Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

» Sesi pembentangan kertas kerja.

berkongsi idea, pandangan dan cadangan melalui seminar yang dianjurkan. “Saya mengharapkan koperasi sekolah yang dikendalikan oleh pelajar dapat mengeluarkan produk dengan jenama dan identiti yang tersendiri agar konsep keusahawanan dalam koperasi akan lebih terserlah dan berkesan. “Menjadi sebahagian daripada ICA

Global Board, saya yakin delegasi-delegasi daripada negara luar dapat melihat kelebihan dan kemampuan koperasi di Malaysia pada masa hadapan bermula daripada belia di peringkat sekolah sekaligus mempromosikan koperasi sekolah di Malaysia,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Modal Insan 2018 di Kuantan. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahidi Haji Husain dan Penolong Pengarah Unit Ko-Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Encik Mohd Roslan Shamsuddin. Seminar yang berlangsung selama dua hari itu telah dihadiri seramai 63 peserta daripada koperasi sekitar Negeri Pahang. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan meliputi :

'Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia Dalam Memperkasakan Koperasi Sekolah di Malaysia' oleh Penolong Pengarah Unit Ko-Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Encik Mohd Roslan Shamsuddin. 'Perkongsian Kejayaan : Hala Tuju Pemimpin Koperasi Dalam Memartabatkan Keusahawanan' oleh Puan Roselina Mohd Suan daripada Koperasi SMK Sg. Soi, Kuantan Pahang. 'Memperkasakan Integriti Koperasi' oleh Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim. 'Transformasi dan & Motivasi Jati Diri Koperasi' oleh Pegawai Pelajaran, Bahagian Kepimpinan Modal Insan Dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA, Encik Hazim Abdul Halim. “Garis Panduan Koperasi Sekolah' oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Statutori Dan Pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Ruzilawati Mohd Sais.

Kertas kerja 1

Kertas kerja 2

Kertas kerja 3

Kertas kerja 4

Kertas kerja 5

Mac 2018 PELANCAR

29

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease