Wadah PELANCAR Edisi Februari 2019

» Dari kiri Haji Nasir Khan Yahaya, Datuk Haji Md. Yusof Haji Shamsudin, Haji Mohamad Azmi Omaruddin, Datuk Nordin Salleh, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, Dato’ Haji Mohd Shukree Che Isa, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa.

Wafa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Setiausaha Eksekutif, Encik Mohammad Zamri Haji Yaacob. Dalam proses mengenali ANGKASA dengan lebih dekat, beliau diberi taklimat berkaitan fungsi dan peranan selain struktur-struktur pentadbiran dalam ANGKASA di samping program dan aktiviti yang dijalankan. Menurut Dato’ Abdul Fattah, SKM dan ANGKASA sentiasa bekerjasama dalam apa sahaja program anjuran SKM bagi membantu membangunkan sosioekonomi koperasi. Lebih banyak program baharu juga perlu bagi memantapkan lagi aktiviti perniagaan koperasi, terutama di zaman serba mencabar dengan dunia informasi teknologi yang begitu pesat. Dana yang lebih besar juga diperlukan bagi menjayakan pelbagai program pembangunan koperasi. Datuk Nordin Salleh juga bersetuju untuk meneliti semula banyak isu yang berbangkit, antaranya adalah permintaan terhadap tempat kediaman oleh anggota dan komuniti yang kurang berkemampuan, termasuklah akta yang sedia ada, selain keperluan dana yang banyak menurut peredaran masa.

Februari 2019 PELANCAR

23

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease