Wadah PELANCAR Edisi Februari 2019

Pakej ‘Emas’ Untuk Warga KPFB Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

» Bergambar selepas majlis menandatangani MoU.

Program insurans kesihatan yang dikembangkan oleh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. melalui MyANGKASA Emas Medicare Sdn. Bhd. semakin mendapat keyakinan pelanggan apabila berjaya melakar satu lagi kejayaan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) di Bukit Tinggi, Pahang pada 18 Januari lalu.

Melaluinya, KPFB telah bersetuju untuk melanggan pakej Skim Eksklusif Manfaat Medikal Hayat Anggota Koperasi (Emas) untuk semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK), anggota serta ahli keluarganya termasuk warga kerja KPFB. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, skim istimewa tersebut yang berkonsepkan Takaful terbuka kepada semua warga koperasi berumur 40 tahun ke atas. “Dengan anggaran kos tahunan hanya sekitar RM2,000 bagi setiap pelanggan, Program Emas yang ditawarkan akan meliputi pakej 4 dalam 1 iaitu kemasukan ke hospital, manfaat rawatan pesakit luar, kemalangan dan juga hayat,” ujar beliau.

Sementara itu, KPFB yang diwakili Pengerusinya, Dato’ Haji Sabari Misran berkata, langganan Emas ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan lambang keprihatinan berterusan KPFB kepada seluruh warganya selaras dengan misi dan visi yang diperjuangkan oleh koperasi. Menurut beliau, selain 180 ribu anggota koperasi, Program Emas juga akan turut dimanfaatkan kepada peserta-peserta Rancangan FELCRA yang lain dengan menyasarkan kumpulan pertama seramai 50 ribu orang pada suku tahun pertama 2019.

46 PELANCAR Februari 2019 46 PELANCAR Februari 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease