» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (empat dari kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Penasihat 1 Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Encik Azman Rahman (tiga dari kanan). Turut sama ialah ialah Haji Zulkifli Ahmad (dua dari kanan), Haji Azhar Hamzah (tiga dari kiri) dan Encik Sazali Mohiden (kiri sekali).
Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia Terima Infaq RM15,840
Oleh : RAHMAT MOHD DID
Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia di Semenyih, Selangor menerima sumbangan dari Tabung Infaq Lil-Waqf ANGKASA berjumlah RM15,840 bagi membantu membina laluan keselamatan termasuk lain-lain keperluan serta kemudahan 60 penghuninya.
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan sumbangan kepada penghuni Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.
Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, seiring dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu prihatin kepada masyarakat, adalah menjadi tanggungjawab ANGKASA untuk membantu golongan yang kurang berupaya dan memerlukan terutamanya dari segi kewangan.
“Melalui Tabung Infaq Lil-Waqf yang disumbangkan oleh anggota koperasi seluruh negara, kita telah berjaya membantu ramai asnaf dan golongan memerlukan seperti menyediakan Pusat Jagaan Darul Sakinah, pembelian bangunan untuk dijadikan pusat perniagaan koperasi, bantuan kepada sekolah-sekolah tahfiz, sumbangan mesin dialisis kepada hospital kerajaan dan koperasi, sumbangan kepada koperasi kariah masjid untuk pembinaan infrastruktur, bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Muslim di Kemboja.
36 PELANCAR Februari 2019 36 PELANCAR Februari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease