Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Kemajuan Koperasi Sekolah Bermula Daripada Pimpinan Pengetua - Shariffah Wawancara khas bersama Puan Shariffah Afifah binti Syed Abbas, penerima Anugerah Tokoh Koperasi Sekolah Sepanjang Hayat
Soalan 1: Terlebih dahulu sekalung tahniah diucapkan atas Anugerah Tokoh Koperasi Sekolah Sepanjang Hayat yang telah diterima oleh Puan bagi tahun 2018. Boleh berikan sedikit pandangan mengenai perkembangan Gerakan Koperasi Negara khususnya Gerakan Koperasi Sekolah? Terima kasih. Saya bermula bergerak aktif dalam Gerakan Koperasi Sekolah sewaktu saya menabur bakti di SMK Agama (P) Al-Mashoor hingga saya menamatkan perkhidmatan sebagai seorang pendidik di SMK (P) St. George pada tahun 2016. Sepanjang saya terlibat dalam gerakan ini, saya berpeluang menyaksikan sendiri perkembangan dan penambahbaikan dalam pelbagai aspek dari tahun ke tahun. Dengan usaha dan komitmen daripada pihak sekolah dan juga sokongan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan ANGKASA, warga koperasi juga dapat melihat sendiri perkembangan tersebut lebih dari sekadar keuntungan, tetapi dari segi kepelbagaian perniagaan yang dijalankan. Soalan 2: Bagaimana koperasi sekolah dilihat dapat membentuk jati diri dan semangat para pelajar serta membantu kecenderungan mereka dalam pendidikan?
Pada saya, hampir semua subjek yang dipelajari oleh pelajar di dalam bilik darjah boleh dimantapkan lagi melalui koperasi sekolah. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang terlibat aktif dalam perniagaan yang dijalankan oleh koperasi sekolah akan mempraktikkan pelajaran Bahasa Melayu yang dipelajarinya apabila berkomunikasi dengan pelanggan. Secara tidak langsung, pelajar tersebut dapat meningkatkan kemahiran komunikasinya dan akan tampil yakin untuk bertutur di khalayak ramai. Saya pernah didatangi oleh ibu bapa kepada seorang bekas pelajar saya yang mengucapkan terima kasih kepada saya kerana anak mereka mahu memulakan perniagaan sendiri setelah menamatkan pengajian di peringkat universiti dan bekas pelajar tersebut merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti koperasi sekolah. Oleh itu, kita dapat lihat bagaimana koperasi sekolah dapat membantu membentuk jati diri dan keyakinan seseorang pelajar . Soalan 3: Koperasi sekolah di Malaysia diiktiraf oleh koperasi- koperasi antarabangsa dan tidak dinafikan, Koperasi Sekolah SMK (P) St. George sering menerima kunjungan koperator dari luar negara. Boleh Puan kongsikan apakah yang sebenarnya delegasi ingin tahu apabila mereka melawat ke Koperasi Sekolah SMK (P) St. George?
Sepanjang saya menjadi Pengetua di SMK (P) St. George, apa yang saya perhatikan adalah delegasi antarabangsa begitu tertarik dengan kemenjadian murid yang berlaku bukan sahaja di dalam bilik darjah, tetapi juga di luar bilik darjah yakni aktiviti koperasi sekolah. Sewaktu di SMK (P) St. George, saya sering menasihati pelajar saya untuk sentiasa berani ke depan, hebat dalam berkomunikasi dan mempunyai pemikiran kritikal. Pada saya, tiada gunanya seseorang pelajar mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi pelajar tersebut malu untuk » Puan Shariffah Afifah binti Syed Abbas bersama sijil dan piala yang diterima selepas menerima Anugerah Tokoh Koperasi Sekolah Sepanjang Hayat pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) 2018 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka dari 22 hinga 24 November 2018.
60 PELANCAR Februari 2019
60 PELANCAR Februari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease