Jumlah terkumpul kutipan Tabung Infaq Lil-Waqf ANGKASA sejak tahun 2010 sehingga Disember 2018 adalah sebanyak RM13,556,649.61, termasuk dari ANGKASA sendiri yang menyumbang sebanyak RM1 juta setiap tahun. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5,011,038 telah diagihkan sehingga Disember 2018,” jelasnya. Beliau jbercadang untuk menjadikan Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia sebagai Pusat Jagaan anak angkat ANGKASA agar bantuan dapat disalurkan secara berterusan selepas ini. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Infaq-Lil Waqf ANGKASA kepada Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia di Semenyih, Selangor baru-baru ini. Sumbangan tersebut diterima oleh Penasihat 1 Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Encik Azman Rahman. Turut hadir ialah Bendahari Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Haji Zulkifli Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah dan Pengurus Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Encik Sazali Mohiden. Terdahulu, Encik Azman Rahman dalam ucapan aluannya berkata, Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia mula dibuka pada Januari 2016 dan kini memberi perlindungan kepada 37 orang lelaki dan 27 orang perempuan. Pusat jagaan ini mempunyai seramai 16 orang pekerja dan memerlukan kos sebanyak RM 55,000 sebulan untuk beroperasi. Setakat ini pusat jagaan ini bergantung kepada sumbangan daripada Pusat Zakat Selangor sebanyak RM 50,000 setahun dan selebihnya adalah sumbangan NGO dan individu.
» Encik Sazali Mohiden (kiri sekali) menerangkan tentang aktiviti Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia kepada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kiri). Mahmudah Malaysia.
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan mencuba salah satu alat senaman fisio di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.
“Kami dalam proses untuk membina sebuah pusat fizikal (fisio center) di sini bagi menjaga kebajikan kesihatan warga emas yang melibatkan kos sebanyak RM500,000 daripada Pusat Zakat Selangor,” katanya. Beliau menyeru kepada mana-mana individu dan organisasi yang berminat untuk membantu agar menghubungi beliau di talian 017-6082502 atau Encik Sazali Mohiden sendiri di talian 019-3688142.
» Melawat seorang pesakit iaitu pekerja dari Bangladesh yang mengalami kecederaan sewaktu bekerja dan ditinggalkan majikan.
» Melawat kawasan tingkat atas yang akan diubahsuai menjadi laluan keselamatan kepada penghuni Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.
Sumber : Unit Pengurusan dan Pembangunan Zakat, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA
Februari 2019 PELANCAR
37
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease