Program Ekslusif ‘EMAS’, di bawah MyANGKASA Emas Medicare Sdn Bhd. menyediakan perlindungan dan manfaat kepada ahli yang mendaftar bagi menghadapi kemungkinan risiko kemalangan dan kos perubatan (klinik dan hospital) 24 jam seluruh dunia. Objektif Program Emas Program Emas dirangka khusus bagi mencapai objektif berikut: l Penyediaan dana kewangan khusus untuk membantu ahli Program Emas membayar kos perubatan akibat sakit termasuk sebarang kos diakibatkan kemalangan. l Penyediaan dana kewangan khusus kepada keluarga dan waris apabila berlaku kematian/kemalangan ahli. l Mengurangkan beban ahli dan keluarga bagi menampung kos perubatan yang meningkat setiap tahun. l Menyahut seruan kerajaan untuk memberikan fasiliti perubatan dan penjagaan kesihatan berkualiti kepada rakyat. ANGKASA menetapkan sasaran penyertaan Program Emas kepada sekurang-kurangnya 200 ribu anggota koperasi di seluruh negara yang berumur antara 40 hingga 80 tahun.
Menerusi langganan tersebut, mereka boleh memilih untuk membuat mekanisma langganan sama ada membayar secara bulanan, tahunan atau pembayaran tunggal untuk 20 tahun dengan anggaran kos tahunan bagi setiap pelanggan adalah kurang dari RM2,000. Program perlindungan komprehensif yang dinamakan “The Best- ALL in ONE”
» Dato’ Haji Sabari Misran, Pengerusi KPFB.
ini merangkumi empat manfaat secara TAHUNAN iaitu Hayat RM50,000, Kemalangan RM40,000, Kemasukan Hospital RM50,000 dan Manfaat Rawatan Pesakit Luar (GP) sebanyak RM500. Koperasi yang berminat untuk mendaftarkan anggota, boleh hubungi Puan Ismalaili di talian : 03-78874442 / 3442 atau layari laman web : www.myangkasaemasmedicare.com.my.
» Dato’ Haji Sabari Misran menyampaikan cek replika berjumlah RM392,460 kepada MyANGKASA Emas Medicare sebagai pembayaran pakej langganan Emas meliputi ALK, pengurusan, kakitangan dan keluarga KPFB.
47 Februari 2019 PELANCAR 47 PELANCAR
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease