» Dato’ Abdul Fattah (tiga dari kiri) dan Dr. Nguyen Van Doan (tiga dari kanan) bergambar di bangunan Ministry of Planning & Investment, Hanoi
ANGKASA-Ministry of Planning & Investment Hanoi
Jalin Kerjasama
Oleh : AIZAL AZIZAN
Perbincangan antara ANGKASA dan wakil kementerian Perancangan & Pelaburan Vietnam (Ministry of Planning & Investment) di Hanoi, berjaya membentuk petanda positif terhadap rancangan kerjasama memajukan koperasi di rantau ASEAN.
Delegasi ANGKASA terdiri daripada beberapa wakil diketuai oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 3, Dato’ Syed Ali Syed Mohamad; Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed Yusuf; Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Antarabangsa ANGKASA, Hajah Roszurina Haji Omar. Dato’ Abdul Fattah dan Dr Nguyen Van Doan turut bertukar-tukar maklumat tentang gerakan koperasi kedua-dua negara. Kedua-dua pihak juga bersetuju supaya satu rantaian kerjasama diwujudkan dalam kalangan negara-negara ASEAN bagi mengembangkan lagi prestasi perniagaan koperasi di peringkat global.
Selaku Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah berharap pihak kementerian berkaitan di Vietnam dapat bersama- sama dengan ANGKASA dan ACO untuk sama-sama menyelesaikan sebarang isu dan permasalahan yang timbul berkaitan koperasi. Vietnam mempunyai 21,115 buah koperasi dengan keanggotaan lebih dari enam juta. Daripada jumlah 21,115 koperasi berdaftar, 61 peratus daripadanya adalah koperasi pertanian dan 11 peratus pula adalah koperasi industri kecil. Kementeriannya juga merancang untuk membangunkan projek berkaitan pertanian untuk lima tahun akan datang.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah menyampaikan cenderamata kepada Director General Cooperative Development Agency Vietnam, Dr. Nguyen Van Doan.
50 PELANCAR Februari 2019 50 PELANCAR Februari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease