PENGANTARABANGSAAN
13
Wadah
OKTOBER 2025
Nisbah penduduk berumur 65 tahun ke atas kepada jumlah keseluruhan penduduk
Perancis Jerman Jepun Sweden
UK USA
Menurut Prof. Akira, perbelanjaan perubatan di Jepun meningkat kira-kira satu trilion yen setiap tahun disebabkan oleh penuaan populasi dan kemajuan dalam bidang perubatan.
Sumber: Institutional framework of co-operative health and elderly care in Japan oleh Felo Kanan JCA, Prof. Akira Kurimoto
Inisiatif tersebut turut seiring dengan dasar rasmi negara Jepun menerusi konsep ‘Penjagaan Komuniti Bersepadu’ yang menekankan penyediaan perkhidmatan kesihatan dan sosial secara menyeluruh di peringkat komuniti. HeW CO-OP JAPAN: Menggerakkan Kesihatan dan Kebajikan Komuniti Sebagai tindak balas terhadap keperluan masyarakat menua, Japanese Health and Welfare Co-operatives Federation (HeW CO- OP JAPAN) ditubuhkan pada 9 September 2010 bagi menyatukan koperasi kesihatan dan kebajikan di seluruh negara. HeW CO-OP JAPAN kini mempunyai 97 koperasi anggota (96 koperasi kesihatan & kebajikan serta Japanese Consumers’ Co- operative Union ), 2.9 juta ahli dan jumlah perolehan sebanyak 2,211.66 juta yen bagi tempoh 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024. Koperasi kesihatan dan kebajikan di Jepun yang beroperasi di bawah Akta Koperasi Pengguna berperanan mewujudkan komuniti sihat serta memastikan kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat melalui usaha membina persekitaran yang menyokong gaya hidup sihat. Di samping memiliki dan mengendalikan institusi perubatan serta kemudahan penjagaan jangka panjang, koperasi tersebut melaksanakan pelbagai projek dan kempen bersama anggota komuniti dan kakitangan koperasi bagi menangani isu-isu kesihatan dan sosial setempat.
Di Jepun, perkhidmatan kesihatan dan penjagaan warga emas kebanyakannya ditawarkan oleh penyedia swasta, manakala pembiayaannya ditampung melalui sistem insurans sosial nasional berasaskan sumbangan awam dan individu. Namun begitu, menurut Felo Kanan JCA, Prof. Akira Kurimoto, perbelanjaan perubatan negara tersebut meningkat kira- kira satu trilion yen setiap tahun disebabkan oleh penuaan populasi dan kemajuan dalam bidang perubatan. Pelaksanaan Akta Insurans Penjagaan Jangka Panjang (2000) membuka peluang kepada penyedia bukan awam, termasuk koperasi, untuk terlibat secara aktif dalam penyediaan perkhidmatan kebajikan dan penjagaan warga emas. Selain sektor awam dan korporat perubatan, koperasi turut berperanan sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan dan penjagaan warga emas di Jepun. Gabungan koperasi pertanian di peringkat wilayah ( koseiren ), koperasi pengguna, koperasi kesihatan, koperasi perikanan dan
koperasi pekerja merupakan antara penyedia utama perkhidmatan kesihatan dan penjagaan sosial. Menariknya, daripada 114 buah hospital di bawah Koseiren , sebanyak 47 daripadanya beroperasi di kawasan berpenduduk kurang daripada 50,000 orang, manakala 20 buah hospital merupakan satu-satunya kemudahan kesihatan yang beroperasi di kawasan tersebut. Hospital dan klinik Koseiren turut menyediakan pelbagai bentuk sokongan seperti penempatan dan latihan doktor, klinik bergerak serta aktiviti promosi kesihatan untuk masyarakat tani. Sebahagian hospital dan klinik Koseiren juga telah diambil alih menjadi kemudahan perbandaran bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat dikekalkan di kawasan berpenduduk kecil. Koperasi kesihatan pula giat memperjuangkan usaha membina komuniti sihat melalui rangkaian promosi kesihatan, rawatan perubatan dan penjagaan jangka panjang yang saling melengkapi. Sejak tahun 1990-an, pendekatan itu dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan kepada masyarakat dapat disampaikan secara bersepadu dan berterusan.
Tipologi Koperasi Penyedia Penjagaan Warga Emas
Perancangan penjagaan di rumah
Jenis koperasi
Bantuan di rumah
Lawatan jururawat
Perkhidmatan harian
Sewaan peralatan
Pengguna
136
-
32
33
101
Pertanian
376
-
109
173
227
Koseiren Kesihatan
156
251
-
-
59
-
112
-
-
131
Warga emas Perusahaan Kecil dan Sederhana Perikanan
98
-
36
6
32
113
-
36
28
36
2
-
1
3
-
JUMLAH
881
363
214
218
586
Pengarah Eksekutif Japanese Health and Welfare Co-operatives Federation , Mr. Shinobu Katayama.
Sumber: Institutional framework of co-operative health and elderly care in Japan oleh Felo Kanan JCA, Prof. Akira Kurimoto
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease