JOM JOIN ANGKASA
Keistimewaan Menjadi Ahli ANGKASA
PENDIDIKAN / LATIHAN • Kursus / Seminar / Konvensyen / Bengkel • Majalah PELANCAR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN • Bengkel Teknik Usahawan • Khidmat Senggara Pra Audit-Sistem Pengurusan Berkomputer ANGKASA (SPBA) • Barangan untuk Koperasi Sekolah (Busana) • My ANGKASA Mobile (Telekomunikasi) • Pusat Dialisis • Farmasi PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN • Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA) • Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) - Kiosk - Sistem Penilaian Kredit ANGKASA-RAMCI (SpeKAR) • Pengurusan Wasiat dan Harta Pusaka GALAKAN PENUBUHAN KOPERASI
PERKHIDMATAN SOSIAL DAN PERLINDUNGAN • ANGKASA Wakil Amil Koperasi • Sijil Pematuhan Syariah • Infaq Lil-Waqf • Pusat Jagaan Darul Sakinah • Zakat • Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA • Akademi & Resort Langkawi • Umrah Koop
Syarat Keahlian 1. Keahlian terbuka kepada semua koperasi 2. Fi masuk sahaja yang dikenakan:
Kop. Dewasa (RM)
Kop. Sekolah (RM)
Kop. Asas
100.00 200.00 300.00
30.00 50.00
Kop. Menengah
Kop. Atasan
100.00
3. Dokumen yang diperlukan: • Borang permohonan • Sijil Pendaftaran Koperasi
• Koperasi Kariah Masjid • Konsortium Koperasi
- Penanaman Padi - Penternakan Ikan
• Undang-undang Kecil Koperasi • Borang Maklumat ALK / JAD (Borang boleh dimuat turun di laman web www.angkasa.coop)
PERKHIDMATAN ICT • Pembinaan Laman Web Koperasi • Web TV ANGKASA • Sistem Pendaftaran & Kira Undi Digital • e-dagang dan e-niaga • Sistem Pengurusan Berkomputer (SPBA)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Unit Perhubungan Keahlian Talian : 03-7800 7884 / 7841 / 03-7884 6453 Faks : 03-7804 2315 E-mel : urusetia@angkasa.coop
DARI MEJA PRESIDEN
Salam Sejahtera dan Salam 1Koperasi
Merancang dan melaksanakan matlamat koperasi merupakan pendekatan yang sememangnya menjadi amalan kepada setiap individu dalam koperasi. Namun pendekatan yang digunakan berbeza mengikut tahap dan keupayaan yang dimiliki berasaskan ketentuan modal, ilmu pengetahuan, pengalaman dan sebagainya. Secara umumnya kita sedia menerima hakikat bahawa dalam menuntut tadbir urus sesuatu aktiviti koperasi yang lebih efisien, lazimnya peranan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan kakitangan di bawahnya akan dijadikan sebagai sandaran bagi menjayakan sesuatu program atau perniagaan. Justeru, keupayaan modal insan yang dituntut bukan hanya sekadar berbekalkan kepada pengetahuan dan pengalaman, kedua-dua elemen tersebut sekiranya tidak digarapkan sekali dengan keputusan hasil kajian lapangan dan trend penggunaan serta permintaan, dibimbangi segala perancangan yang dibawa akan menemui jalan sukar yang akhirnya menggagalkan usaha yang telah dibuat. Tidak hairan sekiranya kita mendengar pelbagai cerita atau rekod kegagalan dalam melaksanakan sesuatu program atau perniagaan meskipun diterajui oleh individu yang berkebolehan selain sumber modal yang kukuh. Segalanya adalah berpunca daripada keyakinan yang terlalu tinggi tanpa bekalan panduan dan sokongan-sokongan lain yang secukupnya. Kegagalan tersebut sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi koperasi dan akhirnya menjadi dorman meskipun pada awalnya memiliki kekuatan modal dan sejumlah individu yang berkelayakan. Jika direnungkan kembali, apakah punca kepada berlakunya koperasi dorman sedangkan pada awal penubuhannya, ALK tersebut bukan sahaja dibekalkan dengan panduan dan ilmu yang secukupnya melalui kursus wajib, bengkel, seminar dan sebagainya, malah sokongan dana juga turut disediakan oleh kerajaan bagi membantu merealisasikan matlamat perniagaan yang telah direncanakan. Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah dalam mencari penyelesaian dengan kaedah yang lebih terbuka. Koperasi ibarat sebuah keluarga yang saling membantu dan berkongsi idea, ilmu, kepakaran, pengetahuan dan sebagainya. Manfaatkanlah semua kelebihan tersebut. Semoga koperasi dorman dapat kembali bangkit dan mencipta kejayaan seperti yang dihasratkan oleh anggota.
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Abdullah
Timbalan Presiden Haji Mutadho Bahri
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Pemangku Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd Zakuan Azmi
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Mac 2018 PELANCAR
1
MAC 2018
31 ANGKASA Uji Kefahaman Warga Koperasi 32 Sasar Buka 50 Sangkar Ikan
20 ACO Komited Beri Perkhidmatan Dialisis 53 Kongsi Maklumat Tadbir Urus Koperasi 54 Perkasa Jaringan C2C 58 Penjagaan Kesihatan Dan Kebajikan Anggota Jadi Keutamaan Koperasi ANGKASA - LAPORAN JPAN 36 Pulau Pinang : Seminar Negeri : Jalinan Strategik Menjana Sosial Ekonomi Mampan 38 Selangor : Terap Amalan Tadbir Urus Baik Kepada Pemimpin Koperasi 40 Perak : SKM - ANGKASA Negeri Perak Laksana Kerjasama Strategik Perkasa Koperasi Mikro 42 Pahang Zon 1 : Fahami
KETERANGAN GAMBAR KULIT YB Senator Dato’ Isa Ab. Hamid (dua dari kanan) menyerahkan resolusi karangan Hala Tuju Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2018 kepada SKM yang diwakili Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Haji Mat Dersi Jusoh (kiri).F oto : Mohd Zakuan
ANGKASA 8
Platform Digital BlockChain Untuk Koperasi Konsortium Mampu Tingkatkan Ekonomi Koperasi Orang Asli
16
9
Tanggungjawab Dan Peranan Kepimpinan Koperasi
34
Manfaat Wakaf Dalam Pembangunan Modal Insan Koperasi
12 Ke Arah Memperksa
Perniagaan Koperasi Orang Asli 14 Perjuangan Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat Orang Asli Malaysia 16 Reaksi 17 Resolusi Konvensyen 22 Bantu Lonjak Prestasi Pendidikan Pelajar 24 Pelapis Kepimpinan Koperasi 25 Reaksi 28 Terap Semangat Keusahawanan Koperasi Kepada Pelajar
SKM 4
Landskap Baharu Penentu Kecemerlangan Koperasi Kredit
ANTARABANGSA 18 ACO Gold Hub Ke Pasaran ASEAN
2 PELANCAR Mac 2018
32
64
RENCANA 44 CoopCity : Membangun Konsep Bandar Koperasi
MKM 46 Nature & Adventure
KOPERASI 30 ANGKASA Sedia Beri Bimbingan 48 KO-UMMAH Contoh Koperasi Belia Berjaya 50 Jaga Kebajikan Kakitangan Melalui Koperasi 56 Galak Penyertaan Aktif Golongan Belia 60 Kolaborasi Bantu Luaskan Pasaran Produk Koperasi 62 Fahami Potensi Dan Peluang 64 Rebut Peluang Berniaga Sambil Berbakti Kepada Komuniti
56
50
Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.
Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop
Dicetak Oleh: ULTIMATE PRINT SDN. BHD.
14
Mac 2018 PELANCAR
3
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Pelan Pembangunan Sektor Kewangan Koperasi 2016-2020 Landskap Baharu Penentu Kecemerlangan Koperasi Kredit
Semua koperasi kredit yang berdaftar di seluruh negara akan dibantu menerusi pelan pembangunan baharu sektor kewangan koperasi. Menerusinya, tadbir urus kewangan koperasi kredit akan diselaras di bawah satu sistem yang lebih bersepadu bagi memastikan hala tuju yang dibawa terus berkembang dan tidak lagi berada di takuk yang lama.
» YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
4 PELANCAR Mac 2018
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin ketika berucap merasmikan Program Penerangan pelaksanaan Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi 2016-2020 Zon Tengah di Kuala Lumpur baru- baru ini berkata, model perniagaan baharu yang diselaraskan kepada koperasi kredit itu diharap dapat membantu meningkatkan kapasiti dan produktiviti melalui pengukuhan modal koperasi, pengurusan secara lebih efisyen, menjadikan aset lebih berkualiti dan berupaya mengeluarkan produk-produk yang lebih berinovasi. Menurut Dato’ Seri Hamzah, pengurusan kewangan merupakan nadi utama dalam menentukan kejayaan aktiviti koperasi
Sehubungan itu, model perniagaan baharu bagi koperasi kredit telah dirangka dengan sebaiknya dengan sokongan dan bantuan daripada SKM dan ia diharap dapat membantu koperasi- koperasi kredit dalam memberikan sumbangan secara lebih besar kepada gerakan koperasi. Katanya, model perniagaan baharu koperasi ini juga diharap dapat meningkatkan keyakinan dan
kepercayaan masyarakat untuk terus menggunakan perkhidmatan koperasi sekaligus berupaya meningkatkan sumbangan kepada perolehan sektor perkhidmatan kewangan koperasi. Mengikut rekod sehingga Disember 2017, koperasi kredit telah menyumbang sebanyak RM5.69 bilion atau 17.48% daripada jumlah perolehan sektor perkhidmatan kewangan koperasi.
» Sebahagian daripada tetamu dan wakil koperasi yang hadir.
Mac 2018 PELANCAR
5
“Pengendalian wang koperasi perlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa termasuk penggunaan teknologi baharu selain bertindak sebagai sebuah networking dan saling bantu- membantu antara satu sama lain. Saya tidak mahu melihat Anggota Lembaga Koperasi (ALK) tidak tahu langsung membaca akaun, tidak faham konsep corporate governance, pengurusan risiko dan tidak mengikuti arus perkembangan semasa. Semua ini akan diajar kepada mereka yang dilantik melalui kursus yang dikendalikan kelak dan akan ada modul yang perlu diikuti sebagai prasyarat utama dalam membentuk kepimpinan koperasi kredit yang berjaya”. YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato’ Henry Sum Agong; Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh; Pengerusi Eksekutif SKM, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat dan Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
Seiring dengan pelancaran Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi 2016-2020 pada Januari lepas oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, SKM telah mengadakan beberapa sesi penerangan berkaitan pelan tersebut kepada semua koperator di seluruh negara. Sesi penerangan mengikut zon itu juga dibuat untuk mendapatkan maklum balas berkaitan cadangan 34 inisiatif strategik bagi sektor perkhidmatan kewangan koperasi sebagai pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara.
Antara inisiatif utama yang digariskan dalam pelan pembangunan itu adalah : 1. Model perniagaan baharu koperasi. 2. Penggabungan koperasi kredit. 3. Pengendalian wang koperasi. 4. Jaringan keselamatan dan Persatuan Koperasi Kewangan. 5. Kerjasama di antara Bank Rakyat dengan Co-opbank Persatuan.
Sehingga Disember 2017, sektor perkhidmatan kewangan koperasi telah menyumbang perolehan sebanyak RM32.55 bilion. Bank Rakyat dan Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad, yang merupakan bank koperasi, adalah penyumbang utama kepada perolehan sektor perkhidmatan kewangan koperasi, iaitu sebanyak RM24.45 bilion (75.11%) daripada jumlah perolehan sektor perkhidmatan kewangan.
» Dato’ Dr. Noor Zari Hamat, Pengerusi Eksekutif SKM
6 PELANCAR Mac 2018
Sementara itu, satu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Timbalannya, YB Dato’ Henry Sum Agong. Turut sama menyaksikan ialah Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh dan Pengerusi Eksekutif SKM, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat. Tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan, Bank Rakyat telah bersetuju untuk melanggan saham Islamic Reedemable Convertible Preference Shares (iRCPS) Co-opbank Persatuan sebanyak RM200 juta bagi meningkatkan keupayaan modal
selaras dengan perkembangan perniagaan setelah mendapat kelulusan dan pengiktirafan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan SKM sebagai sebuah institusi yang dibenarkan mengambil deposit daripada kalangan bukan anggota. Pemeteraian MoU tersebut dijangka dapat mengukuhkan lagi Co-opbank Persatuan dari segi kapasiti, modal insan dalam hal kepakaran dan pembelajaran teknikal berkaitan aktiviti perbankan terutamanya dalam pengurusan risiko.
majlis pemeteraian memorandum
persefahaman (MoU) antara Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dan Co- opbank Persatuan telah ditandatangani sejurus selepas majlis perasmian Program Penerangan Pelaksanaan Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi 2016-2020 Zon Tengah. Majlis menandatangani MoU tersebut yang diwakili Pengarah Urusan Bank Rakyat, Dato’ Zulkiflee Abbas bin Abdul Hamid dan Pengerusi Co-opbank Persatuan, Haji Kamari Zaman bin Juhari telah disaksikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri
» YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Bank Rakyat dan Co-opbank Persatuan.
Mac 2018 PELANCAR
7
Satu Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama (MoC) antara MyANGKASA Holding Sdn. Bhd. dan ASN Mobile Sdn. Bhd. telah berlangsung bagi membentuk sebuah kerjasama dalam pembangunan teknologi digital untuk warga koperasi di Malaysia. Platform Digital BlockChain Untuk Koperasi Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Foto: AIZAL AZIZAN SAJARI » Dato’ Seri Hamzah Zainudin (tengah) menyaksikan Majlis Pertukaran MoC Antara MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Encik Shaharudin Mohamed (kiri sekali) dan ASN Mobile Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Puan Zalifah Zakaria (kanan sekali). Turut sama menyaksikan majlis pertukaran tersebut ialah Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Kumpulan ASN Satellites Corporation Sdn. Bhd., Encik Andrew Hwan Lee (dua dari kanan).
Menerusi MoU itu, MyANGKASA dan ASN Mobile akan menyediakan tiga kaedah pelaksanaan yang meliputi bidang telekomunikasi digital berasaskan sistem BlockChain. Sistem tersebut merupakan pendekatan terbaharu dalam teknologi maklumat (IT) yang membolehkan pengguna internet berhubung secara lebih pantas selain sistem keselamatannya yang canggih dan lebih selamat. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. diwakili Encik Shaharudin Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif ASN Mobile Sdn. Bhd. diwakili Puan Zalifah Zakaria dan disaksikan sendiri oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Pada majlis yang sama, ASN Group melalui ASN Networks Corporation Sdn. Bhd. turut mengadakan majlis pertukaran dokumen dengan Universa BlockChain Platform sebagai sebahagian daripada
komponen teknologi teras. Majlis pertukaran dokumen tersebut yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Universa Private Limited, Nikita Goldsmit dan Ketua Pegawai Eksekutif ASN Mobile Sdn. Bhd., Puan Zalifah Zakaria. Kerjasama ini juga menjadi bukti komitmen tinggi kedua-dua pihak dalam mengadaptasi dunia digital sebagai sebahagian daripada penawaran pasaran untuk ahli ANGKASA dan semua lapisan masyarakat untuk mendapat akses kepada platform digital berteknologi terkini. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Dato’ Dr. Noor Zari Hamat; Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengarah SKM Selangor, Encik Rusli Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ASN Satellites Corporation Sdn. Bhd., Encik Andrew Hwan Lee.
8 PELANCAR Mac 2018
Konvensyen Hala Tuju Koperasi Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2018 Konsortium Mampu Tingkatkan Ekonomi Koperasi Orang Asli Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mempunyai misi dan peranan dalam membangunkan koperasi masyarakat orang asli demi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi selain mewujudkan persepsi lebih positif kepada gerakan koperasi. Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan Konvensyen Koperasi Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2018 di Hotel Aliya, Klang baru-baru ini berkata, banyak aktiviti ekonomi yang boleh dijana oleh koperasi orang asli seperti projek pertanian selain melahirkan lebih ramai usahawan koperasi melalui pengeluaran produk-produk koperasi. Menurut beliau, Bajet untuk pembangunan seperti
yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2018 telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk pembangunan kampung bersepadu masyarakat orang asli dan RM20 juta lagi untuk pembangunan ekonomi selaras dengan matlamat untuk melahirkan 600 usahawan dalam kalangan masyarakat orang asli.
» YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Beliau turut berterima kasih kepada SKM dan ANGKASA yang telah banyak membantu dalam merealisasikan matlamat penubuhan konsortium di samping membantu dalam pentadbiran, pengurusan kewangan dan sebagainya supaya ALK koperasi menjadi lebih profesional dan tadbir urus yang lebih berkesan.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA
YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkata, program pem- bangunan usahawan yang dirancang itu bukan sahaja untuk individu tetapi daripada jumlah yang disalurkan itu, sebanyak RM2 juta akan diperuntukkan untuk pembangunan keusahawanan koperasi. “Menerusi Pelan Strategik JAKOA 2016-2020, salah satu fokusnya iaitu di bawah fokus ekonomi mapan adalah untuk membangunkan koperasi dalam kalangan masyarakat orang asli. Maknanya kita mempunyai fokus yang khusus bagi membantu meningkat dan membangunkan koperasi dalam kalangan orang asli. Sasaran yang diletakkan juga adalah tinggi iaitu menjelang tahun 2020, kita menyasarkan sebanyak 20 koperasi orang asli akan mempunyai aset dan perolehan sebanyak RM20 juta,” ujar beliau. Sehingga kini, sejumlah 94 koperasi orang asli telah berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan keanggotaan seramai 13,599 orang. Daripada 94 tersebut, 88 buah koperasi terdiri daripada ‘Koperasi Mikro’ iaitu perolehan tahunan di bawah RM200 ribu manakala lima buah koperasi tergolong dalam kumpulan ‘Koperasi Kecil’ dan hanya sebuah koperasi sahaja yang berada dalam kelompok ‘Koperasi Sederhana’. Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa penubuhan Konvensyen Koperasi Orang Asli adalah satu tindakan yang sangat baik dan kena dengan masanya demi memantapkan lagi pentadbiran koperasi selain memiliki hala tuju yang lebih jelas tentang bagaimana untuk tingkatkan ekonomi melalui masyarakat orang asli. Dato’ Sri Ismail menjelaskan, amalan berkoperasi sebenarnya adalah sebahagian daripada budaya masyarakat orang asli iaitu bergotong-royong. Berlandaskan kepada pegangan tersebut, koperasi perlu terus dibekalkan dengan sokongan dan bantuan agar tadbir urusnya lebih terancang dan sentiasa tersusun. Konsortium juga katanya dilihat mampu membantu melancarkan lagi pengurusan di samping dapat memperkasa ekonomi melalui pembangunan perniagaan yang direncanakan.
10 PELANCAR Mac 2018
Ia bagi membolehkan koperasi dan anggotanya tidak ketinggalan dalam mendapatkan pengetahuan serta kemahiran untuk menambahkan pendapatan menerusi koperasi. Beliau turut berharap agar konvensyen yang dianjurkan ini dapat membuka peluang seluas-luasnya kepada koperasi untuk menambahkan ilmu, menyuarakan pandangan dan mendapat input-input yang berguna dan akhirnya berjaya memberi impak besar ke arah kecemerlangan koperasi orang asli.
Sementara itu, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan aluannya berkata, JAKOA dilihat sebagai rakan strategik bagi ANGKASA kerana mempunyai matlamat yang sama iaitu melihat koperasi sebagai wadah terbaik untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi orang asli. Katanya, menerusi kerjasama tersebut, usaha untuk terus mempertingkatkan penubuhan koperasi orang asli dan memperkasa koperasi orang asli sedia ada sentiasa diusahakan oleh ANGKASA yang menyediakan pelbagai bengkel kemahiran diri dari semasa ke semasa.
» YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menerima resolusi konvensyen daripada Encik Busu Ngah (paling kiri) yang mewakili peserta.
Mac 2018 PELANCAR
11
Konvensyen Hala Tuju Koperasi Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2018
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Foto : AIZAL AZIZAN SAJARI
KE ARAH MEMPERKASA PERNIAGAAN KOPERASI ORANG ASLI
Konvensyen Hala Tuju Koperasi Orang Asli Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Aliya, Klang telah memperlihatkan kesungguhan dan juga sokongan padu komuniti orang asli terhadap kepentingan berkoperasi.
Konvensyen yang dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu turut dihadiri oleh Timbalan Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, Senator Orang Asli Semenanjung, YB. Isa Ab. Hamid; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Encik Ajis Sitin dan
Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Mat Deris Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Menerusi penyertaan kira-kira 200 peserta dari Koperasi Orang Asli seluruh negara membuktikan komitmen padu mereka dalam usaha untuk memajukan koperasi masing-masing di samping membuktikan
12 PELANCAR Mac 2018
kesungguhan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara yang mahu melihat koperasi komuniti tersebut terus diperkasakan dan seterusnya dapat bergerak seiring dengan koperasi dewasa yang lain. Konvensyen yang julung kali diadakan itu merupakan kerjasama antara ANGKASA, SKM dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Penganjurannya juga adalah bertepatan dengan matlamat untuk memastikan Koperasi Orang Asli berupaya merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi melalui kepelbagaian aktiviti yang digerakkan ke arah peningkatan ekonomi anggotanya. Penubuhan Koperasi Orang Asli antara lain bermatlamat mewujudkan peluang pekerjaan melalui kegiatan ekonomi, memberi bantuan dan bimbingan keusahawanan, menaiktaraf sosioekonomi masyarakat orang asli dan mempromosi serta memasarkan produk hasilan orang asli. ANGKASA sentiasa merancang serta menyediakan program-program pembangunan Koperasi Orang Asli untuk manfaat anggota komuniti itu. Antara lain objektif utama konvensyen tersebut dilaksanakan adalah untuk merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi ke arah memperkasakan koperasi dan usahawan orang asli, meningkatkan penglibatan komuniti dalam bidang keusahawanan serta membuka peluang kepada koperasi untuk meluaskan pasaran melalui pemadanan perniagaan. Program yang berlangsung selama dua hari itu telah mengetengahkan pengisian seperti pembentangan kertas kerja bertajuk “Peranan ANGKASA Dalam Gerakan Koperasi Negara” oleh Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Mohammad Zamri Haji Yaacob; “Pembangunan Koperasi Orang Asli: Cabaran Masa Kini Dan Hadapan” yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar Dan Perancangan Pembangunan SKM, Dr. Juliawati Janius dan “Hala Tuju Dan Pembangunan Sosioekonomi Orang Asli” oleh Timbalan Pengarah (Ekonomi) JAKOA, Puan Umadevi Kurias.
» Dato’ Abdul Fattah beramah mesra dengan para peserta.
» Peserta juga turut berpeluang mengikuti sesi pengalaman langsung dari dua buah koperasi iaitu Koperasi Orang Asli Kijang Mas Pahang Berhad dan Koperasi Orang Asli Daya Asli Johor Berhad yang dikendalikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin.
» Pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Mohammad Zamri Haji Yaacob.
Mac 2018 PELANCAR
13
Konvensyen Hala Tuju Koperasi Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2018
Oleh : SAFINAH SAUPI
PERJUANGAN MENINGKATKAN TARAF HIDUP MASYARAKAT ORANG ASLI MALAYSIA Wawancara Ekseklusif Bersama YB Senator Dato’ Isa Ab. Hamid, Ahli Dewan Negara (Senator Orang Asli Semenanjung)
Soalan 1: Pada pandangan YB Senator Dato’, bagaimanakah koperasi boleh memainkan peranan meningkatkan ekonomi dan taraf hidup orang asli? Sebenarnya, elemen kerjasama atau koperasi telah lama wujud dalam komuniti orang asli melalui aktiviti harian mereka seperti pembangunan ladang, berkebun, gotong-royong kampung, memungut hasil-hasil tani dan sebagainya. Elemen ini hanya perlu dijelmakan dalam konsep koperasi. Dalam konteks wadah baru yang menekankan pembangunan keusahawanan sosioekonomi, kebajikan dan kepentingan hak ahli. Koperasi boleh menjadi pusat pembelian, pengumpulan, penjualan produk-produk orang asli seperti pisang, ubi, keledek, madu, herba- herba dan sebagainya. Sekiranya koperasi mengambil peranan ini, mereka boleh menyediakan pusat jualan yang lebih dekat, pada harga yang lebih munasabah dengan menyediakan satu kawalan produk orang asli dalam konteks pasaran harga yang lebih baik kepada pengguna. Sehingga Jun 2018, kita telah menubuhkan 94 koperasi orang asli. Kerjasama ini diharapkan dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan orang asli. Misalnya produk Tongkat Ali. Di Pekan, Pahang ada kilang memproses Tongkat Ali tetapi stok tidak mencukupi. Sekiranya kita dapat menjalinkan kerjasama dengan koperasi-koperasi orang asli di Kelantan dan Perak, kita
boleh membekalkan Tongkat Ali dalam kuantiti yang lebih besar. Selain itu, kita ada kilang gaharu di Kedaik, Rompin. Kita boleh membantu koperasi-koperasi orang asli Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan Kelantan membekalkan gaharu. Begitu juga madu kelulut yang popular di Bangkong, Sepang. Kita boleh kumpulkan madu- madu dari Perak, Kelantan dan Pahang. Produk-produk ini, kita jenamakan, tingkatkan kualiti dan multiproduknya dalam pengeluaran lebih besar supaya pasaran lebih luas dan terbuka. Soalan 2: Dari perspektif YB Senator Dato’, apakah permasalahan- permasalahan dan cabaran-cabaran yang dihadapi koperasi orang asli? 1. Kepimpinan lemah yang mungkin dipengaruhi tahap pendidikan dan kawasan luar bandar menyukarkan mereka mendapat perubahan- perubahan drastik dalam mengubah, membangunkan keilmuan, keusahawanan koperasi-koperasi orang asli. 2. Modal yang rendah. Syer yang dibayar sekitar RM50 atau RM30 dan kebanyakan seumur hidup. Bagi meletakkan koperasi orang asli lebih dinamik, anggota koperasi perlu menyumbang syer lebih tinggi mengikut kos sara hidup masa kini. Saya cadangkan modal syer dibayar bulanan. Syer bulanan ini akan membantu menghidupkan koperasi secara dalaman dan koperasi tidak terlalu bergantung kepada geran, projek daripada JAKOA dan peruntukan kerajaan semata-mata.
3. Koperasi tertumpu dalam pertanian bertaraf sara hidup yang perlu ditransformasikan ke arah keusahawanan kerana banyak peluang dalam masyarakat orang asli yang boleh diniagakan. 4. Masyarakat orang asli kaya dengan sumber alam seperti air terjun dan sungai yang cantik tetapi tiada keupayaan menggerakkannya. Misalnya Tongkat Ali dan kayu-kayu yang cantik dijual secara mentah tidak diproses dalam bentuk yang mempunyai nilai komersial tinggi. Soalan 3: Apakah tranformasi yang perlu dilakukan koperasi orang asli dalam usaha mencapai kemajuan? 1. Saya menyarankan sikap kebergantungan kepada kerajaan, JAKOA dikurangkan kerana boleh menghilangkan keberdikarian dan akhirnya koperasi-koperasi kalah kepada cabaran. 2. Kepimpinan seharusnya terpimpin, dilatih pemimpin-pemimpin untuk menjadi Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan ALK yang baik. Kita tidak mahu kepimpinan baru tidak boleh membawa pembangunan hala tuju koperasi yang lebih baik. 3. Ilmu, latihan dan kemahiran yang cukup penting untuk maju. Ketiga-tiga perlu diperkasakan sesama koperasi, orang asli dan sesama ALK. 4. Usaha mesti dibuat dan tidak boleh tunggu. Ini penting supaya mereka melakukan aktiviti mengkhusus dan tidak bertindih dalam rantaian pengeluaran yang lebih besar dan luas. Kita mahu dalam industri satu
14 PELANCAR Mac 2018
usahawan satu produk/perkhidmatan. Inilah yang akan melahirkan banyak usahawan dan koperasi. 5. Kesungguhan membangunkan koperasi perlu ada. Kesungguhan ini penting dalam menghadapi cabaran, persaingan dan eksplotasi. Mereka perlu diberi semangat untuk terus bangkit. 6. Pinjaman penjenamaan produk. Ini transformasi yang akan dilakukan. Misalnya madu kelulut akan ditransformasikan untuk menghasilkan produk-produk bernilai tinggi seperti kologen, serum, sabun, lipstik dan pelembab bibir. 7. Kejujuran dan kerjasama dalam bergabung sesama koperasi. Masyarakat orang asli mempunyai 18 etnik yang pelbagai budaya dan logistik. Perbezaan ini kadang kala menyebabkan mereka sukar untuk bergabung. Soalan 4: Bagaimanakah YB Senator Dato’ mendapat ilham menubuhkan Konsortium Koperasi Asli Malaysia Berhad dan apakah peranan dan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan Konsortium? Idea menubuhkan Konsortium Koperasi Orang Asli Malaysia Berhad (KAM) sudah lama terfikir, sejak menjadi Pengarah JAKOA Pahang lagi. Tercetus lagi semasa Seminar Koperasi Orang Asli di Temerloh pada tahun 2017 apabila Dato’ Abdul Fattah, Presiden ANGKASA mencetuskan lagi hasrat penubuhan KAM. Atas semangat dan
sokongan ANGKASA saya kuatkan semangat dan berjaya menubuhkan KAM. KAM masih baru dan belum ada aktiviti. Kita akan mengadakan mesyuarat agung pertama pada Penghujung Mac ini. KAM akan memfokuskan lebih banyak kepada khidmat rundingan, mewujudkan jaringan dan memberi motivasi atau menceburi bidang-bidang yang sukar dilaksanakan koperasi mikro seperti pengangkutan pada skala yang lebih besar, farmaseutikal, menjadi agen pemasaran dan pereka kepada homestay kampung di bandar-bandar supaya keusahawanan koperasi dapat dihidupkan dan digabung jalinkan sesama koperasi. KAM juga akan menjadi pusat info dan sehenti produk-produk orang asli. Di peringkat yang lebih tinggi, KAM akan memainkan peranan pendokumentasian dan pempatenan produk-produk masyarakat orang asli. Soalan 5: Apakah perancangan YB Senator Dato’ untuk terus memperkasa orang asli terutama melalui koperasi? Dalam konteks ini, perlunya pemerkasaan kepimpinan, latihan, pendidikan dan kemahiran yang merupakan faktor asas dalam pembangunan koperasi dan faktor utama dalam membina kekuatan. Saya juga menyarankan penglibatan profesional sebagai ALK dalam koperasi supaya pemikiran dan
pelbagai pendapat dapat digabung jalinkan dalam membangunkan koperasi dengan dominasi kepimpinan kampung yang menjadi penentu hala tuju koperasi. Soalan 6: Apakah harapan YB Senator Dato’ terhadap pembangunan orang asli untuk berhadapan dengan cabaran TN50 supaya pencapaian orang asli seiring dengan Bumiputera lain? Dalam menghadapi cabaran TN50 dan Revolusi 4.0, kita tidak boleh lari dari memperkasakan orang asli supaya seiring searus perdana dengan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, JAKOA perlu dinamik dan diperkasakan dari sudut pembangunan koperasi. Dicadangkan juga, pegawai SKM ditempatkan di JAKOA pusat dan negeri untuk membantu membimbing, memberi pandangan terhadap pembangunan koperasi orang asli. Selain itu, kerjasama antara SKM, ANGKASA dan JAKOA diperhebatkan dalam menganjurkan seminar bersama sekurang-kurangnya tiga kali setahun kerana masyarakat orang asli perlu dibantu secara mendalam. Kita mahu masyarakat orang asli menjadi pemain industri 4.0, menjadi pemimpin dalam TN2050 dan tangannya di atas sebagai pemberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
PROFIL
Nama
YB Senator Dato’ Isa Ab. Hamid Ahli Dewan Negara (Senator Orang Asli Semenanjung)
Jawatan Sekarang
Keturunan
Orang Asli Suku Orang Kuala
Asal
Benut, Pontian, Johor
Taraf Pendidikan Pengalaman Kerja
UiTM, Shah Alam (1984 – 1991)
1. Guru di SMK Bandar Tenggara, Kulai 2. Penolong Pengarah Sains Kemasyarakatan di Jabatan Pelajaran Johor 3. Pengarah JAKOA Negeri Pahang 1. Juruaudit Koperasi Orang Asli Johor Berhad (1996 – 1998) 2. Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi Orang Asli Johor Berhad (1996 – 1998) 3. Pengerusi Koperasi Orang Asli Johor Berhad (1999 – 2011) 4. Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi Orang Asli Johor Berhad (2011 – 2018)
Penglibatan Dalam Koperasi
Mac 2018 PELANCAR
15
Konvensyen Hala Tuju Koperasi Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2018
REAKSI
Konvensyen yang julung kali diadakan ini memberi pendedahan terhadap perkembangan gerakan koperasi dan program yang dilaksanakan ANGKASA. Ia sejajar dengan usaha memperkasakan Koperasi Orang Asli ke arah meningkatkan ekonomi anggota di samping memberi pendedahan kepada koperasi dalam menyediakan rancangan perniagaan secara lebih teratur di samping suntikan semangat untuk meningkatkan pendapatan koperasi.
Talib Pandak Pengerusi Koperasi Asli Sejati Rancangan Penempatan Semula Legap Sungai Siput (U) Berhad
Penubuhan Konsortium Orang Asli di peringkat kebangsaan menjadi medium terbaik untuk melihat Koperasi Orang Asli maju dan berkembang sebaris dengan koperasi dewasa yang lain. Cadangan koperasi kecil bergabung di bawah satu konsortium ini dapat menggabungkan kepakaran, dana dan sebagainya bagi menjamin pendapatan koperasi meningkat. Menerusi kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan juga, akan dapat membuka jaringan kerjasama yang luas antara koperasi-koperasi. Sekiranya usaha ini dapat direalisasikan, ia akan menggalakkan komuniti ini menjalankan aktiviti perniagaan dalam meningkatkan perolehan koperasi seterusnya memberi faedah dan keuntungan yang sama rata kepada setiap anggotanya.
Yusop Alip Pengerusi Koperasi Asli Selangor Berhad
Penglibatan Koperasi Orang Asli yang menjalankan aktiviti perniagaan khususnya dalam penghasilan produk kraftangan amat menggalakkan. Pasaran penghasilan produk kraftangan berkualiti dalam skala pengeluaran yang lebih besar secara konsisten telah membuka peluang kepada koperasi komuniti untuk meluaskan jaringan perniagaan. Dengan ini, ia akan dapat menambah dan menggalakkan usahawan koperasi memasarkan produk kraftangan mereka ke pasaran tempatan dan luar negara di samping melahirkan lebih ramai usahawan di samping meningkatkan peluang pekerjaan sekaligus menjana pembangunan Orang Asli secara keseluruhannya.
Jasmani Kasim Pengerusi Koperasi Perancangan Penempatan Semula Dala Gerik Berhad
Kekangan modal, tenaga kerja yang tidak profesional serta kurang kesedaran terhadap kepentingan koperasi sebagai platform mengembangkan perniagaan koperasi menjadi isu dan cabaran besar kepada perkembangan dan kemajuan Koperasi Orang Asli. Selain itu, perkembangan dan pentadbiran koperasi berada pada tahap yang rendah disebabkan oleh kurangnya ilmu dan kemahiran dalam tadbir urus selain lokasi yang jauh dari bandar serta sumber yang terhad. Kemudahan asas dan infrastruktur yang tidak sempurna juga boleh membantutkan kemajuan perkembangan koperasi. Justeru, usaha-usaha pemulihan dan sokongan pelbagai pihak dalam pelbagai aspek amat diperlukan untuk melihat perkembangan koperasi berada dalam pemantauan yang terbaik dan berkembang maju seiring dengan koperasi dewasa lain di Malaysia.
Pengisian konvensyen menerusi bengkel hala tuju koperasi memberi peluang kepada anggota koperasi untuk menilai dan mengkaji semula segala kelebihan dan kekurangan yang ada dalam koperasi seterusnya merangka dan mengatur strategi dalam memulih dan membangunkan kembali koperasi. Menerusi perkongsian pengalaman langsung daripada koperasi berjaya, sedikit sebanyak telah memberi semangat kepada kami untuk membangunkan kembali koperasi. Koperasi-koperasi ikon ini boleh menjadi model terbaik untuk kami gerakkan aktiviti koperasi tanpa merasa putus asa. Kata-kata semangat yang dilontarkan wakil koperasi ini ternyata memberi kekuatan buat kami untuk bangkit membina kecemerlangan dalam koperasi.
Angah Anam Pengerusi Koperasi Orang Asli Kg. Kajang Siput (U) Berhad
Said Busu Setiausaha Koperasi Orang Asli Sg. Pelantuk Chemor Berhad
Usaha kerajaan untuk melihat Koperasi Orang Asli terus diperkasa sebaris koperasi dewasa yang lain wajar dipuji. Ini termasuklah langkah memperkasakan usahawan orang asli sedia ada, meningkatkan penglibatan komuniti ini dalam bidang keusahawanan, meluaskan pasaran produk kraftangan serta memperkasakan Koperasi Orang Asli menerusi pelaksanaan kursus dan meningkatkan pemilikan aset koperasi sama ada melalui pinjaman atau bantuan geran.
Dollah Long Pengerusi Koperasi Orang Asli Kg. Tenang Jalung Tinggi Sungai Siput
16 PELANCAR Mac 2018
Konvensyen Hala Tuju Koperasi Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2018
RESOLUSI
Bahawasanya kami peserta-peserta Konvensyen Hala Tuju Koperasi Orang Asli Peringkat Kebangsaan seramai 124 orang daripada 27 Koperasi seluruh negara yang diadakan pada 14 – 15 Februari 2018 bertempat di Hotel Aliya, Klang dengan ini telah memutuskan supaya resolusi ini dapat direalisasikan oleh semua pihak yang terbabit. Berikut adalah resolusi tersebut : PERTAMA – Selari dengan Dasar Koperasi Negara yang antara lain menekankan bahawa sektor koperasi menjadi penyumbang berkesan dalam pembangunan negara, kami berpandangan bahawa melalui gerakan koperasi dapat memacukan pencapaian agenda tersebut. Dengan itu kami mencadangkan supaya agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan koperasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hendaklah meningkatkan dan memperluaskan peranan dalam membudayakan ekonomi Orang Asli melalui koperasi. KEDUA – Bagi menyokong Dasar Koperasi Negara yang menyasarkan peningkatan sumbangan koperasi kepada ekonomi negara, kami berpandangan bahawa Koperasi Orang Asli perlu diberi ruang dan peluang yang lebih luas untuk meneroka dan mencipta peluang-peluang ekonomi. Kami memohon supaya: • Kerajaan, sama ada melalui Kementerian berkaitan koperasi atau tidak berkaitan koperasi perlu memberi perhatian sewajarnya dalam aspek bantuan kewangan sama ada dalam bentuk geran atau pinjaman dan memudahkan proses bantuan tersebut kepada Koperasi Orang Asli untuk mengembangkan aktiviti ekonomi mereka; • ANGKASA dan MKM perlu memperluaskan kursus-kursus dan program-program pembangunan perniagaan dan berimpak tinggi kepada Koperasi Orang Asli; • Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan perlu menjadikan Koperasi Orang Asli sebagai salah satu mekanisme utama untuk menggerakkan pembangunan keusahawanan dalam kalangan ahli–ahli Koperasi Orang Asli. KETIGA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui agensi berkaitan koperasi perlu memperkasakan koperasi orang asli ke arah meningkatkan kompetensi Modal Insan Orang Asli dalam bidang keusahawanan, kemahiran berkomunikasi dan ketrampilan. KEEMPAT – Suruhanjaya Koperasi Malaysia perlu mengadakan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli bagi meningkatkan pemasaran dan promosi produk dan perkhidmatan Koperasi Orang Asli. KELIMA – Satu Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Orang Asli diwujudkan di antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jabatan Kemajuan Orang Asli, ANGKASA, MKM, dan wakil Koperasi Orang Asli bagi membincang, merancang dan melaksanakan program-program berkaitan pembangunan Koperasi Orang Asli . KEENAM – Jabatan Kemajuan Orang Asli bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia bekerjasama meningkatkan kepercayaan masyarakat dan agensi-agensi kerajaan lainnya tentang kemampuan Koperasi Orang Asli untuk menghasilkan serta memasarkan produk dan perkhidmatan berkualiti. KETUJUH – Pada hari ini, kami amat bersetuju dan menyokong kepada semua pembentang kertas kerja dan wakil konvensyen yang mengatakan bahawa kekuatan gerakan koperasi bergantung pada kerjasama antara anggota dan koperasi dengan koperasi.
Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar konvensyen seperti ini perlu diteruskan dan diperluaskan dari semasa ke semasa sebagai wadah kepada Koperasi Orang Asli berkongsi pandangan dan pengalaman serta membincangkan isu dan cabaran berkaitan dengan pembangunan Koperasi Orang Asli.
Mac 2018 PELANCAR
17
Oleh : RAHMAT MOHD DID » Majlis pelancaran ACO Gold Hub yang disempurnakan oleh Tengku Puteri Negeri Kelantan, Yang Amat Mulia Dato’ Tengku Puteri Tengku Hajah Fatihah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim. ACO Gold Hub Ke Pasaran ASEAN
ACO Gold Hub kini sedia memasuki pasaran dalam kalangan koperasi ASEAN menerusi peranan yang akan dijalankan oleh ASEAN Cooperative Organization (ACO) dengan kerjasama Quantum Metal Sdn Bhd dan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. Presiden ACO yang juga Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, inisiatif tersebut adalah sebahagian usaha bagi meningkatkan peluang perniagaan dan perolehan kepada koperasi ASEAN melibatkan perdagangan emas. Katanya, ACO Gold Hub merupakan salah satu kaedah pelaburan dan simpanan emas yang boleh dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat. Logam emas adalah logam bernilai yang sentiasa meningkat harganya di pasaran dan jika disimpan untuk jangka masa panjang akan
memberi pulangan yang baik kepada penyimpannya. Menurut beliau, ACO Gold adalah emas yang ditempa khas daripada pembekal bertauliah dengan ukiran berciri Islamik. Emas tersebut pula boleh diurusniagakan dan boleh menjadi medium transaksi secara global. Pembeli dan pemilik
» Tengku Puteri Negeri Kelantan, Yang Amat Mulia Dato’ Tengku Puteri Tengku Hajah Fatihah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
ACO Gold berpeluang untuk memiliki emas secara fizikal dan juga dalam bentuk simpanan ACO Gold Account. Emas yang disimpan dalam ACO Gold Account adalah seratus peratus dilindungi. Semua urusan pembelian dan pemilikan emas adalah patuh syariah dan dikawal melalui satu sistem yang dibangunkan oleh Quantum Metal Sdn Bhd khusus untuk ACO Gold Hub. “ACO Gold juga turut menyediakan aplikasi mudah
18 PELANCAR Mac 2018
» Tengku Puteri Negeri Kelantan, Yang Amat Mulia Dato’ Tengku Puteri Tengku Hajah Fatihah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (empat dari kiri) bergambar bersama Dato’ Abdul Fattah Abdullah (lima dari kiri), Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Quantum Metal Sdn Bhd, Dato’ Dr. KS Lim (tiga dari kiri), Pengarah Urusan Australian Bullion Cooperative, Nic Frapell, Ketua Eksekutif Kumpulan ACO Gold Sdn Bhd merangkap Ketua Eksekutif Quantum Metal Sdn Bhd, De Wet Francois Combrink (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., Encik Shaharuddin Mohamed (kiri sekali).
alih ACO Pay kepada pelanggan yang mahu membeli emas dan menggunakan nilai ringgit yang terkandung pada emas milikan mereka. Melalui aplikasi mudah alih ACO Pay, pemilik emas boleh membuka nilai yang terkandung pada emas dimiliki mereka dan menggunakan nilai tersebut untuk tujuan pembayaran dan pembelian barangan melalui pedagang-pedagang yang dilantik,” jelasnya. Majlis pelancaran yang berlangsung
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Tengku Puteri Negeri Kelantan, Yang Amat Mulia Dato’ Tengku Puteri Tengku Hajah Fatihah Ibni Al- Marhum Sultan Ibrahim. Quantum Metal Sdn. Bhd. adalah pengedar eksklusif bagi Malaysia untuk ABC Bullion dari Sydney dan Perth Mint dari Perth. Kedua-dua agensi penapis emas dari Australia itu merupakan pengeluar emas tulen yang disenaraikan di London Bullion Market Association (LBMA). “Melalui pengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang emas selama ini, Quantum Metal Sdn. Bhd. sudah berjaya membangunkan sistem untuk bank-bank dan institusi bagi menjalankan jual beli emas pematuhan syariah melalui rangkaian internet. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Haji Yahaya; Pengarah Urusan Australian Bullion Cooperative, Encik Nic Frapell dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., Encik Shaharuddin Mohamed. » Tengku Puteri Negeri Kelantan, Yang Amat Mulia Dato’ Tengku Puteri Tengku Hajah Fatihah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim menerima sijil pembelian emas daripada Pengarah Urusan Australian Bullion Cooperative, Nic Frapell.
Mac 2018 PELANCAR
19
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tengah), Haji Mutadho Bahri (kanan sekali) dan Tan Sri Dato’ Lim Tong Yong (dua dari kiri) menyaksikan majlis petukaran MoU antara Setiausaha ACO, Dato’ Paduka Haji Hanapi Haji Suliman (dua dari kanan) dengan Pengarah Eksekutif Scientillence Sdn. Bhd., Encik Ken Lim.
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
ACO KOMITED BERI PERKHIDMATAN DIALISIS
ASEAN Co-operative Organisation (ACO) mengambil langkah proaktif untuk membantu meningkatkan perkhidmatan rawatan pesakit buah pinggang menerusi satu kerjasama strategik dengan Scientillence Sdn.Bhd. iaitu sebuah syarikat pengeluar alat penapis buah pinggang ( Kidney Filters ) untuk mesin haemodialisis.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) menunjukkan peralatan penapis buah pinggang (Kidney Filters) yang boleh digunakan oleh pesakit buah pinggang
aktiviti perniagaan koperasi ke tahap yang lebih optimum dan menjadi sektor yang berdaya saing serta dinamik. Scientillence Sdn. Bhd. yang memiliki teknologi Jerman dan pengeksport penapis buah pinggang ke negara-negara seperti
Selaras dengan rancangan kerjasama tersebut, satu Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) telah berlangsung antara kedua belah pihak yang diwakili Setiausaha ACO, Dato’ Paduka Haji Hanapi Haji Suliman dan Pengarah Eksekutif Scientillence Sdn. Bhd., Encik Ken Lim. Majlis MoU tersebut telah disaksikan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri dan Pengurus Besar Hal Ehwal Antarabangsa, Hajah Roszurina Omar dan Pengerusi Scientillence
Sdn. Bhd., Tan Sri Dato’ Lim Tong Yong. Dato’ Abdul Fattah berkata, inisiatif yang dibentuk menerusi MoU itu merupakan antara usaha ANGKASA menerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan dan MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. yang komited dalam memberikan perkhidmatan dialisis dengan membekalkan barangan keperluan dengan harga yang murah serta memberi faedah kepada anggota koperasi serta masyarakat. Katanya, menerusi inisiatif kerjasama tersebut, diharap gerakan koperasi mampu memperluaskan
Jepun dan China merupakan sebuah syarikat rakan niaga Koperasi Usahawan Warisan
Niaga Selangor Berhad (KOWARIS) yang menawarkan perkhidmatan membekalkan penapis buah pinggang berkualiti tinggi dengan kadar harga yang rendah.
20 PELANCAR Mac 2018
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
BANTU LONJAK PRESTASI PENDIDIKAN PELAJAR Skim Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA Yayasan ANGKASA komited serta optimis untuk terus memperkasa dan memantapkan sistem kewangan
» Pelajar tajaan Yayasan ANGKASA yang hadir
melalui saluran pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA
selaras dengan peningkatan jumlah permohonan pembiayaan dan tajaan pendidikan. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah berkata, menerusi usaha itu, Yayasan ANGKASA telah mewujudkan Skim Dana Pendidikan berkonsepkan tabung amal kebajikan. Skim tersebut bertujuan untuk terus membantu usaha mengembangkan pendidikan dan pada masa yang sama dapat membantu menyediakan bantuan kewangan kepada anggota koperasi tanpa mengira kaum, agama dan keturunan. “Skim Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA telah menjalani proses penjenamaan semula. Kempen sumbangan dana pendidikan sebelum ini berkonsepkan sumbangan berbentuk korporat. Kini, Skim Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA adalah berkonsepkan sumbangan daripada badan korporat dan individu. “Yayasan ANGKASA berharap supaya skim dana pendidikan yang dilaksanakan ini mampu mencapai matlamat agar Yayasan ANGKASA dapat menambah jumlah dana bagi menaja lebih ramai pelajar sekali gus dapat menampung permohonan yang tinggi setiap tahun,” katanya.
» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang tajaan Yayasan ANGKASA, Nur Syahirah Radziah Abu Hanifah
» Bacaan ikrar janji pelajar tajaan Yayasan ANGKASA.
22 PELANCAR Mac 2018
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Penyerahan Dokumen Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Dan Himpunan Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA bertempat di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A.Aziz, Petaling Jaya, baru-baru ini. Seramai 150 pelajar menghadiri Himpunan Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara yang turut menyaksikan penyampaian anugerah pelajar cemerlang kepada lima pelajar cemerlang iaitu Siti Nursyafika Sazali, Nurliyana Mohd Bani, Nur Syahirah Radziah Abu Hanifah, Nurul Atiqah Zulkepli dan Ellanie Syaza Norwahi. Menurut Dato’ Abdul Fattah, ANGKASA merupakan penyumbang utama kepada Yayasan ANGKASA dengan jumlah sumbangan RM1 juta setiap tahun untuk disalurkan kepada pelajar serta anak-anak anggota koperasi. Ini bagi memastikan misi memperkasa taraf pendidikan dan pembangunan modal insan warga koperasi dapat dicapai. “Sehubungan itu, kerjasama semua pihak terutama warga koperasi amatlah diperlukan untuk sama-sama menyumbang atau menaja program pembangunan modal insan dan taraf pendidikan warga koperasi melalui Yayasan ANGKASA.
» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang tajaan Yayasan ANGKASA, Ellanie Syaza Norwahi
» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang tajaan Yayasan ANGKASA
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi Yayasan ANGKASA yang juga Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA iaitu Hajah Armi Zainudin, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Datuk Haji Md. Yusof Shamsudin, Haji Nasir Khan Yahaya dan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA), Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa.
Mac 2018 PELANCAR
23
Skim Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
PELAPIS KEPIMPINAN KOPERASI Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA
HAJI MUTADHO BAHRI Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Yayasan ANGKASA
Pelajar tajaan Yayasan ANGKASA berpotensi menjadi pelapis dalam kepimpinan koperasi masa depan menerusi penyertaan secara langsung dalam pelbagai aktiviti serta program yang dianjurkan oleh ANGKASA.
Usaha ini mampu menjadi kenyataan sekiranya ibu bapa dapat terus menyokong dan memainkan peranan untuk menerapkan semangat berkoperasi kepada pelajar tersebut supaya mereka dapat memberikan sumbangan lebih bermakna ke arah pembangunan gerakan koperasi negara. Pengerusi Yayasan ANGKASA merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri berkata, ANGKASA melihat pelajar tajaan Yayasan ANGKASA boleh digilap menjadi pelapis dalam kepimpinan sektor koperasi negara pada masa hadapan menerusi penyertaan berterusan mereka dalam program-program anjuran koperasi. Beliau berkata, Yayasan ANGKASA merancang untuk mewujudkan sukarelawan dalam kalangan pelajar bagi merapatkan lagi hubungan pelajar dengan warga koperasi dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. “Selain itu, mereka juga disaran untuk menjadi
anggota koperasi dalam institusi pengajian. Contohnya penyertaan dalam Koperasi Siswa (KOSISWA) atau mana-mana koperasi untuk mendekatkan mereka dengan aktiviti koperasi. “Dalam fasa pemantapan Yayasan ANGKASA, kami memerlukan kerjasama erat serta sokongan berterusan daripada koperasi, ibu bapa serta pelajar supaya sasaran kecemerlangan yang dirancangkan dapat dicapai dengan jayanya,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Penyerahan Dokumen Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Dan Himpunan Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA, di Auditorium ANGKASA, baru-baru ini. Yayasan ANGKASA dalam usaha memastikan pelajar tajaannya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan menerusi Anugerah Pelajar Cemerlang Tajaan Yayasan ANGKASA yang diberikan ini akan memberi menyuntik semangat mereka untuk terus mencipta kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan.
Statistik Pelajar Yayasan ANGKASA Tahun 2000 Hingga 2017
Bilangan Pelajar
800 105
Jumlah Pengambilan 2017
Jumlah Peruntukan
RM11.3 juta
Jumlah Pinjaman Ditukar Kepada Biasiswa
RM7.82 juta / 70 % daripada jumlah pinjaman
Statistik Pengambilan Pelajar Tahun
2013
2014
2015
2016
2017
Peratusan Perbezaan
Bilangan Pelajar
62
77
48
76
105
22 %
Jumlah Peruntukan
RM581,750 RM739,903 RM509,300 RM1,069,923 RM1,300,000
28 %
24 PELANCAR Mac 2018
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease