Wadah PELANCAR Edisi Februari 2019

Tingkat Pasaran

Produk Halal Di Peringkat Global

» Dato’ Abdul Fattah turut meninjau proses pembuatan dan pembungkusan kuih karipap dan samosa.

Beliau berkata demikian kepada media sewaktu mengetuai tinjauan ringkas ke Koperasi Fasto Global Berhad pada 9 Januari 2019, di Kompleks Industri Makanan MARA, Batu Caves, Selangor. Kehadiran beliau yang diiringi beberapa pegawai dari Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA telah disambut Pengerusi koperasi, Datuk Ir Sani Karim, Anggota Lembaga dan kakitangan koperasi. Koperasi Fasto Global Berhad mula menyertai ANGKASA pada tahun 2016 dan merupakan salah sebuah koperasi yang terlibat dalam projek ‘Product 100 Champion’ iaitu roti paratha. Antara produk lain yang turut disediakan adalah seperti karipap sardin dan kentang, kek buah, kek brownies, kek keju pelbagai perisa, kuih samosa dan popia. Koperasi tersebut kini mempunyai 30 orang pekerja dengan kapasiti pengeluaran sehingga 25 ribu bungkus sehari. Tempahan untuk mereka yang mengerjakan umrah dan haji turut diterima baru-baru ini.

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

Koperasi sedia memasarkan produk mereka di arena antarabangsa, terutamanya dalam aspek pasaran produk halal di samping merebut peluang melebarkan perniagaan dengan bergabung bersama koperasi lain dalam memenuhi permintaan. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah yang juga merupakan Presiden ACO berkata, gerakan koperasi perlu merebut peluang menyedia dan memasarkan produk makanan halal yang diiktiraf JAKIM selain memanfaatkan rangkaian pasaran yang sedia ada dalam kalangan negara-negara ASEAN melalui saluran koperasi.

Februari 2019 PELANCAR

59

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease