Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

Skim Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA

REAKSI

Majlis Penyerahan Dokumen Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Dan Himpunan Pelajar Tajaan Yayasan merupakan simbol komitmen tinggi ANGKASA terhadap pembangunan modal insan warga koperasi. Ibu bapa dan pelajar perlu menyokong usaha ini dalam menyemarakkan lagi semangat dan tekad untuk memperkasa dan membangunkan Yayasan ANGKASA serta meningkatkan kemudahan yang disediakan kepada anggota-anggota koperasi. Raihan Afiqah Shamsudin, 21 tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Program seumpama ini menjadi medan terbaik buat pelajar untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain. Melaluinya, pelajar boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea serta pengalaman dalam bidang masing-masing di samping boleh membentuk jaringan hubungan sesama mereka khususnya dalam merancang aktiviti atau program melibatkan pelajar tajaan Yayasan ANGKASA khususnya semasa cuti semester.

Zareef Aiman Zulkifli, 24 tahun Universiti Teknikal Malaysia (UTEM)

Inisiatif Yayasan ANGKASA mewujudkan Skim Dana Pendidikan yang berkonsepkan tabung amal kebajikan sangat baik dalam usahanya untuk mengembangkan bidang pendidikan koperasi selain menyediakan bantuan kewangan kepada anggota koperasi. Sumbangan daripada pelbagai pihak ini diharap dapat memantapkan lagi sumber kewangan Yayasan ANGKASA demi manfaat pelajar dan warga koperasi keseluruhannya.

Khairul Faiz Kadir, 32 tahun Universiti Utara Malaysia (UUM)

Penganjuran Anugerah Pelajar Cemerlang kepada pelajar tahun akhir di universiti telah memberi suntikan semangat kepada pelajar yang lain untuk terus berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dan mencipta kejayaan gemilang dalam pelajaran di samping memberi kebanggaan kepada ibu bapa.

Noor Alya Dzulkifli, 23 tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pelajar tajaan Yayasan ANGKASA bakal menjadi pelapis generasi muda dalam pembangunan gerakan koperasi pada masa akan datang. Didikan dan sokongan pelbagai pihak menjadi sumber inspirasi buat mereka untuk terus mengembangkan bakat dan kemahiran masing-masing ke arah memajukan sektor koperasi apabila tamat belajar kelak.

Shamsiah Nordin, 23 tahun Universiti Malaysia Pahang (UniMAP)

Mac 2018 PELANCAR

25

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease