WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2025

RENCANA

19

Wadah

OKTOBER 2025

Allah akan mendedahkannya di Hari Kiamat." (Riwayat al-Bukhari).

Firman Allah SWT: "...Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..." (Surah al- Baqarah: 275).

prinsip amanah, keadilan dan ketelusan, sejajar dengan konsep “al-‘uqud al- maliyah” (kontrak-kontrak kewangan) yang menitikberatkan hak dan tanggungjawab setiap pihak. Firman Allah: “Dan sempurnakanlah perjanjian, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya (di akhirat).” (Surah al-Isra’: 34). Perkhidmatan patuh Syariah dapat membina reputasi koperasi sebagai organisasi yang beretika dan bertanggungjawab. Bagi koperasi yang melaksanakan aktiviti pertanian, ia merupakan antara bidang koperasi yang berpotensi besar dalam menyumbang kepada keselamatan makanan negara. Namun, jika tidak berhati-hati, ia boleh melibatkan unsur yang bertentangan dengan Syariah seperti: ◾ Pemilikan tanah secara tidak sah atau berunsur penindasan. ◾ Pembelian benih dan baja dari sumber yang meragukan (contohnya mengandungi unsur haram). ◾ Menggunakan dana riba dalam pembiayaan aktiviti pertanian. Pematuhan Syariah dalam aktiviti pertanian menekankan konsep “al- tayyib” – iaitu halal dan baik, bukan sahaja dalam hasil pertanian, tetapi juga dari segi proses pengeluaran, pengedaran dan pemasaran. Firman Allah SWT: “…Makanlah dari (makanan) yang baik dan halal dari apa yang Allah telah rezekikan kepada kamu…” (Surah al- Baqarah: 172). Koperasi pertanian patuh Syariah boleh memainkan peranan sebagai penyedia makanan halal dan selamat serta menjalin kerjasama dengan agensi halal nasional. yang menjalankan kegiatan pembangunan ia merangkumi projek hartanah, Manakala bagi koperasi pembangunan kawasan perumahan, infrastruktur dan kemudahan sosial. Tanpa pemantauan Syariah, risiko yang boleh timbul termasuk: ◾ Kontrak pembangunan yang zalim (menguntungkan sebelah pihak). ◾ Aktiviti pembinaan atau pajakan kepada pihak yang menjalankan aktiviti tidak patuh Syariah (seperti disko, pusat perjudian, dan lain-lain). ◾ Unsur riba dalam pembiayaan projek. Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang membina bangunan dengan niat riya' dan sum'ah, maka

Dengan pematuhan Syariah, koperasi boleh mengurus pembangunan secara beretika dan mampan, melalui kontrak yang adil seperti Istisna’ atau Ijarah Muntahiyah bi al-Tamlik. Ini memberi jaminan bahawa setiap projek membawa manfaat kepada masyarakat dan tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Setiap aktiviti koperasi membawa potensi untuk menyumbang kepada ekonomi umat, namun hanya dengan pematuhan Syariah yang menyeluruh, ia dapat menjadi sumber keberkatan dan kejayaan hakiki. Pematuhan ini perlu dijadikan teras dalam dasar, operasi dan strategi koperasi bagi memastikan ia mencapai objektif al-falah fid dunya wal akhirah, serta mendapat sokongan padu daripada anggota dan masyarakat umum. Pensijilan pematuhan Syariah bukan sekadar pematuhan kepada garis panduan, tetapi merupakan komitmen terhadap prinsip-prinsip Islam yang menyeluruh dalam urus tadbir ekonomi. Inisiatif ANGKASA dan pengiktirafan oleh SKM menunjukkan keseriusan gerakan koperasi dalam menjadikan Syariah sebagai panduan utama. Dengan ini, koperasi bukan sahaja berdaya saing, malah diberkati dan diyakini oleh masyarakat pelbagai lapisan.

Pematuhan

Syariah

membolehkan

koperasi

menawarkan

produk

pembiayaan seperti Murabahah, Tawarruq, Qard Hasan, dan Ijarah, yang bebas daripada riba, gharar dan penindasan. Ini sekaligus meningkatkan kepercayaan anggota dan keselesaan pelanggan beragama Islam yang prihatin terhadap hukum hakam. alternatif Selain itu, pelaksanaan pembiayaan secara patuh Syariah boleh membantu koperasi mengekalkan disiplin kewangan dan mengurangkan risiko kredit tidak berbayar melalui kontrak yang lebih jelas dan adil. yang menjalankan perkhidmatan pelaburan, ia lazimnya membuat pelaburan untuk menambah pendapatan dan memberi pulangan kepada anggotanya. Namun, pelaburan yang tidak berpandukan prinsip Syariah boleh melibatkan unsur haram seperti: Manakala bagi koperasi ◾ Pelaburan dalam syarikat berkaitan alkohol, perjudian, riba, atau hiburan yang melampau. ◾ Pelaburan yang mempunyai gharar  atau ketidaktentuan melampau, “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka neraka lebih utama baginya.” (Riwayat al- Tirmidzi). Dengan pematuhan Syariah, koperasi boleh memilih instrumen pelaburan seperti sukuk, unit amanah Islamik, ekuiti patuh Syariah dan hartanah yang halal dan sah di sisi undang-undang. Ia juga membuka ruang untuk bekerjasama dengan institusi kewangan Islam bagi membina portfolio pelaburan yang mapan dan diyakini. Bagi koperasi yang menjalankan urusan perkhidmatan secara umum, ia merangkumi pelbagai bentuk, antaranya perkhidmatan perundingan, pendidikan, latihan, pengangkutan, kesihatan, dan utiliti. Tanpa panduan Syariah, ia berisiko menyentuh: ◾ Amalan penipuan atau manipulasi harga. ◾ Pekerjaan atau perkhidmatan yang seperti skim cepat kaya. Sabda Rasulullah SAW: berkaitan unsur haram seperti riba atau hiburan yang tidak bermoral. ◾ Ketidaktelusan dalam kontrak dan yuran tersembunyi. memastikan perkhidmatan ditawarkan berteraskan Pematuhan Syariah

Rujukan:

• Al-Qur’an al-Karim. - Surah al-Baqarah, ayat 172, 275. - Surah Ali ‘Imran, ayat 104, 130. - Surah al-Ma’idah, ayat 90. - Surah al-Nahl, ayat 97. - Surah al-Isra’, ayat 34. Kaherah: Dar Ibn Kathir. • Muslim, Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. • Al-Tirmidzi, Sunan al-Tirmidzi. Beirut: Dar al-Fikr. • Suruhanjaya Koperasi Malaysia • Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari. (SKM), (2020), Garis Panduan Tadbir Urus Syariah (GP28), Putrajaya: SKM. • Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), (2024). Laporan Tahunan ANGKASA 2023/2024, Kuala Lumpur: ANGKASA. • Bank Negara Malaysia (BNM) (2020), Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah bagi Institusi Kewangan Islam, Kuala Lumpur: BNM.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease