Wadah PELANCAR Edisi Februari 2019

Negeri Sembilan

» Peserta yang menyertai Program Dialog Dan Hala Tuju Koperasi Keluarga Peringkat Negeri Sembilan 2018.

DATO’ HAJI IBRAHIM ABDULLAH Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan

Tingkatkan Keupayaan Koperasi Keluarga Oleh : BADRUL HIZAM MOHD SHAFIEI

Pegawai ANGKASA Negeri ANGKASA Negeri Sembilan

Program Dialog Dan Hala Tuju Koperasi Keluarga Peringkat Negeri Sembilan 2018 menyaksikan penglibatan besar sekumpulan 16 Koperasi Keluarga seluruh negeri ini berkumpul bagi mewujudkan kerjasama erat antara kepimpinan Koperasi Keluarga dengan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan.

Penyertaan sejumlah 35 peserta terdiri daripada kepimpinan dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi Keluarga berkenaan adalah sebagai usaha ANGKASA Negeri Sembilan untuk merangsang dan membangunkan perniagaan anggota dan koperasi di samping meningkatkan kerjasama di antara mereka dalam pelbagai bidang perniagaan yang dijalankan. Program julung kali yang diadakan bertempat di Dewan Koperasi Keluarga Haji Sulaiman Negeri Sembilan Berhad di Kampung Stay Haji Sulaiman Kampung Kuala Sawah Rantau, Negeri Sembilan itu mengetengahkan pelbagai pengisian bermanfaat menerusi Sesi Bual Bicara Pengalaman Langsung Koperasi Keluarga dan Sesi Dialog Hala Tuju Koperasi Keluarga Negeri Sembilan menerusi perkongsian idea dan pandangan ke arah pembangunan dan pemerkasaam gerakan koperasi. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi JPAN Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah. Turut hadir ialah Pengarah SKM Cawangan Negeri Sembilan, Encik Zainuddin Mohd Ali dan Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Zon Selatan, Puan Roziah Mohamed dan Penolong Pengurus Unit Masyarakat Umum, Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan & Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA, Encik Hamudi Mat Hassan.

Menurut beliau, program ini adalah bertujuan meningkatkan keupayaan Koperasi Keluarga untuk lebih menyumbang kepada pembangunan negara melalui peluang-peluang perniagaan dan perkhidmatan yang disediakan oleh ANGKASA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor di semua peringkat di samping memperjelaskan kepentingan penglibatan koperator dalam pelaksanaan dasar-dasar ANGKASA selaras dengan Dasar Koperasi Negara (DKN). Antara Koperasi Keluarga yang terlibat ialah Koperasi Keluarga Haji Sulaiman Negeri Sembilan Berhad, Koperasi Keluarga Haji Ibrahim Dan Hajah Esah Rembau Berhad, Koperasi Usratul Ghani Seremban Berhad dan Koperasi Generasi Makmur Negeri Sembilan Berhad. Sejarah Koperasi Keluarga di Negeri Sembilan bermula pada tahun 1999. Koperasi Pakatan Keluarga Haji Ibrahim Dan Hajah Esah Rembau Berhad merupakan perintis Koperasi Keluarga di Negeri Sembilan yang berdaftar pada 22 Mac 1999 dan menjadi ahli ANGKASA pada 10 Februari 2000. Sehingga kini, terdapat sebanyak 61 buah Koperasi Keluarga yang berdaftar di Negeri Sembilan dan 39 buah daripadanya adalah ahli ANGKASA.

38 PELANCAR Februari 2019 38 PELANCAR Februari 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease