Wadah PELANCAR Edisi Februari 2019

Soalan 5: Apakah harapan Puan terhadap masa hadapan Gerakan Koperasi Sekolah? Saya harap koperasi sekolah sentiasa mendapat

bercakap di khalayak ramai. Perlu ada keseimbangan dari segi teori dan praktikal. Soalan 4: Boleh Puan kongsikan dengan kami visi dan misi Puan sendiri dalam Gerakan Koperasi Sekolah? Visi dan misi saya adalah untuk melihat koperasi sekolah bukan sekadar melepaskan batuk di tangga kerana saya melihat beberapa buah sekolah menubuhkan koperasi hanya kerana penubuhan tersebut telah diwajibkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua sekolah menengah seluruh negara. Paling penting adalah komitmen dan sokongan daripada Pengetua. Pada saya, sukar untuk sesebuah koperasi sekolah mencatat kemajuan sekiranya Pengetua tidak menunjukkan minat yang mendalam untuk membangunkan perniagaan koperasi sekolah. Secara kesimpulannya, untuk koperasi sekolah, segalanya bermula dengan Pengetua.

sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada Kementerian Pendidikan,

ANGKASA, warga sekolah, ibu bapa dan yang paling penting, pelajar. Sokongan padu daripada pihak-pihak berkenaan amat penting dalam usaha kita untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Soalan 6: Mungkin Puan ingin menyampaikan sedikit nasihat kepada generasi muda. Kita dapat saksikan sendiri peluang pekerjaan pada masa kini agak terhad dan saingan pula semakin hebat. Tetapi dalam dunia keusahawanan, tidak ada batasan. Oleh itu, saya amat menggalakkan anak-anak muda yang telah

menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi awam atau swasta untuk menceburi bidang keusahawanan dan tidak begitu bergantung kepada pendapatan yang diperoleh daripada makan gaji semata-mata. Segalanya bermula dengan usaha, kemahuan, kehendak dan kegigihan kita sendiri.

PROFIL

Nama

Shariffah Afifah binti Syed Abbas

Jawatan Sekarang

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan Cheras mulai 1 Januari 2017

Asal

Pulau Pinang

Taraf pendidikan

1) BSc. Ed. (Hons) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang 2) Post Graduate Certificate In Educational Leadership and Management, King’s College London 1) SMK Datuk Hj. Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang (1982-1983) 2) SMK Seri Balik Pulau, Pulau Pinang (1984-1986) 3) SMK Agama (p) Al-Mashoor, Pulau Pinang (1986-2004) 4) SMK (P) Sri Mutiara, Pulau Pinang (2004-2006) 5) SMK (P) St. George (2006-2016)

Pengalaman kerja

Penglibatan dalam koperasi

1) Ahli Penang Teachers Coop Ltd. 2) Ahli Koperasi Gabungan Negeri Pulau Pinang 3) Ahli Koperasi Melayu Pulau Pinang 4) Ahli Koperasi Pengetua Pulau Pinang

Anugerah yang pernah diterima

1) Bintang Cemerlang Negeri daripada kerajaan Pulau Pinang (2012) 2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2012)

Februari 2019 PELANCAR

61

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease