WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2025

INFO SEMASA

17

Wadah

OKTOBER 2025

Jawatankuasa ANGKASA Negeri Tinjau Projek Pertanian Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad

Rombongan ANGKASA yang diketuai Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik ((lima dari kanan) bergambar di ladang cili fertigasi jenis Kulai yang ditanam oleh Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) pada 18 September 2025.

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

Sebilangan Jawatankuasa ANGKASA Negeri telah mengadakan satu lawatan ke tapak projek pertanian milik Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) bertempat di Manong, Kuala Kangsar, Perak pada 18 September 2025. Rombongan tersebut diketuai oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang mewakili Presiden ANGKASA. Turut mengiringi beliau ialah Naib Presiden ANGKASA iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan serta Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha. Anggota Lawatan tersebut yang dikendalikan oleh ANGKASA Negeri Perak yang diketuai Pengerusinya, Haji Mohamed Shafie Abd. Karim bertujuan untuk melihat secara langsung perkembangan projek pertanian koperasi tersebut khususnya Projek Inkubator Tanaman Fertigasi Rock Melon dan Koko yang diusahakan dengan kerjasama ANGKASA. Rombongan juga dibawa meninjau suasana ladang fertigasi cili kulai, ladang nanas dan pisang selain pusat semaian sayuran. KATAM yang ditubuhkan pada 22 September 2021 menjadikan pertanian, penternakan dan perladangan sebagai fungsi utama. Koperasi tersebut juga sedang dalam perancangan untuk menceburi bidang agropelancongan sebagai salah satu sumber baharu ekonominya.

Pengerusi KATAM, Mohd Helmi bin Mohamad Rozi (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada ANGKASA.

Rombongan turut melawat Projek Inkubator Tanaman Fertigasi Koko yang diusahakan oleh KATAM dengan kerjasama ANGKASA.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease