Bersama Pertingkat Ekonomi Sektor Koperasi
» Delegasi ANGKASA bergambar bersama-sama barisan Ahli Lembaga Department of Rural Development and Cooperative.
Peranan dan hala tuju koperasi antara ANGKASA dan Department of Rural Developtment and Cooperative (DRDC), Ministry of Agriculture and Forestry, Laos perlu di perkembang melalui peningkatan kerjasama ekonomi antara koperasi di negara-negara ASEAN.
» Sesi perbincangan dua hala antara ANGKASA dan Department of Rural Development and Cooperative.
Dato’ Abdul Fattah yang juga Presiden ANGKASA berkata, kerjasama antara ANGKASA dan DRDC dilihat sebagai peluang terbaik kepada koperasi khususnya koperasi di Laos untuk berkongsi dan mengkaji tentang perniagaan yang dijalankan oleh koperasi- koperasi di Malaysia, keanggotaan koperasi, persepsi dan sokongan kerajaan terhadap gerakan itu selain mendalami cara ANGKASA, sebagai badan apeks menjalankan perniagaan. “Koperasi tidak seharusnya mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata, tetapi mampu membuat aktiviti ekonomi dengan skala yang lebih besar, mengembangkan rantaian nilai, mengaplikasikan teknologi moden dan berani mencuba bidang-bidang baharu yang mampu memberi impak yang tinggi,” ujarnya. Sementara itu, Deputy Director General, Kham Ouane Khamphoukeo berkata, jumlah koperasi di Laos sangat
kecil berbanding dengan negara- negara lain. Oleh itu, sebagai langkah untuk bersaing dalam perniagaan, DRDC memerlukan sokongan daripada negara-negara ASEAN yang lain untuk pembangunan ekonomi dan koperasi di Laos. “Dalam usaha untuk memantapkan struktur organisasi koperasi bagi menghadapi masa depan yang dijangka akan lebih mencabar, pihak kami amat memerlukan bantuan dan kerjasama daripada ANGKASA melalui segala aktiviti berkaitan koperasi dan perniagaan. Selain mendalami ilmu koperasi, kami berminat untuk mengetahui tentang perlembangan koperasi di setiap negara ASEAN,” jelasnya.
» Deputy Director General, Kham Ouane Khamphoukeo memberi penerangan.
Perbincangan tersebut juga turut memberi tumpuan kepada kerjasama antara ANGKASA dengan Kementerian Laos dalam membantu membangunkan Koperasi di Laos. Dato’ Abdul Fattah juga turut berkongsi beberapa pendekatan dan pandangan yang dapat membantu koperasi di Laos untuk terus maju dan berdaya saing di peringkat ASEAN.
52 PELANCAR Februari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease