Wadah PELANCAR Edisi Februari 2019

“Cabaran ini boleh dicapai dengan kekuatan yang dimiliki sektor koperasi iaitu dengan jumlah koperasi lebih 14,000 buah, aset bernilai RM140 bilion, perolehan bernilai RM22.5 bilion atau 52.4 peratus serta keanggotaan 6.5 juta orang . “Kementerian Pembangunan Usahawan dan agensi-agensinya bersedia memberi bantuan dan bimbingan berterusan kepada koperasi yang memerlukan bagi merealisasi sasaran yang ditetapkan ini,” katanya di hadapan lebih 700 wakil koperator yang berkumpul bagi mendengar amanat yang disampaikan olehnya. Amanat yang disampaikan Datuk Seri Mohd. Redzuan turut membakar semangat koperator yang hadir supaya menonjolkan keberanian, berdaya saing, bersifat kreatif dan inovatif dalam membawa perubahan ke arah memajukan koperasi masing-masing. Beliau mahu sektor koperasi terus melonjakkan kecemerlangan pada masa akan datang dan kini tiba masanya untuk bersama-sama memulakan kebangkitan dalam membentuk budaya yang boleh meningkatkan produktiviti dengan sebaik mungkin.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof ketika melontarkan gesaan itu dalam Majlis Amanah Menteri Pembangunan Usahawan bertempat di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 25 Januari 2019 lalu mahu ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara menerajui sektor koperasi dalam merealisasikan sasaran ini khususnya dalam penerokaan bidang perniagaan baru dalam usaha meningkatkan pendapatan koperasi. Beliau berkata, ANGKASA sewajarnya berperanan untuk menggalak dan mendedahkan koperasi untuk terlibat dalam bidang perniagaan seperti logistik, perladangan dan pertanian kerana bidang-bidang ini merupakan antara industri strategik yang memiliki impak tinggi kepada gerakan koperasi. “Pergerakan koperasi di Malaysia perlu mengambil peluang dan ruang ini dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan mereka untuk mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan bagi menjamin pulangan pelaburan yang tinggi kepada ekonomi negara.

Mengambil contoh budaya Jepun yang memiliki nilai-nilai murni wajar dijadikan panduan terbaik untuk terus mencipta kejayaan bukan sahaja dalam lapangan yang diceburi tetapi dalam segenap kehidupan. Katanya, anggota koperasi perlu memiliki perasaan untuk mahu belajar dan memperbaiki kelemahan serta memberikan yang terbaik di samping meletakkan sasaran tertentu untuk mencapai apa yang diingini untuk kemajuan sektor koperasi. Budaya berada dalam zon selesa katanya wajar dikikis dalam gerakan koperasi kerana ia boleh merosakkan sektor koperasi dan boleh membantutkan perkembangan membantu Kerajaan dalam meningkatkan KDNK.

5 Februari 2019 PELANCAR 5 PELANCAR

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease