» Pertukaran dokumen perjanjian antara ANGKASA yang diwakili Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin dan FTPSB, Encik Md. Salleh.
Kerjasama Bekal Tenaga Buruh Dalam Aktiviti Ladang
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Kerjasama strategik ANGKASA bersama FELDA Technoplant Sdn. Bhd. (FTPSB) dan Koperasi Sri Nara Kg. Kundur Hulu Pedas Berhad dalam bidang perladangan menjadi platform terbaik buat ANGKASA untuk melihat kemajuan koperasi sektor perladangan kelapa sawit bagi menjana pendapatan menerusi perkongsian pengalaman dan pengetahuan.
Usaha ini direalisasikan menerusi satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara ANGKASA dengan FTPSB dan Majlis Menandatangani Kontrak Kerja Ladang Di Antara FTPSB Dengan Koperasi Sri Nara Kg. Kundur Hulu Pedas Berhad. Majlis MoU tersebut ditandatangani oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’Haji Kamarudin Ismail sebagai wakil ANGKASA; Ketua Pegawai Eksekutif FTPSB, Encik Md. Salleh Awang dan Pengerusi Koperasi Sri Nara Kg. Kundur Hulu Pedas Berhad, Haji Dahalan Tunggal sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Dato’ Abdul Fattah dalam ucapan perasmiannya menyatakan, sebagai sebuah badan puncak kepada koperasi-koperasi di Malaysia khususnya yang menjalankan aktiviti ladang kelapa sawit, ANGKASA bertanggungjawab
memastikan semua koperasi yang terlibat mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kerjasama ini turut menyaksikan penerokaan bersama melalui peluang perniagaan dan perkhidmatan yang bukan sahaja terhad dalam bidang pembekalan tenaga ladang malah melibatkan aspek-aspek seperti kerjasama dalam meningkatkan tadbir urus dan penghasilan ladang, kepakaran teknikal dan pembekalan anak sawit. Melalui perjanjian kontrak ladang ini, FTPSB akan bertindak sebagai kontraktor yang bertanggungjawab dalam aspek pengurusan ladang seperti membekal dan mengurus tenaga buruh ladang bagi kerja-kerja seperti menuai, membaja, meracun, memangkas pelepah kelapa sawit dan menjual buah kelapa sawit.
42 PELANCAR Februari 2019 42 PELANCAR Februari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease