INFO SEMASA
3
Wadah
OKTOBER 2025
Lebih 2,000 Peserta Sertai Edu Fun Run 3.0 2025 Anjuran Yayasan ANGKASA
Peserta bergambar bersama Pengerusi Yayasan ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sebelum larian bermula.
Oleh: RAHMAT MOHD. DID
Lebih 2,000 peserta daripada pelbagai peringkat usia dan lapisan masyarakat membanjiri ibu kota pada pagi 19 Oktober 2025 bagi menyertai Edu Fun Run 3.0 anjuran Yayasan ANGKASA yang memasuki edisi ketiga penganjurannya. Berkonsepkan pembangunan modal insan warga koperasi serta menggalakkan gaya hidup sihat, penganjuran Edu Fun Run 3.0 2025 menarik penyertaan peserta yang terdiri daripada warga kerja sektor koperasi, pelajar tajaan Yayasan ANGKASA, koperator, anggota koperasi sekolah, guru-guru, ibu bapa serta pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi. Wakil Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Encik Azizul Alias berkata, Edu Fun Run 3.0 membawa misi memperkukuh semangat kesukanan, perpaduan dan pembangunan insan warga koperasi di seluruh negara serta wajar
BERSAMBUNG DI MUKA 4
Peserta memulakan larian seawal pukul 7.15 pagi.
Dari Meja Presiden
Aktiviti sukan dan riadah wajar diperkasakan melalui penganjuran yang lebih kerap oleh koperasi. Kegiatan sukan bukan sahaja dapat menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan peserta, malah dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengasah bakat, mengembangkan potensi diri serta memperkukuh kemahiran insaniah seperti kerjasama berpasukan dan semangat untuk mencapai kejayaan. Sukan juga dapat meningkatkan minat dan pembabitan golongan muda terhadap koperasi. Pendekatan seperti ini sangat baik bagi mendekatkan koperasi dengan komuniti daripada pelbagai peringkat umur. Edu Fun Run 2025 merupakan antara contoh penganjuran aktiviti yang sangat baik oleh Yayasan ANGKASA dalam usahanya untuk
menyediakan dana pembiayaan pendidikan dan biasiswa selain dapat menyatukan warga koperasi dengan masyarakat melalui aktiviti yang dijalankan. Selain itu penganjuran aktiviti sukan dan riadah juga boleh mendatangkan input perolehan ekonomi kepada koperasi dan anggotanya melalui yuran penyertaan dan jualan sampingan sepanjang program berlangsung. Kemeriahan aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung dapat meningkatkan imej gerakan koperasi yang sentiasa cakna terhadap anggota dan masyarakat bertepatan dengan falsafah dan prinsip koperasi ketujuh iaitu 'bekerja bersama- sama demi manfaat bersama’.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease