Wadah PELANCAR Edisi Februari 2019

Tingkatkan Daya Saing Koperasi

Draf resolusi berkenaan katanya akan dijadikan pelan tindakan kementerian untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing sektor koperasi selain mewujudkan peluang pekerjaan yang baru kepada anggotanya. Ia akan dibincangkan mengikut sektor yang penting kepada ekonomi negara supaya koperasi dilihat lebih berperanan dalam aktiviti berimpak tinggi lebih-lebih lagi ke arah transformasi koperasi dan mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli bersedia untuk melihat cadangan draf resolusi Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama dan Keusahawanan yang dikemukakan ANGKASA kepada kementeriannya.

“Kementerian menyambut baik draf resolusi ini dan diharap ia lebih bersifat praktikal dalam membantu mempercepatkan rangka polisi dan dasar Kerajaan Baharu,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Penutupan Konvensyen

Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama Dan Keusahawanan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor, pada 13 Januari 2019 lalu. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta berharap dengan adanya draf resolusi ini, sektor koperasi dapat

diperkukuh dan dimantapkan terutamanya galakan kepada koperasi untuk meneroka pasaran global.

» DATUK WIRA DR. MOHD HATTA MD. RAMLI Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan

20 PELANCAR Februari 2019 20 PELANCAR Februari 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease