» Dato’ Abdul Fattah memberi penerangan kepada Encik K Saravan Kumar berkenaan kerjasama ANGKASA dan Kementerian Laos untuk pembangunan koperasi.
Bincang Peluang Kerjasama Sektor Pertanian Koperasi
ANGKASA sedia bertindak sebagai penggerak dan pemudahcara kepada lebih banyak lagi program pembangunan perniagaan koperasi berasaskan pertanian bagi mempertingkat bekerjasama bersama sektor koperasi tersebut di Laos. Kenyataan tersebut menjadi antara agenda utama perbincangan oleh delegasi ANGKASA yang dipimpin Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah semasa mengadakan kunjungan hormat di Kedutaan Malaysia di Laos. Beliau berkata, ANGKASA sentiasa memberi sokongan penuh terhadap usaha-usaha koperasi dan akan memberi segala bantuan serta berkongsi pengalaman yang diperlukan agar koperasi di Laos dapat berkembang secara lebih maju dan berjaya.
“Jika mahu koperasi di Laos terus maju, jalinan kerjasama antara kerajaan Laos dan ANGKASA perlu diwujudkan. Secara tidak langsung, ia dapat membantu gerakan koperasi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi selama ini selain membawa nama koperasi ke tahap baharu yang cemerlang” ujarnya. Beliau juga turut yakin bahawa koperasi di Laos berpotensi menjadi pengeluar beras utama di dunia. Mengikut kedudukan geografi, Laos mempunyai permukaan tanah yang sesuai bagi penanaman padi kerana Laos mempunyai pelbagai jenis beras seperti beras hitam, beras merah dan beras perang.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdull Fattah bergambar bersama Ketua Canselor Kedutaan Malaysia di Laos.
Ketua Canselor Kedutaan Malaysia di Laos, Encik K. Saravana Kumar, menyambut baik perancangan ANGKASA untuk mencadangkan idea-idea perniagaan baharu dan bekerjasama dengan kerajaan Laos bagi membantu meningkatkan kekuatan ekonomi dan potensi pelaburan yang lebih besar kepada koperasi.
Februari 2019 PELANCAR
53
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease