Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan cenderamata kepada Puan Math Mara.
ANGKASA Bantu Masyarakat Islam Kemboja Beberapa siri kunjungan rombongan ANGKASA ke Kemboja menerusi tanggungjawab sosial koperasi (CSR) telah menarik minat Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Kemboja, Puan Math Mara untuk mengenali ANGKASA secara lebih dekat.
» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menerangkan mengenai produk koperasi kepada Puan Math Mara ketika lawatan ke Pusat Perkhidmatan Produk ANGKASA.
» Puan Math Mara meneliti helaian majalah PELANCAR.
Bagi tujuan tersebut, beliau bersama rombongannya yang terdiri daripada Presiden Persatuan Wanita Muslim Cambodia (CAMWA), Puan Raudhah Abd. Kadir serta lima yang lain telah mengadakan kunjungan ke ANGKASA. Kehadiran mereka disambut oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan & Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail. Puan Math Mara berkesempatan mendengar taklimat ringkas mengenai peranan dan aktiviti ANGKASA serta perkembangan gerakan koperasi negara yang disampaikan oleh Datuk Haji Mohamad Ali. Katanya, ilmu berkoperasi yang
bermanfaat boleh dipelajari dengan ANGKASA dan pencapaian yang dikecapi badan induk koperasi ini wajar menjadi ikon kepada koperasi dalam usaha memajukan koperasi-koperasi di Kemboja. Sementara itu, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, ANGKASA akan terus menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan kerajaan Kemboja khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar Kemboja dan kementerian lain yang berkaitan. Katanya, ANGKASA sentiasa bersedia menghulurkan bantuan sama ada berbentuk peralatan mahupun pendidikan mengenai ilmu berkoperasi kepada masyarakat Islam di
34 PELANCAR Februari 2019 34 PELANCAR Februari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease