Berdasarkan statistik, jumlah keluasan tanaman sawit di Malaysia melebihi 5.6 juta hektar dengan pecahan keluasan tanamannya di Semenanjung hampir 2.6 juta hektar, di Sabah hampir 1.5 juta hektar di Sarawak dengan keluasan hampir 1.2 juta hektar. Jika merujuk kepada data statistik ini, saya yakin potensi besar yang boleh diambil oleh koperasi khususnya dalam aspek pengurusan perladangan sawit. Sejumlah 758,923 hektar kawasan tanaman sawit direkodkan menerima Pensijilan Kemampanan Minyak Sawit Malaysia (MSPO) pada Februari 2018. Pematuhan kepada pensijilan MSPO ini akan diwajibkan menjelang tahun 2019 untuk meningkatkan industri kepada standard global dalam usaha ke arah menjenamakan minyak sawit Malaysia sebagai produk yang dihasilkan secara lestari dan selamat,” katanya sewaktu merasmikan Bengkel Pemerkasaan Bahagian Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani di MyANGKASA Akademi & Resort Langkawi. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Industri Asas Tani Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA), Encik Mohd Salekhan Othman. Tambah beliau lagi, projek baru dan berimpak tinggi yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 adalah Heifers Park dengan kerjasama dengan Korea Selatan bertujuan untuk membangunkan industri tenusu negara dengan membekalkan lembu susu dara yang berkualiti. “Projek Heifers Park akan dibangunkan dengan mengumpulkan lembu-lembu dara yang dihasilkan daripada program pembangunan baka. Perjanjian Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan National Agricultural Cooperative Federation (NACF) iaitu sebuah badan puncak koperasi pertanian di Korea Selatan telahpun ditandatangani pada 23 November 2017 sewaktu Persidangan Global dan Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICAKL) di Kuala Lumpur,” jelasnya. Bengkel Pemerkasaan Bahagian
Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani di MyANGKASA Akademi & Resort Langkawi berlangsung selama dua hari melibatkan peserta daripada pelbagai agensi dan koperasi.
» Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kiri) sewaktu menyampaikan ucapan perasmian di Bengkel Pemerkasaan Bahagian Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani di MyANGKASA Akademi & Resort Langkawi.
Februari 2019 PELANCAR
41
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease