» Bantuan Program Pembangunan Pembekal Bahan Binaan Tahun 2018 kepada koperasi.
» Sesi pendaftaran wakil koperasi yang menghadiri majlis perasmian.
» Koperator berpeluang beramah mesra dengan Dato’ Abdul Fattah.
Pada majlis itu, sebanyak RM24,000 bantuan telah diberikan kepada setiap koperasi yang menyediakan prasarana terbaik untuk mereka memulakan perniagaan barangan logam dan bahan binaan. Penyerahan bantuan Program Pembangunan Pembekal Bahan Binaan Tahun 2018 diberi kepada lima buah koperasi yang mengusahakan perniagaan berkenaan pembekalan bahan binaan iaitu Koperasi Warisan Kamal Tuaran Sabah Berhad, Koperasi FELDA Papan Timur Berhad, Koperasi Pekida Kluang Berhad, Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad dan Koperasi Peserta-peserta FELCRA Malaysia Berhad. Ia bertujuan bagi memperkasakan aktiviti perniagaan pembekalan bahan binaan koperasi dan memacu gerakan koperasi yang mampu merealisasikan agenda pembangunan perniagaan koperasi melalui Dasar Koperasi Negara.
“Melalui bantuan ini, ANGKASA berharap dapat memacu gerakan koperasi yang mampu merealisasikan agenda pembangunan perniagaan koperasi terutama dalam sektor binaan,” katanya. Satu program lawatan juga turut dicadangkan ke Negara China bagi membantu dan merangsang perniagaan sektor koperasi terbabit. Objektif utama Majlis Forum Pembiayaan Hartanah Koperasi dan Majlis Penyerahan Bantuan Program Pembangunan Perniagaan Pembekal Bahan Binaan Koperasi itu diadakan adalah untuk membantu koperasi mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan perniagaan dalam bidang hartanah. Forum terbuka kepada koperasi yang aktif dalam bidang hartanah dan industri pembinaan.
» Encik Che Yusuf Che Mustafa menyampaikan cenderamata kepada penceramah atau mentor.
Panel forum terdiri daripada Bahagian Pembiayaan dan Kawalan Kredit daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), wakil daripada bank-bank swasta dan bank koperasi serta Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA). Turut hadir ialah Naib-naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohammad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa serta Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Aset dan Hartanah ANGKASA, Encik Che Yusuf Che Mustafa.
Februari 2019 PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease