Wadah PELANCAR Edisi Februari 2019

Sukarelawan Koperasi Bantu Pemulihan Fungsi OKU

» Anggota sukarelawan merakam kenangan di perkarangan Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu, Selangor.

» Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Haji Zulkarnain Haji Taman menyampaikan sumbangan kewangan untuk penghuni taman tersebut.

» Sumbangan daripada ANGKASA disampaikan oleh Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.

» Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa beramah mesra dengan penghuni Taman Sinar Harapan.

Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa berkata, kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh warga koperasi termasuklah pelajar-pelajar universiti terutamanya dalam bidang perubatan mampu membantu pasukan sukarelawan untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada golongan OKU. Menurut beliau, kepakaran dan latihan dalam membantu golongan OKU seperti rawatan fisioterapi, pemulihan pertuturan, fizikal dan psikologi klinikal amat diperlukan dalam pasukan sukarelawan koperasi. “Rumah kebajikan yang menempatkan golongan OKU khususnya, kategori terlantar, memerlukan bantuan tenaga untuk penjagaan, latihan dan pemulihan. Rangkaian koperasi ANGKASA seperti Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan universiti sudah ada kepakaran tersebut dan anggota mereka boleh berperanan sebagai sukarelawan dan sokongan,” ujar beliau. Pelaksanaan program sukarelawan koperasi akan terus dipertingkat khususnya dalam aspek pemulihan fungsi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melibatkan penyertaan dalam kalangan koperasi dan anggota yang mahir dan berkebolehan.

Dato’ Che Mohamad Shukree berkata demikian ketika berucap dalam satu program lawatan amal ‘’Coop Care’’ ke Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu, Selangor sempena sambutan Hari Sukarelawan Sedunia. Melalui Program “Coop Care”, ANGKASA melalui Bahagian Komunkasi Korporat, menyemai sifat prihatin dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat menerusi penglibatan aktiviti gotong royong bagi menceriakan kawasan sekitar taman itu. Aktiviti tersebut juga lebih kepada memberi pendedahan terhadap keperluan rohani insan istimewa yang berada di “Taman Syurga Dunia”. Terdahulu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Encik Mohamad Hanafi Haji Maulud dalam ucapannya berkata, penghuni di situ amat memerlukan bantuan sukarelawan dan berharap sumbangan tersebut akan diberi secara berterusan. Seramai 30 anggota rakan sukarelawan Coop Malaysia hadir pada sesi gotong-royong yang dijalankan. ANGKASA juga turut menyumbang sebanyak 20 buah tilam hospital sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat koperasi. Turut hadir ialah Pengetua Taman Sinar Harapan, Puan Nor Aziah Sharfador Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Haji Zulkarnain Haji Taman dan Pengurus Besar BKK, Haji Borhan Mat Aris.

64 PELANCAR Februari 2019

64 PELANCAR Februari 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease