Wadah PELANCAR Edisi Februari 2019

Kedah

ANGKASA Serah Zakat Perniagaan RM103,449.46

HAJI WAN IBRAHIM WAN JUSOH Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah

Oleh : RAHMAT MOHD DID

ANGKASA menyerahkan sejumlah RM103,449.46 zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) untuk tahun 2018.

Majlis penyerahan tersebut disampaikan oleh Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh yang mewakili ANGKASA kepada Mufti Negeri Kedah merangkap Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Haji Fadzil Awang yang berlangsung dalam satu majlis khas di Alor Setar, Disember lepas. Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman dalam ucapannya berkata, LZNK menjadi pusat zakat pertama di negara ini yang memperkenalkan program Pusat Bekalan Makanan (Food Bank). Bermula dengan masjid di daerah Sik dan Baling, kini sebanyak 240 buah masjid di serata Kedah telah mempunyai Pusat Bekalan Makanan sendiri melibatkan 7,124 orang penerima manfaat setiap bulan. “Kami menyasarkan pada tahun 2019 sebanyak 576 buah masjid di seluruh Kedah akan mempunyai Pusat Bekalan Makanan dan memberi manfaat kepada 17,280 orang penerima di kalangan yang memerlukan setiap bulan. Insiatif tersebut memperuntukkan RM1.35 juta tahun ini untuk menyediakan bekalan-bekalan asas seperti beras, sardin, gula, teh dan lain-lain kepada sesiapa yang tidak berkemampuan. Mereka hanya perlu datang ke masjid yang berkaitan untuk mengambil bahan-bahan tersebut,” katanya.

Beliau berharap LZNK dapat mengekalkan kutipan zakat mereka untuk tahun mendatang dan mempelawa individu-individu dan syarikat korporat lain yang berminat untuk membantu golongan memerlukan di Kedah dengan menyumbang menerusi program ini. » Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh (kanan) menyampaikan replika cek sumbangan zakat perniagaan ANGKASA kepada Mufti Negeri Kedah Darul Aman merangkap Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Haji Fadzil Awang sambal diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Tuan Syeikh Zakaria Othman.

Februari 2019 PELANCAR

39

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease