepada kecil, daripada kecil kepada sederhana dan daripada sederhana kepada kategori koperasi yang lebih besar,” ujarnya. Menurutnya, ANGKASA akan menyokong dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) serta agensi
» Dato’ Abdul Fattah mahu lebih banyak koperasi terlibat dalam program pembangunan ekonomi.
18 PELANCAR Februari 2019 » Sebahagian koperator tekun ketika sesi konvensyen berlangsung.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease